Klik Untuk maklumat Lanjut

Showing posts with label Emo. Show all posts
Showing posts with label Emo. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

Melawat Sahabat Di HUSM, Kubang Kerian

Last Monday aku dan 3 orang officemate + 1 driver dihantar ke Kota Bharu baru sebagai wakil pejabat melawat seorang rakan sekerja yang baru selesai menjalani operation di HUSM, Kubang Kerian bagi membuang ketumbuhan di bawah kepala lutut. Lama dah beliau menghidap ketumbuhan tu, dari awal tahun rasanya. Alhamdulillah ketumbuhan berjaya dibuang dan tulang kaki beliau terpaksa diganti dengan besi. Selepas ni beliau akan kena operate lagi untuk tampalan kulit pula. Aku ni memang minah hati mudah gegar, airmata gugur. Sedih tengok kawan jadi macam ni.

Dengarnya ia sejenis kanser juga, kanser tulang. Even operation dah berjaya, still kena chemotheraphy lagi kerana sel juga telah berada kat paru- paru beliau.Aku memang seriau dengar pasal kanser tulang sebab seorang rakan sama umur dengan aku dah pergi meninggalkan aku akibat kanser tulang. Nor Fadzlin Abdul Halim. Terlalu cepat kau pergi. Rasanya start habis SPM baru kitaorang betul- betul rapat. Miss you.





Aku doakan semoga officemate aku, Akhirruddin Bin Ali ni cepat- cepat sembuh. Nasib baik isteri berada disisi menemani. Tabah sungguh Kak Mas menjaga suami. Harapnya jika ALLAH turunkan ujian sebegini.. aku pon mampu tabah seperti Kak Mas. 

Sunday, April 15, 2012

hmmmmm..... perasaan itu....

Sebenarnya aku rasa bersalah lah.
Ya, rasa bersalah menyelubungi diri.
Lama dah rasanya tak update blog.
Busy sangat.
Game- game kat fb aku pun sempat sehari sekali je main.
Banyak kerja kena buat.
Terkejar sana- sini.
Uruskan kerja yang tengah buat sekarang.
Uruskan kerja yang bakal dibuat akan datang.
Isi borang sana.
Isi borang sini.
Pergi pejabat sana, pergi pejabat sini.
Uruskan boat trip.
Uruskan urusan rumah tangga.
Entertained kawan- kawan yang datang.
pffffffffffffffffffffffftt.

Kalah PM kan!

Yang pasti satu benda aku harapkan, segala usaha aku ni akan membuahkan hasil.

I'm praying for da best.
Wish me luck kawan- kawan.

Saturday, March 24, 2012

Motif?

Buka fb.
Dalam 5 minit tetiba keluar benda ni?

Account Temporarily Unavailable

Your account is currently unavailable due to a site issue. We expect this to be resolved shortly. Please try again in a few hours.

Motif?
Kenapa?
Selama ni aku tak de buat salah pun.
Mark Zuckerberg sila jawab!

Saturday, March 10, 2012

Padan Muka Aku!

Stress.
Gila banyak job tertangguh.
Padanlah muka kau Azra.
Sian pakcik tu tunggu blog resort dia tak siap- siap.
huuuaaarrrrggghhhhh...
Mood nak edit picture tak ada lagi lah.

Then, satu lagi resort siap aku tak pergi amik gambar pun lagi.
*Bukan salah aku kot yang ni coz bilik dia sentiasa full je dengan pelancong*

Hari ni dah start nak rewang majlis nikah my friend.
Tapi pagi ni kena buat Banana Cake dulu nak hantar kat resort.
Majlis ni pun aku kena cover jadi second photographer kot.
Padahal bukan reti sangat amik gambar.
Mana nak amik gambar, mana nak rewang.
Petang dah janji dengan pengantin nak tolong lukiskan henna.
Sape suruh sanggup kan baru ni.

Laki pulak bebel- bebel sebab boat trip dia aku tak siapkan design untuk buat signboard.

makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.
Tolongggggggggggg!!!!!!!!!!!!

