Klik Untuk maklumat Lanjut

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

Resepi Gulai Lemak Cili Api Udang + Nenas dan Daun Selasih

Lama dah tak share resepi kan.
Semalam, sempena Maulidur Rasul aku ambil kesempatan masak memasak kat rumah.
Lagipun semalam belum ada sambutan kat sini.
Sambutan akan dibuat pada 25 Januari nanti.
Jadi, dari duk tenguk TV sepanjang hari aku pun masak la.
4 jenis lauk masak semalam.
Tapi share 1 je la ya.

Ni resepi yang buat aku menang tempat kedua pertandingan memasak anjuran KPDNKK tahun lepas.

Gulai Lemak Cili Api Udang + Nenas dan Daun Selasih

Bahan kisar;
-Bawang Merah
-Bawang Putih
-Halia
-Lengkuas
-Cili Kampung
-Cili Thai (kaler merah kilat- kilat tu)
-Lada kering (3 - 4 tangkai je untuk cantikkan colour)
-kunyit
-Belacan
-Asam keping(sekeping dua- jangan tanya kenapa, sebab aku memang buat macam ni)

Bahan lain;
-Udang
-Serai (ketuk)
-Daun Selasih
-Daun Kunyit
-Nenas
-Santan

Cara memasak;
  1. Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan bahan kisar dan serai yang telah diketuk.
  2. Tumis sampai naik bau dan agak kering (kalau nak tambah lagi sekeping asam keping pun boleh).
  3. Masukkan udang (aku guna udang harimau), daun selasih, daun kunyit dan nenas.
  4. Masukkan santan cair. Agak mendidih sikit masukkan santan pekat pula.
  5. Masukkan perasa (garam dan gula). Kacau sampai siap.
Senang kan?
Santan tu aku memang suka buat 2. Pekat dan cair. Sebab dari zaman aku mula belajar masak, iaitu zaman melihat nenek dan mak masak, diaorang memang bahagi santan pekat dan cair.
Tapi if rasa susah dan nak jimat masa, guna je santan kotak, sedap juga.








Aku memang suka kuah yang pekat. Ya ALLAH terasa- rasa sedapnya sampai sekarang.
Wah, matilah puji masakan sendiri kan.

Ok lah.
Selamat mencuba ya :)

Thursday, November 28, 2013

Resepi Mee Goreng Basah (Sotong lagi)


Kan dah kata sotong tengah banyak kan.
Untuk hari sabtu nanti laki dah cop suruh masak sotong lemak cili api.
So malam tadi masak still guna sotong tapi masak mee je.
Niat hati aku nak masak Mee Goreng mamak.
Sedap duk bayangkan kesedapan mee mamak letak tauhu dan taugeh.
Tapi laki pulak request nak Mee Goreng Basah.
Kenalah utamakan tekak dia kan.
Untuk dia aku tak letak taugeh.
So, siap masak angkat terus letak kat pinggan untuk dia.
Then baru aku campakm taugeh untuk bahagian aku pula.
Masak memang lebih sikit.
Dapatlah bagi jiran/ rumah bujang kat sebelah ni.

Macam biasa lepas tu aku upload lah dalam instagram dan facebook.
Ada pulak yang minta resepi.
So aku share kat sini je lah ya.






Mee Goreng Basah Citarasa Azra

Bahan untuk dikisar

Lada kering
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
belacan (kalau suka)

-Tumis bahan yang dikisar tadi. (aku tambah pulak bawang putih yang aku ketuk 2 biji).

-Masukkan kicap pekat, sos tiram, sos cili, kicap manis dan kicap sotong.

-Lepas tu masukan ayam, sotong atau apa2 bahan basah yang korang nak letak.

-Tambahkan air. Air ikut suka korang ikut tahap kuah yang korang idamkan.

-Bila dah mendidih masukkan mee dan sayur- sayuran. Aku guna sawi, tomato, bawang besar dan lada merah besar je.

