Klik Untuk maklumat Lanjut

Showing posts with label masa senggang. Show all posts
Showing posts with label masa senggang. Show all posts

Friday, December 5, 2014

Car Boot Sale, Pantai Hiburan, Rompin (edisi kecewa)

Minggu lepas berkesempatan balik rumah mak mertua kat Rompin. So weekend tu berjimba la sekejap dengan cousin. Konon nak pi car boot sale. Tapi petang tu hujan lebat tak berhenti. Dalam pukul 6.30 petang baru dapat keluar. Dah sampai Pantai Hiburan, kecewa lah pulak. Sebab hujan tu, ramai orang tak berniaga.

Kalau ikut mak sedara cakap, ada dalam 40 peniaga sepatutnya. Tapi hari aku pergi tu, belasan peniaga je yang ada. Tak pelah, next time kita try pi semula. Aku memang tak de beli apa- apa. Mak sedara beli butang baju melayu, cousin beli cake. Then kitaorang berselfie... hahah

Kiri tu cousin, Eka.. yang tengah tu aku panggil Mak Anjang/ Kak Watie anak 3 tapi body? nangis kak Ton yang belum ada anak ni


Sekejap sangat dapat sembang dengan mu. Nanti kita cari masa gossiping lagi ya cuzzzy

Yang tengah tu kak Cik.. Tinggi melampai dah sekarang. cantik pulak tu. Dulu masa dia sekolah rendah aku dengan Eka memang kuat buli dia.. hahah


Fefeling Datin E ke kau Kak Ton? Posing mendongak tu.. leher tak jinjang maka kena bagi ilusi panjang sikit

Wednesday, January 15, 2014

Resepi Gulai Lemak Cili Api Udang + Nenas dan Daun Selasih

Lama dah tak share resepi kan.
Semalam, sempena Maulidur Rasul aku ambil kesempatan masak memasak kat rumah.
Lagipun semalam belum ada sambutan kat sini.
Sambutan akan dibuat pada 25 Januari nanti.
Jadi, dari duk tenguk TV sepanjang hari aku pun masak la.
4 jenis lauk masak semalam.
Tapi share 1 je la ya.

Ni resepi yang buat aku menang tempat kedua pertandingan memasak anjuran KPDNKK tahun lepas.

Gulai Lemak Cili Api Udang + Nenas dan Daun Selasih

Bahan kisar;
-Bawang Merah
-Bawang Putih
-Halia
-Lengkuas
-Cili Kampung
-Cili Thai (kaler merah kilat- kilat tu)
-Lada kering (3 - 4 tangkai je untuk cantikkan colour)
-kunyit
-Belacan
-Asam keping(sekeping dua- jangan tanya kenapa, sebab aku memang buat macam ni)

Bahan lain;
-Udang
-Serai (ketuk)
-Daun Selasih
-Daun Kunyit
-Nenas
-Santan

Cara memasak;
  1. Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan bahan kisar dan serai yang telah diketuk.
  2. Tumis sampai naik bau dan agak kering (kalau nak tambah lagi sekeping asam keping pun boleh).
  3. Masukkan udang (aku guna udang harimau), daun selasih, daun kunyit dan nenas.
  4. Masukkan santan cair. Agak mendidih sikit masukkan santan pekat pula.
  5. Masukkan perasa (garam dan gula). Kacau sampai siap.
Senang kan?
Santan tu aku memang suka buat 2. Pekat dan cair. Sebab dari zaman aku mula belajar masak, iaitu zaman melihat nenek dan mak masak, diaorang memang bahagi santan pekat dan cair.
Tapi if rasa susah dan nak jimat masa, guna je santan kotak, sedap juga.








Aku memang suka kuah yang pekat. Ya ALLAH terasa- rasa sedapnya sampai sekarang.
Wah, matilah puji masakan sendiri kan.

Ok lah.
Selamat mencuba ya :)

Tuesday, April 17, 2012

Senyum Sorang- sorang

Baru habis tengok cerita,
CIK PARIS DIVA KAMPUNG
Tengok sensorang je sebab laki aku kata cerita entah hape- hape.
Tapi aku suka!.
Cerita best je kot.
Cute.
Sinematografinya cantik.
(berlakon kat Mersing okeh!)
Pelakon pun best apa.
Then, aku nangis.
Drama sangat kan aku ni.
Tak ada pun sedih- sedih ke apa.
Tapi aku macam terharu.

errrkkkk...

