Klik Untuk maklumat Lanjut

Thursday, November 17, 2011

b y e !

Sikit je saya nak cakap.

BYE!!!!!

Saya nak pi holiday lebih kurang 10 hari. Bukan nak holiday jalan- jalan sangat ya. Nak pergi majlis kahwin saudara mara dan kawan- kawan.

hingga bertemu lagi (",)

Tuesday, November 15, 2011

n a k . b u a t . k e . t a k ?

Dalam dilema la saya sekarang ni.
Kalau fikir- fikir malu pun ada.
Kalau ikut hati memang nak buat.
Tapi memang la malu.
Sebab saya bukan pandai sangat pun.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Korang yang ada add saya kat fb mesti da biasa tengok gambar- gambar macam ni kan; 

        




                                          

                                  

         

 


(",)

Ya, tu antara koleksi makanan yang saya masak. Masakan saya tak la sehandal mana. Tapi bolehlah makan untuk mengelakkan rasa lapar. 
Tapi,
Ada orang hantar kat fb saya macam ni (nama saya rahsiakan ya)

''Eton, apa kata ko tulis resepi masakan ko ni, senang kami nak masak jugak''
''Azra, bagi aku resepi pancake tu, bosan la asyik makan lempeng biasa''


dan sebagainya.....
btw; kepada sesiapa yang tak tau nama eton tu, tu nama panggilan zaman saya duk hostel dulu. Lekat pula nama tu sampai sekarang. hehehehheh

Ok, sambung cerita pasal resepi. Boleh je kalau saya nak buat kolum khas atau entri khas kat sini pasal resepi- resepi masakan. Tapi saya malu la. Saya masak bukan sedap sangat pun. biasa- biasa je. 
Nanti kalau dah letak resepi tetiba malu pulak kalau ada orang kata resepi saya salah la. Tak sama la dengan resepi diaorang. Or, cuba bayangkan kalau ada orang kata dia dah ikut resepi kita tapi masakannya jadi tak sedap. Macamana? Mesti kita malu kan.

Dulu ada jugak bagi resepi kat kawan- kawan. Lama- lama dah tak terlayan hehehheheh...

So, apa pendapat awak semua? Perlu tak saya wujudkan Label 'Resepi" kat blog saya ni.
Ke nanti nampak macam budget bagus sangat letak- letak resepi kat sini.
padahal masakan yang ringkas- ringkas je.

Please.
Need your opinion la sayang- sayang semua (",)

Monday, November 14, 2011

t a k . b o l e h . f i k i r

Our 3rd wedding anniversary is around the corner. 
Minggu depan. 
Next week.
It's on 22nd of November.
(sebelum tu 20 November birthday saya.. yeayyy.. i'm getting older..pffff)

Tahun ni our planning is celebrate it at KL.
Akulah yang kena plan semuanya!!!!

Tapi sampai sekarang tak dapat fikir nak sambut kat mana. Nak makan apa. nak beli hadiah apa. kenapa susah sangat ya. Husband saya memang tak akan lah nak ajak dia pergi makan- makan kat hotel ke, fine dining lah. Memang tak! sebab dia kata malu. Dia kan selalu jalan- jalan pakai seluar pendek je.  ( Boleh je nak pakai seluar panjang, tapi kena paksa- paksa la). Lepas tu, dia kata kalau kat tempat fine dining ni, malu kalau sudu terjatuh or sebagainya. Then, alasan yang paling saya tak boleh terima adalah saya ni ketawa and cakap selalu volume maksimum. Nanti memalukan diri sendiri pulak..pfffffffff.

Cadangan tempat makan yang mungkin akan beliau terima adalah, Thai Restaurant ataupun Western. Oh, sebelum tu lupa nak bagitau, venue nak makan mungkin kat Pavilion lah kot. Sebab kitaorang akan stay kat kawasan sana. Lagipun senang nak gift hunting (oh, gift pun tak dapat difikirkan lagi). Kalau ikutkan dia, makan steak kat TGIF atau Tony Roma's pun dah ok. Saya pun tak kisah jugak. Korang rasa? sesuai ke nak sambut anniversary? ya lah kitaorang pun just nak makan- makan je pon. Bukan ada nak bagi- bagi bunga bagai (laki aku x romantik la... bagi bunga pun sekali je masa bercinta dulu).
Selain tu, ingat nak makan Thai Food kat Celadon Royal Thai Cuisine. Tapi restaurant tu dah tergolong categori fine dining. Urrgghhhh... payah jugak nak memikir tempat makan. Susah- susah makan kat Food Republic tu je nanti.

Then, lepas makan- makan tu nak buat apa ye? Kalau celebrate kat KLCC boleh gak tengok air pancut tu kan. Tapi kat Pavi nak buat apa lepas tu? tengok wayang ke? Karaoke ke? Ishhh.. tak reti lah. Sebab tak pernah sambut anniversary sebenarnya. Dah dua tahun berlalu, kitaorang just wish each other je. Pastu makan kat rumah. Saya yang masak :| 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
so,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
 korang boleh tolong suggest kan tak nak makan kat mana dalam Pavilion tu? Makanan Jepun ke, Taiwan- taiwan, memang tak ler... husband saya tak makan semua tu. 