-Tambah perasa ikut suka korang. Aku tak letak pon garam or gula sebab kicap sotong dan sos tiram kan dah masin.

-Last sekali campaklah taugeh kalau suka.

Eh, dah siap. Boleh lah makan.


Sekian.


*tips- Bahan kisar tu sebenarnya lebih buat sambal sotong kelmarin. Aku memang suka kisar lada kering and the gang lebih. Buat stok seminggu dalam peti tu. Senang. Tak adalah time nak masak, time tu jugak nak rebus lada kering, kupas bawang bagai.

Wednesday, November 27, 2013

Sotong Oh Sotong dan Resepi Nasi Lemak + Sambal Sotong



Tetiba muncul nasi lemak kan.
Sebenarnya dah dari hari Ahad berhajat nak masak Nasi Lemak.

Tapi kesihatan tak mengizinkan.
Maka semalam lah baru dapat lunaskan hajat.
Itupun selepas pergi beberapa kedai cari kelapa tak dapat- dapat.
Ikut hati dan perasaan aku nak je beli santan kotak tu.
Tapi laki pula tak suka.

Balik kerja, sampai rumah terus gigih memasak.
Sotong memang penuh 1 peti beku tu sebab laki aku dah 3 malam berturut- turut pergi mencandat.
Semalam pula hari ke 3 aku masak sotong.
Mula dengan Tomyam Sotong, lepas tu Sotong Celup Tepung dan malam semalam jadi lah Sambal Sotong.
Aku masak simple je.
Nasi lemak, Sambal Sotong, Ikan Masin Tenggiri Goreng Bawang lepas tu Timun.
Masak nasi 4 cawan setengah.
Dapat la aku laki bini makan.
Lepas tu Kak Ana, Teh, Kak Pie dengan Qaseh.
Lepas tu kawan laki aku, Mat makan sepinggan.
Then Kak Dewi datang tapau bawa balik.

Aku memang suka masak banyak- banyak.
Suka nak menjamu orang walaupun sedar kadang- kadang masak bukan sedap sangat pon.
Tapi bayang lah.
Tak bestnya setakat nak masak untuk aku sepinggan dan laki sepinggan.
Masak dan memberi orang makan tu satu kepuasan aku rasa.
Tak kisah kalau orang tak puji pon.
Cukuplah sekadar tengok orang makan masakan kita, kalau siap tambah tu memang lagi happy rasa.

Dah terlanjur bubuh gambar Nasi Lemak Sambal Sotong tu, aku sertakan lah resepi.
Resepi aku memang simple je.

Nasi Lemak.

Beras aku guna ni, kalau beras secawan maka cecair (santan) bersamaan 1.5 cawan
So kalau 4 cawan beras, santan tu 6 cawan la ye.

Beras mula- mula cuci, lepas tu rendam dalam air selama 20- 30 minit.
So sambil rendam tu bolehlah prepare bahan lain.
Kenapa rendam?
Aku pun tak tau kenapa.
Tapi pernah aku buat Nasi Lemak tak rendam beras, nasi jadi keras- keras sikit la.
Tak feel nasi nya.

Bahan lain nak letak masa masak nasi tu.
Serai diketuk
Halia hiris nipis dan potong panjang- panjang
Bawang putih diketuk
Bawang merah kecil hiris nipis
halba (kalau ada, aku tak letak semalam)
Daun pandan
Garam secukup rasa.

Sambal Sotong Simple

Sotong potong ikut suka korang nak tebal ke tipis. Ikut kesesuaian size sotong tu la.

Bahan Kisar
Lada kering yang dah direbus
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Belacan
(kisar guna air suam la kalau boleh sebab nak bagi belacan larut betul)

-Panaskan minyak, masukkan bahan kisar tadi. sampai naik bau dan nampak minyak dah timbul masukkan air asam jawa dan sos cili. Lepas tu masukkan sotong dan bawang besar yang korang hiris tebal sikit. Bawang ni optional sebenarnya. Tak nak letak pun tak apa. Then kalau ada sos ikan/ kicap sotong boleh je nak tambah. Kalau pekat sangat tambah lah air. Lepastu masukkan garam dan gula.