Macam ni, 
Terharu sebab tetiba diva ala- ala Paris Hilton boleh jatuh cinta dengan budak kampung.
Kalau korang tak tengok tadi, silalah cari esok lusa ya drama ni.
Kat malaymoviesfull ada lah tu nanti.

Pelakon adalah si manis Liyana Jasmay.

Walaupun ada yang kata tak minat dia sebab dia gedik, macam kekwat, aku tetap suka.
Dia cute la u olls.
Suka je dia berlakon.
Then, watak Zulaikha kat cerita tadi memang ngam lah dengan dia.
*yang jadi Sarah, bff dia tadi tu siapa ye? best gila if slang English aku macam dia tu*

Then, pelakon lelakinya adalah, Izzue Islam

*gambar semua di copy dari google*

Seriously, aku tak kenal pun dia ni.
Ooooppsss... pernah kot ternampak kat dalam majalah EH! before this.
Tapi tak pernah tengok dia berlakon.
So, bila tengok dia dalam cerita ni, terus fall in love.
*Mr. Hazeri tetap number one ya. Ni stock anak ikan mak je*
Walaupun watak budak kampung je.
Tapi aku suka.
Muka dia boleh lah kan.
Dengan rambut serabai, memang kegilaan muda- mudi kot.
Berlakon pun buat aku touching tadi.
Natural la.

Masa tengok cerita tadi, aku rasa macam real je semuanya.


Lagu Cinta Bersatu yang Liyana Jasmay nyanyi pun best.
Esok- esok ada masa aku upload lah video or lyric nya ok.

Semua bestlah tentang cerita ni kecuali......................................
Aku tak suka Rayyan tu. 
Bukan tak suka Rayyan tu sebenarnya, tapi tak suka Zul Ariffin.
hahhahahhaha
Kenapa lah tak amik orang lain je yang berlakon watak tu.


Ok.
Nak tido dah.
Esok kena bangun pagi.
Lots of thing to do.
Nite :)




Wednesday, February 22, 2012

d i . s u a t u . s e n j a ....

Sorry for being busy lately.
So many things to be done before end of the month.
Macam petang tadi, aku ada buat sikit shoot picture chalet jiran.
Urrffgghhhhh...
Cuaca panas gila pulak petang tadi kan.
Tapi sebab dah janji kena tunaikan okeh!
Jiran aku mintak tolong amik gambar sikit, then aku akan edit mana yang patut.
lepas tu dia mintak tolong buat web.
No.
Aku kata tak pandai nak buat web.
Sila upah orang yang pandai.
Ohhh.. tapi sebenarnya dia maksudkan blog.
Sebab dia kata yang macam aku punya.
So, aku kata kalau blog bolehlah.
Dia tanya lagi nak bayar berapa.
Aku kata seikhlas hati pakcik lah.
Nanti pakcik tengok hasil kerja saya, then pakcik decide sendiri nak upah saya berapa ya.

Aku tak berani nak letak harga sebab aku bukan profesional photographer ya.
Aku jugak bukan web designer atau orang yang pro dalam bab- bab ni.
So, aku just tolong je.

Lagipun aku bukan ada kerja sangat kan.
Apa salahnya buat amal jariah.
huk..huk..

Bila dah habis ambik gambar tadi, aku duduk dekat pengkalan baru kami.
Oh, ok.. yang entry wordless wednesday tadi adalah picture orang tengah buat kerja membina pengkalan.

Pengkalan tu tempat parking bot bapak mertua dengan laki aku.
Diaorang share buat tempat tu.
Sebelum ni menumpang kat tempat orang.
This year baru ada modal nak buat.
Mahal ok upah.
Beribu- ribu lemon ya.
Aku kata kat laki aku yang harga tu sungguh tak masuk akal.
Sebabnya, benda nampak simple.
Korek- korek pasir, angkat batu, pindahkan.
Tapi ye lah kan.
Kena faham kos 'binatang korek pasir dan batu' tu nak masuk pulau ni berapa.
Itupun nasib baik orang yang buat tu tak mintak upah ikut jam.
Sebab time nak buat kerja adalah tunggu air laut surut.
Tapi ni baru separuh jalan.
Belum siap.

Petang tadi tetiba mak mertua  aku suruh amik gambar kat situ.
Daripada duduk- duduk tak ada kerja, ikutkan je kehendak.
hahahahahah....
Picture ni semua no edit ya.