Seterusnya, bab hadiah pula. Tak tau apa yang sesuai nak bagi kat dia. Untuk saya, mesti senang dia nak pilih sebab ada je wishlist saya setiap hari yang saya sebut kat dia, hahahhahaha.....
Hadiah tak la yang mahal- mahal kan. Saya tak bekerja, so tak termampu nak beli Gucci, LV bagai ke dia. Ingat nak beli T-shirt je or set pencuci muka. Tapi macam common sangat kan? Habis tu nak beli apa agaknya ya?

Wallet? memang wallet dia macam dah veteran sikit. Sebab wallet tu hantaran tunang tahun 2008. Tapi aritu dah survey kat tempat- tempat yang saya mampu beli time sale, tapi design tak berapa lawa. Tempat yang tak mampu beli, memang gila lawa- lawa. hampeh je kan.

Selain tu, apa agaknya barang best nak bagi kat dia. Bagi kasih sayang je boleh tak? hahahahahahha

h o t e l . t a k . b e s t II

Hai, berjumpa lagi kita dalam siri 'hotel tak best'

Kali ni mangsanya adalah hotel Radius International, Kuala Lumpur (area Bukit Bintang).

Actually sepatutnya hotel ni masuk dalam kategori 'hotel best' bagi yang selalu nak menginap ala-ala budget sikit. Tapi it turns tak best after my last stayed on June with dearest friend, Hana.
Both of us dulu memang dah selalu stay kat hotel ni.
As for me, dah 2 tahun lebih kot tak pernah check in kat sini.

Sekarang ni harga bilik dah naik melambung- lambung. Lepas tu, harga yang di bayar dah asing dengan breakfast. Means, u kena add untuk breakfast.

Kalau dulu, saya bayar harga RM135 dah include breakfast for 2 pax dan bilik boleh tahan best siap ada tingkap lagi. Biasanya kalau menginap mana- mana pun saya prefer bilik yang ada tingkap sebab bilik yang tak ada tingkap rasa macam dalam gua pulak.

Sekarang ni, bilik yang tak ada tingkap harganya if tak silap adalah RM185. So, kami sama- sama setuju nak bilik ada tingkap. Bayarlah RM210 without breakfast. Kalau nak breakfast kena bayar RM 16 plus plus kot untuk seorang.

After check in, kitaorang pergi ke lif laju- laju sebab tak sabar dah nak baring. Tapi penyudahnya, upset dengan apa yang kami dapat. Bilik kecik gila (pada saya memang tak padan dengan harga, sebab saya memang berkira sikit bab bayar bilik hotel ni) then, mosaics dinding macam corak dalam bilik air je. Bilik tu pula lokasinya macam kat penjuru apa agaknya. Bentuknya jadi macam menyerong dan sempit.

Lepas tu, try call reception tanya kot ada bilik lain yang bentuknya macam biasa (macam bilik biasa la, 4 segi bukan 3 segi). Diaorang kata, tak ada. Untuk deluxe room, itulah yang terakhir... uuuuuuuuuuuuuggghhh. Rasa menyesal pulak. Korang nak tengok biliknya? nah tengok.






 Gambar pun sikit, sebab hilang mood. Betulkan saya kata corak dinding tu macam bilik air? Gambar- gambar lain bilik ni dah tak ada la, sorry sebab saya banyak snap guna bb pastu tak transfer ke laptop.

Walaupun bilik dah tak best, yang best pasal hotel ni adalah berada di Jalan Changkat Bukit Bintang. So, senang la nak jalan- jalan. Lepas tu Hotel ni antara hotel yang ada parking facilities pastu harga bilik yang murah la nak banding hotel area sini macam Grand Millenium semua tu. Memang tak mampu la nak bayar bilik diaorang kan. Kalau kami tak naik kereta, memang sah- sah la kami just menginap kat Cardogan Hotel. Harga RM110 je. Insyaallah lepas ni kalau nak tidur kat Bukit Bintang, memang tak tidur la kat Radius International lagi.

Sunday, November 13, 2011

1 s t . t i m e r

After 3 years staying at Tioman Island, this is my very first time saya sampai kat Kampung Genting. Itupun sebab dipaksa kawan- kawan untuk tengok netball competition.

Nothing much to say, enjoy the picture readers!!!
(saya macam rajin sangat main edit- edit gambar sekarang ni)















Seharian di kampung Genting sangat seronok. Lagipun dapat berjalan dengan kawan- kawan yang sporting, then masa ni kami tak tahu lagi yang Kak Dewi tu dah pregnant. Even, dia sendiri pun tak tahu. Patutlah kuat sangat makan waktu kat sana.