Senang je.
Laki aku tak suka Sambal yang pekat- pekat macam Sambal Tumis Bilis tu. So, kalau masak Nasi Lemak biasanya akan buat Sambal Udang or Sambal Sotong macam ni.


Sent from Samsung Mobile

Tuesday, May 8, 2012

Fettucine Carbonara with Pan Grilled Chicken (versi malas)

Kalau ada sesiapa antara reader kat sini yang follow twitter aku, or add facebook mesti tau kan semalam aku masak Fettucine Carbonara untuk lunch. 
Tapi kuah tu instant je. Guna Prego carbonara Cendawan.


Tapi still ada yang mintak resepi. 
Ni resepi yang tak semenggah itu.

(musim ni picture tak ada edit- edit ya. tengah musim busy kerja)

1. Guna dada ayam tanpa tulang. Rebus. Kemudian perap. Perap ikut citarasa lidah korang. nak rasa kari, letak rempah kari, nak rasa bbq letaklah bbq sos, nak rasa masin gunalah garam+kunyit ke kan. Aku buat simple je. Perap dengan sos tiram+madu+ minyak zaitun+ english herbs (aku ada Bay leaf dengan oregano je kat rumah. So letak tu je) Yang duk kat bandar, dekat dengan Tesco, Cold Storage semua bolehlah guna fresh herbs kan. Aku perap tak lama, 15 minit je.

2. Sambil tunggu ayam tu tengah diperap. Bolehlah rebus fettucine. Rebus ikutlah arahan yang ada tertulis kat plastik bungkusan tu. tapi kalau aku suka lama sikit sebab nak lebih lembut. Lepas angkat untuk ditoskan, gaul dengan butter sedikit atau minyak zaitun. Bukan apa, tak nak dia melekat- lekat.

3. Masak ayam atas kuali leper (aku tak guna minyak sebab tadi masa perap dah letak minyak zaitun sekali). Seeloknya guna non-stick frying pan lah kan.  Kalau takde, kuali leper buat roti jala tu pun boleh je.  

4. Sambil tunggu ayam masak, boleh masukkan sedikit butter ke dalam kuali, masukkan bahan tambahan macam cendawan butang ke kan. Lepas tu masukkan sos Prego Carbonara Cendawan kat dalam kuali. tambah air. Kepekatan ikut suka korang. Then, kalau nak tambah rasa masin ke manis ke, tambah la bahan perasa ikut sedap tekak.

5. Bila dah mendidih, masukkan fettucine yang dah ditoskan tadi. Gaul- gaul, Siap!!! Hiaskan dengan hirisan dada ayam yang dah di grill tadi.

SELAMAT MENCUBA :)

Tuesday, March 13, 2012

Banana Muffin

Sebelum aku tinggalkan blog selama 3 hari *kena pi kursus SPR*, aku tinggalkan resepi Muffin Pisang yang senang. Sila cuba. Jangan malas- malas. Kalau guna cup macam aku tu, boleh dapat 10-12 biji.
Sesuai untuk minum petang.
Tapi aku bukan untuk minum petang, aku jual kat sini. 

Selamat mencuba!


1 1/2 cawan tepung
1 sudu teh Baking Powder
1/2 sudu teh Soda Bikarbonat
*satukan dan ayak semua bahan di atas*

3 biji pisang (biasa guna pisang emas or pisang berangan. Kalau pisang mcm besar, guna 1-2 biji dah cukup)
1 sudu teh esen pisang
*satukan, dan lenyek hingga hancur-pisang tak berketul- ketul*
*kalau nak tambah pewarna kuning pun ok je*

