Klik Untuk maklumat Lanjut

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Azra Kembali Bertenaga

Badan baru hilang dari rasa sengal dan sakit- sakit sendi.
Semalam memang sakit kepala tahap kronik.
Makan ubat, makan buah- buahan, semua pun tetap tak memberi impak besar.
End up, tidur je lah.
Itu pun malam jadi susah nak tidur sebab siang dah tidur.

Punca sakit badan sebab aku pi ikut snorkeling trip hari Rabu baru ni.
Bukan sesaje nak ikut.
Tapi ada kawan datang honeymoon.
Mintak jadi personal photographer.
Siapa tak nak duit kan? hahahhahah.
Lagipun aku bukan ada kerja sangat nak buat.

Badan aku ni biasalah kan, dah lama tak beraktiviti lasak memang manja sikit.
Padahal dulu, selagi ada extreme activities memang akan aku join.


Ni member aku, nama dia Hafizah binti Aman. Tapi aku panggil dia kecik. Ya, size dia memang kecik. Ibaratnya dia tu kucing dan aku ni harimau.
Beza banyak kan.

Kenal dia masa sekolah kat Kluang High School.

Aku just berharap yang dia suka dengan gambar- gambar yang aku snap kan.
Yang picture atas ni kat Long Beach, Pulau Tulai.
Gambar lain nanti aku upload kat next entry. 
Sebab next entry memang akan aku buat untuk pakej snorkeling kat sini.


*kalau ada sesiapa yang nak datang bercuti kat sini, memerlukan personal photographer, boleh contact aku ye. Charge murah- murah saje (setakat ni aku charge tak pernah lebih RM200 untuk mana- mana occasion sama ada honeymoon, wedding, maternity photoshoot , etc). Picture aku siap editkan sekali then send to you by email*

Friday, February 3, 2012

p e r a s a n . t a k ?

Ada orang perasan tak blog ni dah 2 hari terbiar?

hmmmmmmmm....

Tak perasan tak apalah.
sob...sob....
T_T

Aku dah start buka kedai semalam.
Busy gila kot.
Orang pun ramai je.
*alhamdulillah*

Actually, aku tengah buat jualan lelong ni.
Stock last year.
Maybe seminggu dua ni je.
Lepas tu my shop yang satu ni officially close.

Husband kata tumpu kat 1 kedai tu je.
Kedai souvenir yang kat resort tu.

Lagipun kedai yang ni, kat kampung sebelah. 
Susah nak pergi pagi- pagi.
Sedih sebenarnya.
Tapi tak apalah.

Banyak juga kebaikannya kalau tak buka kedai kat sini.
Pagi- pagi boleh aku buat kerja rumah mana yang patut.
Tak terkejar masa sangat.
Then, kedai souvenir tu time orang ramai kat resort je aku pi jaga.
Kalau tak, ada je MIL aku tolong tengok- tengokkan.
This week pun dah start membaking banana cake hari- hari.
Cukuplah kot untuk buat duit belanja aku.

Laki pun dah cakap.
If seminggu sekali aku nak pergi bandar ni boleh je.
Nak bersosial dengan kawan- kawan kan.
Whateverlah.
Tapi yang penting laki kata sekarang dia dah wujudkan elaun surirumah untuk aku.
Lepas tu, share aku dalam kedai souvenir dah makin besar.
yyyyeeeeeeeeeeeehhhhhhhhaaaaaaaaaa.
*makcik kayo...eh, ke koya?*

Hope semua ni sementara je.
September nanti kalau tak ada aral melintang kan aku sambung belajar.
*serius aku tak nak lah jadi suri rumah selamanya*

Gila malas nak taip banyak- banyak.
Aku demam semula.
Sejak malam tadi.
Tapi gagahkan diri jugak buka kedai sebab dah janji dengan customer.

Banyak nak story sebenarnya.
Tapi tengoklah malam nanti ke.
Itu pun kalau tak berapa demam ya.
hmmmmm....
Makcik aku kata tadi bahaya demam main berulang ni.

Kawan aku pulak kata, kot mengandung ni. 
Asyik demam je?
Ishhh... ada ke camtu?
:(
Benci ok demam, sebab jadi malas nak buat semua kerja.
Nak makan pun malas.
mandi apatah lagi kan.
grrrrrrrrrrrrrrr...

Bye.

Sunday, January 29, 2012

d e m a m . b u k a n . a l a s a n . . . . .

Pagi tadi just makan bihun goreng sikit sebelum makan ubat.
Then, tengahari laki call tanya nak kirim makanan ke apa ke?
Masa tu tak rasa lapar lagi, so tak nak lah kan.
Dalam pukul 11 pagi selepas dadah dah meresap dalam badan, aku pun apa lagi mengantuk lah kan.
Tetiba pukul 12 lebih tu terjaga pulak dah.
Ada jiran menjerit- jerit marah anak dia.
Gila tekanan aku.

Ingat pukul 2 macam tu baru nak bangun.
Tapi terbangun awal.
Layan tengok tv.
Laki balik kerja tadi awal, dalam pukul 2.
Dia ajak join makan Nasi Goreng Ayam.
Aku jual mahal lah kan.

Tengahari tu minum coffee je secawan.

Sambung lagi tengok tv and layan twitter.
Lepas tu dalam 3 lebih dah lapar.
Nak masak mee, sawi tak ada.
Aku macam tak boleh lah nak makan mee goreng kalau tak ada sayur warna hijau tu.
Aku tak boleh nak makan.
Tak tau kenapa.

So, nampak sos prego yang buat Lasagna aritu ada balance lagi.
Apa lagi kan.
Ambik jalan mudah je lah.
Masak Beef Bolognese Spaghetti.
Guna je apa yang ada.





Resepi nanti- nantilah ye.
Belum ada feel nak menaipnya.
Nampak, banyak kan aku makan.
Walaupun demam, makan tetap habis.
hahhahahha......
Tak ada istilah hilang selera makan ke apa untuk aku ni.

Licin je aku makan.
Tinggal Bay Leaf sehelai je kat situ.
*sorry untuk pinggan yang comot tu. Aku rasa dah makan cukup sopan dah tadi.

Aku ni, jenis orang kalau demam tak suka nak makan ubat banyak- banyak.
Sekali je aku makan tadi.
Then, aku buat kerja rumah sikit- sikit.
Keluarlah peluh sikit kan.
Now, alhamdulillah badan pun dah kurang panas.
Tekak dah tak berapa perit.
(",)

***aku rasa tetiba demam ni sebab makan limau CNY banyak sangat kot. Sebab demam kali ni start dari perit tekak. Padan muka aku kan. Orang lain raya, aku yang melebih- lebih.


s e k a l i . l a g i

Demam pulak hari ni.
Last demam on November aritu kan.
Hilang mood nak tengok JJCM n Melodi.


Demam kali ni adalah beserta sakit tekak, batuk sikit- sikit, selsema dan panas badan.

Get well soon Azra!!!