Layan.
*maafkan susunan gambar yang porak peranda*

Ni lah in law aku. kata Abah 'ni posing filem Hindustan' sebab kat pokok- pokok.
Dia memang peminat Hindustan tegar ya.
Kalau satu cerita yang dia minat, Astro tayang 3 kali sehari pun dia tengok jugak.

Ma kat sebelah tapak pembinaan.

Chewah Puan Zainoon ni. Suka sangat amik gambar sekarang.

Engineer Pengkalan A.A Port.

Ni Makcik Yah. Happy go lucky.

Posing lagi.

Tapak pembinaan.

3 sekawan feat. Abok (Iskandar)

Sunset.

Ma posing celah daun kelapa pulak.

Sunset lagi. Kawasan ni akan jadi lagi cantik bila dah siap and ada boat berlabuh.

Ma, abah n Syahmi nak pi kerja. Ya, pi kerja naik speed boat kecik ni. Kalau aku nak pi jaga kedai souvenir laki pon aku kena naik sekali bot ni ya tuan- tuan dan puan- puan.

Tu yang kat belakang nama dia Wak Rahman. Pekerja setia Panuba Inn Resort dari zaman dulu hingga kini.

Nampak kan kepayahan kami duduk kat pulau ni.

Sampai senget bot sebab nak posing.



Abah n Ma memang tiap- tiap hari berulang pi resort.
Pagi, balik petang dalam pukul 4.30. 
Then, pukul 7 malam pergi semula, balik pukul 10 malam.


Korang boleh survive tak hidup macam ni?
hehehheheh...

*jangan tertipu dengan pendayung yang Syahmi pegang tu ya. Bot ni pakai enjin*


Sunday, February 19, 2012

Kek Oren Pahit Orang Malas

Sekarang ni, tekak main mengada nak order macam- macam ok.
Kalau ada isi tu kira berfaedah la jugak kan.
Ini, sebab mengada.
Mula- mula rasa malas nak layan.
Tapi sebab fikir, argghhhh... bukan susah pun kan nak buat.
Buat simple sudah.

Gigih aku konon nak pi kedai beli oren.
*eh, belum bagitau kan tadi nak buat kek oren*

Tapi akhirnya tersangkut kat umah makcik aku, makan nasi lemak sedap.
Gila sedap sambal dia.
Nanti nak belajar buat.
Puas makan, aku pun cerita kat dia sebenarnya nak pi kedai beli oren.
eh, dia kata dalam peti dia ada oren sebijik.
Rezeki jangan di tolak ya.
Orang bagi free ambik je lah kan.

Balik rumah, terus capai segala bahan then buat lah.
Masa dah masak tu, gila pelik aku tengok kek aku tinggi sebelah.


Ni aku dah pusingkan loyang, kalau tak bahagian yang ternaik tu kat depan.
Tak pernah sejarah aku buat kek jadi cam ni.
Huk..huk...
Cousin kata tadi, 
"kak, akak letak baking powder separuh loyang je ke...hahahhah"

Gila jahat soalan dia kan.

Tapi bila dah keluar dari oven, ok je.


*sila abaikan yang bahagian kena curi tu, sebab keluar je dari oven terus korek pakai sudu dengan gelojohnya sebab nak rasa*

Aku tak pernah buat kek oren ni.
Just ingat- ingat je mak aku buat dulu.
Nak menggoogle resepi pukul 8 pagi? Memang tak lah kan.
Malas.
Sebab kalau waktu tu dah start on lappy, jawabnya semua kerja rumah akan terbengkalai.


Yang ni bahagian vontot kek masa aku keluarkan dari loyang.
Aku suka gila waktu ni sebab nampak cantik je.
Selama ni buat kek mesti bawah nak bertompok kecoklatan sikit sebab lambat kuar dari oven.
Lalai.
Buat kek sambil main game memang akan leka ok.
Lupa ada kek dalam oven.




Nampak agak cantiklah kan.
*for the 1st timer buat kek Oren*

tetiba part rasa tu, erkk... sedap.... tapi macam ada pahit- pahit sikit.
Fikir punya fikir, akhirnya aku dapat jawapan.
Masa belah oren tu.
Aku malas nak beria buang bahagian putih- putih tu.
Kan pagi masa tu, lepas makan nasi lemak pulak.
Harus mengantuk sikit kan.
*ok, good....salahkan nasi lemak*

Pengajarannya, lepas ni nak buat apa- apa kena bersungguh ok!
Jangan amik jalan mudah.