1 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1/3 cawan butter yang dicairkan.
secubit garam
*cairkan butter dulu sebelum sediakan bahan lain coz nanti time nak guna, butter tu dah sejuk*

cara- cara 

-Satukan gula dan telur di dalam mangkuk. Kacau hingga gula larut. Guna pemutar dengan speed rendah je.
-Masukkan pisang, diikuti butter yang telah dicairkan tadi.
-Masukkan secubit garam.
-Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit. Jangan putar lama. Just pastikan tepung dan campuran bahan tadi sebati. Boleh hentikan mesin.
*kalau kacau guna senduk je pun boleh. Tak pakai mesin*

-Panaskan oven 180 darjah.
-Sementara oven panas, bolehlah masukkan adunan ke dalam cup. Anggaran 1/2 hingga 2/3 cup sahaja.
-Masak selama 25- 30 minit pada suhu 180 darjah.

Monday, February 13, 2012

Singgang Ikan Selayang + Nenas

Setelah beberapa hari aku teringin, *ok baca betul ya teringin bukan mengidam ok* nak makan singgang ikan bersama nenas macam yang aku selalu makan masa kecik dulu, akhirnya semalam aku dapat jugak ikan.
Yang kelakarnya, masa kawan bagi ikan tu, kami sama- sama ingat ikan tu ikan selar.
Sebab adik dia yang kata ikan selar.
Aku pun, semalam sampai rumah terus letak dalam peti.
Tak buka pun bungkusan plastik tu.

Ambik kau, tetiba pagi tadi buka plastik, nak prepare ikan tu tengok ikan selayang rupanya.
hahahhahahh
Sape suruh main percaya je cakap budak darjah tiga kan.
Tapi ikan selayang pun ok je.

Singgang ni adalah yang bewarna jernih je ya. Bukan warna kuning tu.
Masa kecik, inilah lauk kegilaan. 
Tak dapat ikan tu pun tak apa, yang penting dapat makan nenas.

Nah resepi:

Sikit je step nak masak singgang ni. Cepat, mudah, ringkas dan sihat.

1. Masukkan air dalam periuk. Lepas tu masukkan semua bahan ni. Bawang besar (aku suka potong besar- besar. Tak suka hiris halus). Bawang putih (ketuk je). Halia (aku hiris tebal- tebal). Lengkuas (aku masukkan seketul terus). Cili (tak payah potong. kalau nak rasa pedas korang potong lah). Asam keping ikut tahap kemasaman yang korang nakkan. Serai adalah ikut suka nak letak ke tak.


2. Bila nampak air dalam periuk tu dah berasap sikit, macam hampir mendidih lah kan, aku masukkan ikan dan nenas. Jangan lupa bahan perasa iaitu garam. Gula aku tak isi sebab nenas kan dah manis.


Nenas aku setengah biji ok. Memang favourite. Tapi nenas yang bukan dalam masakan macam dalam rojak buah ke, or nenas yang orang jual sepotong- sepotong kat kedai tu aku tak makan.


Ikan yang telah salah diberi nama oleh Akim.


Aku masak dalam kuali. Nampak tak, nenas 3 kali ganda lagi banyak dari ikan. Ikan tu kecik- kecik. Ada 6 ekor sebenarnya dalam tu.

3. Bila dah mendidih dan ikan tu nampak dah masak, matikanlah api. Siap!
Senang kan!!!Sila masak macam ni kalau tengah tak ada idea or tengah malas. Btw, masa masak tadi aku siap tambah asam keping lagi 2 sebab nak masam betul. Sedap*sila jangan lempang aku sebab puji masakan sendiri*


Ni picture first round aku makan.
Konon 2 ekor je kan. 


Oh, lupa nak bagitau. Aku makan lauk ni je dengan nasi.
Tak nak ada lauk lain.
Sebab nanti rasa singgang tu terjejas.
hik...hik....

Selamat mencuba!!!
(",)




Sunday, January 29, 2012

d e m a m . b u k a n . a l a s a n . . . . .