Friday, March 2, 2012

Terminum Air Expired

Di suatu tengahari yang agak sejuk dah suram akibat hujan lebat dari Subuh tadi, aku telah pergi ke kedai untuk makan mee kari. Setelah kenyang, aku mencari air yang mungkin dapat membalancekan segala makanan yang belum dicerna itu.
Ya, air Teh Hijau.
Setelah hampir habis sekotak air, tiba- tiba.......
*sila sambung cerita ini*

Masa dah nak habis tu, aku tiba- tiba rasa kenapa macam sesuatu air ni ya?
Sekali nampak kat atas tu, tarikh expired adalah 28 February 2012.
Tahniah!

Selalunya, aku adalah manusia paling concern tentang barang- barang expired ni.
Harus aku belek barang tu lama- lama nak cari tarikh tamat tempohnya.
Tapi kenapa hari ni tak?
Kenapa?

Padan muka aku kan.

:(

Tapi setakat hampir 2 jam selepas minum air tu, belum ada tanda- tanda atau tindak balas.
Ke ok je sebenarnya sebab baru 3 hari tarikh expirednya?

Korang pernah ada experience macam aku ke?

***Sila jangan gelojoh untuk makan atau minum sesuatu ya, periksa dulu***


Thursday, February 9, 2012

s i l a . b e r t a h a n

NAZRATUL AZRA, SILA BERTAHAN DAN BERSABAR DAN BERTABAH HATI UNTUK BEBERAPA TEMPOH YANG BELUM DAPAT DIKENAL PASTI.

Hidup ni memang kadang- kadang banyak sangat dugaan. Sampai satu saat kita rasa nak benci semua orang. 
Benci tengok muka orang.
Benci dengar orang bercakap.
Benci.
Benci.
Benci.
Lebih benci lagi bila orang yang bersalah buat- buat tak bersalah dan terus- terusan bercerita dengan orang bahawa kita lah yang bersalah, yang buruk, yang jahat, yang dengki.
*who the hell are you yang aku nak dengki. Kau siapa?*

Sometimes orang tengok aku lemah, lembik, lemau.
Aku akui, memang hati aku kadangkala terlalu rapuh macam jajan Apollo tu.
Mudah menangis setiap kali terguris hati sikit.
Tapi sorry to say, kalau orang buat aku macam binatang, macam monyet, macam aku terlalu sibuk tentang hidup dia or else memang tetiba yang rapuh, lembik, lemau ni boleh 18 kali lebih keras dari konkrit.

*sorry aku mengarut.
Ini bukan PMS, ini betul- betul.

Monday, January 30, 2012

p a g i - p a g i . d a h . s a k i t . h a t i

Aku tak suka tau nak marah- marah.
Muka belum botox lagi ni.
Kedut pulak nanti.

Tapi kalau tetiba ada orang buat kita sakit hati macamana?
Nak ngadu kat sape?
Kat laki?
Hmmmmmmm....
Laki saya jenis tak suka campur urusan perempuan.
Malas layan.

Apa perasaan korang kalau orang lain tetiba nak mengata berkati- kati tentang korang?
*aku rasa popular sebab orang tu sanggup luangkan masa cerita pasal aku*
Boleh gitu?

Aku mula- mula malas masuk campur bila kawan- kawan aku meroyan kat fb tulis macam- macam status 5 minit sekali.
Memang, aku tak ada hati nak like ke, comment ke apa ke kan.
Tapi bila aku tau benda tu melibatkan aku.
Ko memang saje cari nahas kan.

Aku memang ada beberapa orang kawan kat sini.
Agak rapat lah.
Selalu jugak kitaorang buat aktiviti sama- sama macam swimming, karaoke, main masak- masak.
Sampai ada orang bagi nama kat group kitaorang.
Geng Kak Limah.
Pada aku, it's normal lah kan for having a group of friends yang boleh kita kongsi cerita, buat itu ini sama- sama.
Aku tak rasa pun benda ni jadi masalah.
Tapi adalah suara- suara sumbang yang duk sibuk kata kami ni kalau lepak- lepak duk mengumpat, mengata orang sana sini.
Nape?
Ko retis ke yang kitaorang sibuk sangat nak ambik berat?

You are nobody lah!

Sampaikan saiz badan kitaorang pun kau nak jadikan bahan kan.
Motif kau apa sebenarnya?
Kau tu bersyukur lah patutnya ALLAH bagi badan cantik, tinggal nak jaga je kan.