Makcik aku tanya tadi, kenapa kek aku rendah je. Tak tinggi macam aku buat banana cake selalu.
Aku jawab, aku pun tak pasti kenapa.
Padahal tepung sikit sebenarnya. 
Malas nak pi kedai beli tepung masa tu.
Untuk loyang aku ni, selalu buat banana cake untuk jual tu aku guna 3 cawan tepung.
Ni tadi ngam- ngam dua cawan je.
Tu yang tak cukup tebal kot.
Kalau aku cakap kat dia yang aku malas nak pi kedai beli tepung, harus berdas- das bebelan dia kat aku.


***walaupun kek ni tak sedap mana, tapi dah habis ya. sambutan agak menggalakkan. Tapi, aku malas nak bagi resepi lagi sebab tak berapa sedap. Nanti kalau orang buat tak sedap mula kata aku bagi ajaran sesat kan***

n a k . b u a t . b a j u

Aku nak buat baju baru.
Tapi tak nak kurung biasa or kurung Pahang.
Kebaya sila jangan mimpi dengan bentuk badan macam anak 8 ni.
No kaftan- kaftan sebab macam rimas kot aku rasa.
Ada nanti kalau pakai kaftan, masa rasa rimas tu aku angkat kain tu.
hik...hik...

Aku dah lama gila tak buat baju yang macam berdesign sikit.
Macam berfesyen- fesyen kan.
Last pakai baju yang agak cantik adalah baju kahwin.
Ya, baju nikah, dan potong kek aku design sendiri.
Then hantar kat tailor tolong realisasikan.
So, itu bermakna tahun 2008 kan.
Lepas tu terus pakai kurung je.
Sebab tak confident dengan diri sendiri yang sama size dengan tong drum.
Tapi semalam macam tetiba dapat semangat yang mana orang gemok pun boleh bergaya.
ahhahahhaah.....

Ni hasil contengan aku.


BURUKKAN?
Memang la, sebab aku bukan designer.
Aku suri rumah.
hahahhahahhahha.
Konon nak baju ala- ala gitu lah.
Ke dah tak in baju macam tu? 

Cousin laki aku nak kawen bulan 5 ni.
Tema adalah purple.
Tengok dalam almari memang tak ada baju purple.
*ok, tipu. Ada tapi dah pakai 4,5 kali*
Tetiba teringin nak buat baju guna lace.
Korang paham tak tulisan ala doktor aku tu?

Bahgian dalam tu aku nak buat maxi dress.
Senang kot macam tu.
So, guna satin lah kan.
Yang luar konon macam ada corak- corak tu korang sila anggap tu corak lace ya.
Anggap je french lace yang harga semeter 300 ke.
*Padahal aku nak beli yang murah- murah je*

Dress dalam tu aku nak guna purple.
Tapi tak pasti tone nya macamana.
Soft or dark aku tak decide lagi.
Yang lace tu pun.
Tak pasti nak guna warna apa.
Purple jugak ke? Tapi lainlah dari dressnya which is more soft or darker than the dress.
Or aku nak amik lace tu kaler putih?
Hitam boleh tak?

Eh, chop. Satu lagi nak tanya korang.
Yang konon macam reben tu perlu ke?
Ke tak payah?

Aku seriously tak pasti laki aku boleh terima tak aku nak buat baju camni.
Harus dia kutuk aku kan.

*lukisan aku tu konon bentuk badan ramping kan. Macam Rozita Che Wan versi boobs kecik ya*



Saturday, February 18, 2012

O r a n g . K a m p u n g . T a k . S e d a r . D i r i

Tak baik kau ni Azra, asyik mengata orang je.
Eh, gila ke apa? Mana ada mengata orang.
Aku kata kat diri sendiri lah!

Ya. 
Bangun- bangun tido tadi dah la terkejut.
Bendera Jepon ari ni.
Lepas mandi, terus rasa lapar.
Terus kat kepala nak makan spaghetti.
Tak terasa pun nak nasi lemak ke apa.
Apa kena tekak aku ni.
Tak faham langsung.
Masih duduk Malaysia kot.
Kawasan pedalaman lagi.