Pagi tadi just makan bihun goreng sikit sebelum makan ubat.
Then, tengahari laki call tanya nak kirim makanan ke apa ke?
Masa tu tak rasa lapar lagi, so tak nak lah kan.
Dalam pukul 11 pagi selepas dadah dah meresap dalam badan, aku pun apa lagi mengantuk lah kan.
Tetiba pukul 12 lebih tu terjaga pulak dah.
Ada jiran menjerit- jerit marah anak dia.
Gila tekanan aku.

Ingat pukul 2 macam tu baru nak bangun.
Tapi terbangun awal.
Layan tengok tv.
Laki balik kerja tadi awal, dalam pukul 2.
Dia ajak join makan Nasi Goreng Ayam.
Aku jual mahal lah kan.

Tengahari tu minum coffee je secawan.

Sambung lagi tengok tv and layan twitter.
Lepas tu dalam 3 lebih dah lapar.
Nak masak mee, sawi tak ada.
Aku macam tak boleh lah nak makan mee goreng kalau tak ada sayur warna hijau tu.
Aku tak boleh nak makan.
Tak tau kenapa.

So, nampak sos prego yang buat Lasagna aritu ada balance lagi.
Apa lagi kan.
Ambik jalan mudah je lah.
Masak Beef Bolognese Spaghetti.
Guna je apa yang ada.





Resepi nanti- nantilah ye.
Belum ada feel nak menaipnya.
Nampak, banyak kan aku makan.
Walaupun demam, makan tetap habis.
hahhahahha......
Tak ada istilah hilang selera makan ke apa untuk aku ni.

Licin je aku makan.
Tinggal Bay Leaf sehelai je kat situ.
*sorry untuk pinggan yang comot tu. Aku rasa dah makan cukup sopan dah tadi.

Aku ni, jenis orang kalau demam tak suka nak makan ubat banyak- banyak.
Sekali je aku makan tadi.
Then, aku buat kerja rumah sikit- sikit.
Keluarlah peluh sikit kan.
Now, alhamdulillah badan pun dah kurang panas.
Tekak dah tak berapa perit.
(",)

***aku rasa tetiba demam ni sebab makan limau CNY banyak sangat kot. Sebab demam kali ni start dari perit tekak. Padan muka aku kan. Orang lain raya, aku yang melebih- lebih.


Thursday, January 26, 2012

Lasagna Serba Kekurangan

Ambik kau.
Nama resepi macam tajuk lagu jadinya.
Ye lah, memang serba kekurangan aku hari ni nak masak.
Tapi nak buat macamana, dah teringin sangatkan.
Konon tengahari tu makan sandwich dah ler.
Rupanya dalam pukul 3 tu dah lapar semula.
Dasar kuat makan kan.

Disebabkan teringin sangat nak makan, aku buat jelah.
Lagipun budak- budak keliling rumah ni dah rindu nak makan Lasagna kan.
Selamat mencuba!!!

1. Sediakan kepingan Lasagna dan cheese. Cheese tu korang gunalah Mozarella ke Philadelphia ke kalau nak sedap dan boleh tarik- tarik macam makan kat Pizza hut tu. Tapi aku tak ada semua tu kat sini. So, aku guna Cheddar je. Yang hancur tu pun Cheddar sebenarnya, tapi nak feeling grated Mozarella kan. So, aku hancurkan. Yang Keping- keping tu untuk bahagian atas sekali. Kepingan Lasagna tu rendam dalam air panas sampai agak lembut. Guna ikut berapa tingkat korang nak. Aku buat 4 lapis je tadi.


2. Sediakan bahan untuk inti daging tu jugak. Orang selalu guna daging kisar. Tapi aku tak suka sebab daging kisar macam tawar la. So, aku guna daging burger. Mula- mula tumis bawang tu guna minyak zaitun. Minyak biasa pun tak salah, marjerin pun boleh. Lepas tu masukkan daging tu, hancurkan dalam kuali. Kalau nak hancurkan sebelum masak tu pun boleh je. Then, masukkan sos Prego Traditional. Kalau nak pedas sikit, masuk sos cili sikit. Letak la garam n gula secukup rasa korang nak. Biasanya orang letak jugak tomato cincang and sayur macam carrot semua. Tapi aku tak ada. Oooppss.. tu ada jugak aku letak english herbs. Bay leaf, oregano n rosemary. Tak letak tak apa coz dalam sos Prego tu dah ada kot.