Btw, the last picture tu bukan kat Kg. Genting. Yang tu picture marina Pulau Tioman.


Kg. Genting memang kalau nak kata, hampir 90% penduduknya memang terlibat dalam bidang pelancongan kot. Kebanyakan mereka terlibat dalam family business macam resort, restaurant dan kedai cenderahati. Kat sini ada banyak juga warung or gerai- gerai yang makanan agak ok bagi budget travellers la. Roti canai pun ada. Really hope next time, saya dapat pergi lagi ke sana and dapat stay 1 malam pun jadilah.

Saturday, November 12, 2011

t r a g e d i . o k t o b e r

Bulan 10 baru ni, macam- macam dugaan menimpa saya. 
Ala- ala tragedi Oktober gitu.

1st, resort pakcik saya terbakar after beberapa hari saya pergi berkelah dengan riang gembiranya kat sana. Even not 100% kawasan yang terlibat tapi kesannya amat mendalam. Saya rasa kawasan yang terlibat about 15%- 20% la. Masa kejadian saya nampak dari jauh macam keseluruhan kawasan dah terbakar. Memang la bimbang sangat coz kedai souvenir saya ada kat sana. Tapi nasib baik masa kejadian tu dalam 6 buah chalet je kot yang terlibat. Then, masa tu tak semua chalet ada penghuni. Kejadian bermula akibat litar pintas kot dari Diving Center kat situ. Insyaallah hujung tahun ni, diaorang akan start dirikan chalet- chalet baru semula. 
(sorry tiada gambar atas sebab- sebab tertentu)

2nd, mak mertua saya masuk hospital. Sepanjang hidup dia selama 50 tahun ni, tak pernah lagi dia kena tahan kat wad. Kejadian adalah about one week after chalet terbakar tadi. Masa tu dalam pukul 4 pagi bapak mertua saya kejutkan kami untuk bawa ma pergi klinik. Ma mengadu semput. Saya pun pelik coz selama ni, tak pernah nampak ma semput pun. Sebab ma macam dah sangat kritikal kami pergi ke klinik naik speed boat. Terus hilang ngantuk saya. Sampai klinik doctor dah check bagai baru saya teringat tadi lupa nak kejutkan Boboy ( adik ipar)...hahahhaha.. macamana boleh tertinggal. Lepas settle check itu ini, doktor kata kena bawa pergi hospital. Dalam pukul 6.30 pagi, kami pun bertolak ke Hospital Mersing menaiki ambulans
 bot klinik. Yang kelakarnya, saya pun dah macam orang sakit jugak sebab mabuk dalam bot. Mak mertua tidur dalam wad selama 5 malam. Saya pulak cuma dapat temankan dia tidur 1 malam sahaja? why? nampak macam menantu yang tak bertanggungjawab ke? jap lagi saya ceritakan sebabnya.

3rd, saya terjatuh. Masa 1st day mak mertua masuk hospital, memang saya berniat akan jaga dia siang malam. Lagipun wad perempuan memang perempuan je kan yang boleh jaga. Suami mana ada adik- beradik perempuan. So, tanggungjawab tu jatuh kat saya lah kan. Tapi entah mana silapnya, petang tu masa saya ke office cousin saya terjatuh. Jatuh yang tiba- tiba waktu tengah berdiri tak bergerak pun. Orang kata lemah lutut. Entah, saya pun x tau. Maybe effect dari accident motosikal masa form 5 tu kot. Lepas jatuh tu, memang nampak bengkak jugak lutut tu, tapi buat- buat hero la kata tak sakit. sapu- sapu minyak pastu after maghrib pergi hospital jaga ma. Masa hampir tengah malam, rasa sakit sangat. Then start la nangis2 sebab rasa kaki dah tak boleh gerak. Husband pun kebetulan datang hospital masa tu sebab nak hantar barang saya. So, apalagi terus kami ke wad kecemasan. Doktor check and x-ray bagai. Alhamdulillah tak ada yang retak or apa. Cuma doctor kata, kepala lutut saya macam dah teralih ke atas sikit. Dia suruh pakai bandage 24 hours utk betulkan kedudukan tu. So, malam tu tak dapatlah saya jaga mak mertua saya. Nasib ada sepupu, Juli yang temankan. Malam esok dan lusanya, Fatin pula yang tolong jaga. Malam keempat barulah saya dapat temankan ma kat hospital.

Huh, panjang cerita duka saya kan. Tapi dalam pada cerita sedih. Ada satu berita sangat gembira dah terjadi. My friend pregnant. So? apa yang gembira sangat? 
Gembira sangat coz dia dah kahwin about 14 years kot. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha mereka ALLAH dah kabulkan doa mereka untuk memperoleh zuriat. This week adalah minggu ke 10 kot. Saya doakan semuanya berjalan lancar untuk beliau. Amin.

Ok,
Got to go!!!
Bye

*sorry entri ni bosan sebab tak de gambar