So, terus laju- laju pi dapur.
Masak spaghetti.
Nampak anak makcik belakang rumah dah bangun tidur.
Aku pun masak lah lebih sebab dia adalah peminat setia masakan aku.
Sampai Umi dia kata, 'awak ni Aideen, kalau kak Eton masak semua sedap belaka'. hahahahah...
Motip makcik aku cakap camtu?
Sebab anak dia selalu makan kat rumah aku.
*kadang tu memang aku yag paksa makan sebab aku bosan asyik makan sorang je kat rumah*

Masa nak masak tadi, mak mertua tak pergi kerja lagi.
Dia ingat aku nak buat breakfast bihun goreng ke apa kan.
Rupanya spaghetti.
Mesti dia pelik je kan.

Nah, ni picture spaghetti aku pagi ni.
Meatball Bolognese.
Masak banyak tadi, portion untuk 3 orang. 
Tapi aku dah bagi rumah belakang.
Tinggal ni je lah untuk aku.
5 ketul meatball aku.


 Ni dia akak kawasan yang gila gedik nak makan spaghetti pagi- pagi hari.

Matilah kalau laki ada kat rumah tadi. 
Harus kena marah sebab makan bukan kat dapur.
Dia bising ok kalau bawak makanan kat tempat lain.
(",)

Abaikan warna kulit yang sama dengan Kanye West tu.
Lighting tak betul.
Aku berkulit macam Adele ya sebenarnya.
Makan dengan penuh kepuasan.
Ya, pagi- pagi buta dah mengadap laptop main The Sims.
*tapi masa ni dah siap ya semua kerja rumah*




***pssstttt...nak mintak maaf sebab lack update sejak beberapa hari ni. Busy sangatlah. Duk settlekan kemas kedai. Then next week lagilah mungkin tak ada update dari aku sebab nak balik kampung. Malas bawak lappy ni. Update blog pakai bb pulak rendah tahap kepuasannya... kepada pembaca tegar, aku mintak maaf ya.

Monday, February 13, 2012

s p e c i a l . c h i p s

Rabu lepas, ada kawan belanja minum petang.
Kitaorang lepak tempat biasa, Sunset Corner.
Kat situ ada makanan macam Pizza, Nugget, sandwich, milkshake, juice macam- macam lagilah makanan ringan bak kata aku.
*kalau dah pizza tu, ringan ke?*

Aku pun upload la picture dalam fb.
Pastu konon nak post kat blog, gila pemalas sangat sampai dah dekat seminggu baru post kan.
Petang tu aku minum Banana Milkshake.
Then kitaorang order Pizza.
Aku makan 2 potong je.
*first round*
Eh, diaorang tak jual slice macam ni.
Aku tak da pulak amik gambar penuh.
Contoh pizza penuh kat picture bawah ni, masa aku makan entah bila.

Aku suka pizza macam ni.
*tapi yang ni nampak hangus sikit kan*
Yang nipis macam ni.
Tak muak nak makan banyak.
Selalu order makan kat Sunset Corner ni, aku order pizza tak ikut dalam menu.
Aku create sendiri pizza aku.
hahahhahahha...
Maknanya, aku cakap kat barista tu aku nak isi apa, letak cheese berapa banyak, sayur apa aku nak and tak nak.
Budak tu ikutkan je.
Regular customer katakan.

Then, ada satu makanan yang aku suka makan sejak akhir- akhir ni.
Makanan ni pun tak ada dalam menu.
Kitaorang sesuka hati order.
Sebab terikut ada sorang mat saleh diving tu suka suruh budak kedai pizza buat camni.


Kitaorang bagi nama, Special Chips.
Senang je nak buat.
Mula- mula goreng kentang tu.
Bila dah masak letak kat pinggan.
Then tabur Mozarella banyak- banyak.
Kat atas tu letak Pizza sauce.
Pastu masuk dalam oven sampai cheese cair.
Yummehhhh.
Kegilaan aku sekarang ni!!!

Location kedai ni kat kampung aku.
Kampung Air Batang, Pulau Tioman.
Beach kat depan kedai ni pun cantik.
Petang memang penuh tourist lepak sini coz nak tengok sunset kan.

Nantilah, kalau ada masa nak lepak lagi waktu petang kat situ, aku try amik gambar kawasan kedai, beach, makanan lain- lain dan sunset.



Saturday, January 28, 2012

t h e . m a i n . r e a s o n . w h y . h u s b a n d . r e a l l y . l o v e . h i s . h o m e t o w n

Nak cerita sikit.
Meh gosip pasal laki aku.
Sebenarnya, after kawen dia dah pernah ambik surat nak tukar tempat kerja.
Konon macam nak pindah Kuantan or Penang ke kan.
Dah isi dah borang tu.