Then, kau perasan sangat kitaorang mengumpat ko tu kenapa?
Aku dengan kau memang tak pernah bercakap pun kan.
Nama sebenar ko pun aku tak ambik tau.

Oh, btw satu benda aku tak boleh blah motif kau nak pertikaikan kitaorang yang tak bekerja ni?
Tak payah la cerita pasal aku.
Pasal kawan aku.
Memang start dia kawen dulu dia tak kerja.
Laki dia gaji hampir 10k kot sebulan.
Laki dia memang tak bagi dia kerja.
Ko cemburu ke kami kami ni tak bekerja tapi boleh je setakat ni hidup bahagia tak melarat, boleh beli lagi itu ini untuk penuhi keinginan hidup. 

eeeeeeeeeeeeeeee
Seriously aku benci tau orang baca blog aku ni nampak aku marah- marah macam ni.
Malu tau.
Tapi nak buat macamana.
Sungguh tak stabil emosi aku hari ni.


*nanti petang- petang aku update lah cerita yang berilmiah sikit. 
*thanks kepada yang sanggup baca benda tak berfaedah ni.


Saturday, January 28, 2012

T e t i b a . J e !

Aku nampak benda ni dari semalam sebenarnya.
Stat counter tu lepas aku tengok last 5252.
Tu dari 2011 punya.
Sebab last year baru rajin kan nak update.
Tu start dari tarikh berapa hari bulan pun aku tak ingat.
Lepas tu, malam tadi start hilang dah counter kira- kira aku tu.
Siang tadi pun dah memang tak ada.
Cam pelik.
Arghhhhh lantaklah.
Aku buat counter baru. 
Yang memang ada dalam blog editor ni je.
Malas nak cari yang cantik- cantik kat web.
Yang ni aku amik pengiraan dari 2007 lah.
Tak banyak pun beza. 
Sebab 2007 sampai 2010 tu, follower aku tak sampai 10 orang pun.
hahhahahahha.

Janganlah counter ni buat masalah jugak.
K.
Bye.
Banyak kerja lagi ni.
Curi tulang jap.

Thursday, January 26, 2012

B r u n c h . E m o

Mood kan dari pagi tadi tak berapa stabil, bagun tido terus mengadap lappy. Lepas tu tengok tv. Bila lapar barulah cari makanan kat dapur, tapi sebelum tu call laki dulu suruh makan kat kedai je lunch hari ni sebab bini mood ke laut.
Dia pun cakap memang hari ni dia lunch kat kedai sebab balik keje pukul 6.
Urrrrggghhh. Cemana aku boleh lupa arini dia balik pukul 6?
Malas + tak ada benda sangat dalam peti tu, aku buat sandwich je. Lapis bawah tu Tuna+ onion+ mayo. Yang atas tu letak mushroom omelette. Makan ni je dulu. Nanti kalau lapar lagi masak benda lain pulak.

s a l a h k a h . a k u ?

Salah ke aku ek?
Kalau orang bagi sesuatu tapi kita tak suka or tak nak guna.
Sekurang- kurangnya kan aku terima pemberian dia.
Bukannnya waktu dia bagi aku cakap tak nak lah, tak suka, not my taste ke apa kan.
Aku cakap, terima kasih, cantik benda ni, tapi tak taulah bila nak pakai.

Lepas tu, dari tahun ke tahun memang aku tak pernah sentuh pun benda tu.
Then, tetiba dengar orang sampaikan kata si polan tu kata aku berlagak la, cerewet, tak menghargai pemberian dia lah.
Heyyyyyy!!! 
Aku tak mintak pun kan.
Kau yang bagi.

Dah benda tu aku tak minat nak guna.
Rasa tak kena je dengan aku.

Sekurang- kurangnya aku simpan.
Tak buang.
Aku simpan dalam almari tau.
Jaga elok- elok.

Lain kali tak payah bagi apa- apa ke aku lah.
Aku pun tak pernah mintak apa- apa dari kau kan.

Simpan je lah duit kau tu.
Bye.

*aku tak rasa pun benda ni bermanfaat untuk korang baca. Tapi, aku geram la. Mood nak cerita benda- benda best pun hilang macam tu je. Korang faham kan perasaan aku*