Masa tu yang menguatkan hati dia nak pindah tu sebab aku lah.
Aku kata aku nak kerja, bosan kat sini, aku rasa useless sebab konon tak nak sia- siakan degree yang aku ada.
Lepas tu aku kata, tak nak bebankan dia sebab aku nak bayar PTPTN, nak hantar duit kat mak kat kampung kan.

Tapi aku rasa dia macam berat hati sangat sebenarnya nak pindah.
Alasan dia, kat sini siang dia kerja lepas tu malam boleh part- time kat resort.
Lagi pulak kami dah ada kedai souvenir kat sini.
Dia pun ada speed boat untuk pelancong sewa nak pergi snorkeling trip.
Dia kata sayang kalau tinggalkan semua tu.
Kat luar nanti belum tentu senang kami nak cari duit kan.

Lepas sehari....sehari aku fikir.
Betul jugak kata dia.
Kat luar nanti contohnya if dia kerja, gaji dlm 2k lebih.
Aku pulak, kurang lebih sama je gaji macam dia kan if masuk travel agent semula.
So, pendapatan lebih kurang hampir 5k je.
Cukup ke?
Kereta 700.
Makan minum.
Bil? Bil telefon je sebulan sorang dah dekat 300 kan.
Boleh tu boleh lah kan.
Tapi nak beli barang mahal- mahal jangan harap la.

Kat sini, siang dia kerja.
Gaji sama je lah kan.
Tapi malam boleh part time.
Lepas tu pendapatan kedai lagi.
Bot lagi.
Boleh lah menyimpan lebih kan.
*aku bolehlah berbelanja lebih kan*
Kos hidup kat sini memang tinggi sikit. Bahan mentah mahal sebab jauh dari tanah besar.
Tapi bil air memang tak payah bayar.
Sebab buat saluran air sendiri.
Kat sini tak pakai kereta, jimat dah minyak kan.
Just minyak motor je. Beza jauh tu dengan minyak kereta.

So, dapatlah simpan duit banyak sikit.
Tak banyak jugak, sebab bila keluar ke bandar.
Menggila kau membeli.
hahahahha.

Lama kelamaan aku pun rasa, tak perlulah pindah.
Sebab banyak kebaikan dari yang buruk kan kat sini.

But, akhirnya aku dapat agak kenapa sebenarnya laki aku sayang sangat kat pulau dia ni.

Bukan sebab ni,






Ni semua gambar sunset depan rumah kami.
Subhanallah indah sungguh ciptaan ALLAH kan.
Kat kampung aku Kluang, memang tak dapatlah kan.
Gambar sunset ni semua tak ada edit ya, serius guna bb je amik gambar.

Eh, tak nak cerita pasal sunset.
Ni aku bagitau kesayangan laki aku kat sini.


Jetty kampung Air Batang, Pulau Tioman.
Ada apa kat sini? 
Apesal dia sayang sangat?

Semua yang berbaris kat jetty ni kongsi minat yang sama macam dia. Gila joran

Ni ikan dia dapat 2 hari lepas.

Tengok muka orang baru naikkan ikan.

Laki aku memang tak pakai selipar ye kat sini. Kecuali pergi kerja je pakai kasut.

Rokok tetap ye kat mulut muncung dia tu.

Tabah je tunggu ikan.

Muka pasrah tak dapat ikan.

Yang ni ikan malam semalam.

Happy sangat dia kalau dapat ikan.

Selain mancing kat jetty tu, dia selalu mancing naik bot.
Tapi tak adalah gambar atas bot sebab aku tak ikut kan.
Tapi kalau mancing naik bot ikan nya lain pulak.
Macam ikan kerisi, ikan merah, ikan kerapu tu semua.


Sekarang korang pun faham kan kegilaan laki aku.
Rasanya sepanjang hayat pun dia tak nak pindah mana- mana kan.


sob....sob... 
Tak dapatlah aku nak merasa hidup di kota metropolitan.


Pasrah dengan takdir hidup.

*Pesanan penaja; kat sini sebenarnya tak boleh mancing di kawasan 2 batu nautika dari pantai. Means, kalau nak mancing kena jauh- jauh. Tapi kalau macam nak mancing kat jetty tu boleh je. Asalkan tujuan memancing tu saja suka- suka nak buat makan ke apa kan. Kalau nak buat jual memang tak digalakkan. Sebab kalau Jabatan Tamna Laut tau, jawablah korang nak kena bayar denda ya.