3. Untuk Sos putih, korang kalau ada sos Prego cendawan tu guna tu je. Masukkan dalam kuali lepas tu letak cheese, kacau sampai sebati cheese n sos tu. Tapi kalau tak ada, boleh buat macam aku ni. Butter sesudu ( aku guna marjerin je tadi). Cheese, susu full cream, tepung dalam 2,3 sudu. Cendawan tu ikut lah nak letak ke tak. Aku letak fresh Shitake. Cairkan butter dalam kuali, then masukkan cendawan. Tepung tu korang bancuh  dengan susu pastu masukkan dalam kuali. Kacau sebati. Bila nampak dah ok semuanya masukkan cheese. Kalau nampak pekat sangat masukkan susu lagi. Tapi memang nak pekat pun benda ni. Sebelum tutup api masukkan garam sikit. 


4. Ni inti Lasagna aku yang dah siap masak. korang susun dalam caserol bowl, tray or loyang ke apa ke yang boleh masuk dalam oven ya. Sapu marjerin dulu takut melekat. Lepas tu start susun kepingan Lasagna dulu. Lepastu letak inti daging tu. Tabur cheese. Letak kepingan lasagna lagi lepastu isi pulak sos putih tu, tabur lagi grated cheese. Ulang step sampai penuh magkuk korang.


5. Bahagian atas sekali lepas letak lapisan Lasagna terakhir, korang tabur kan grated cheese tu banyak- banyak. Then letak Cheddar tu. Sebelum masuk oven, sila tutup guna aluminium foil. Kalau tak, maka hanguslah keju korang tu nanti. Aku bukan setakat tutup. Memang aku balut satu bekas tu. Masa nak start susun- susun tu, boleh dah panaskan oven. Oven aku suhu normal yang aku guna, 180 darjah api atas n bawah. Bakar selama setengah jam.


Ini rupanya bila dah siap ya.
Tak dapat nak lapis banyak- banyak sebab kekurangan bahan mentah ya.
Harap maklum.

Aku memang nak amik picture full yang baru keluar dari oven, tapi budak- budak ni dah tak sabar nak makan. Aku tinggal pi amik handphone, diaorang dah potong. Hampeh.


Next time aku akan pastikan Lasagna aku setinggi 8 tingkat. 


Kepada yang nak try, silalah.
Ko makan kat Secret Recipe RM13 kot kalau tak salah aku.
Mangkuk pun kecik je.
Ni makan 3,4 orang pun kenyang tau.

*Benda macam Lasagna ni dan yang seangkatan dengannya macam Spaghetti, baked Macaroni n Cheese, Pizza, dan benda- benda yang ada cheese banyak- banyak memang aku masak atas permintaan anak- anak jiran je. Laki aku tak makan pun benda macam ni*




Saturday, January 21, 2012

Asam Pedas Ikan Jemuduk

Resepi atas permintaan peminat dari fb ya.
Hahahahhaha..
Bajet popular kan.
tak adalah.
Aku memang biasa upload gambar makanan kat dalam fb.
So, mana- mana yang kawan berkenan diaorang selalu suruh PM resepi.
Tapi aku dah malas main nak PM orang.
Letak dalam blog senang cerita.
Semua orang pun boleh tengok.

Walaupun saya orang Johor.
Saya masak asam pedas ikut style Nyonya ya letak belacan.
Tak kisahlah kan. Lain orang lain caranya. Yang resepi ni, yang biasa aku buat.



Asam Pedas Ikan Jemuduk
* kat tempat aku ni, orang panggil Ikan ni, Mayok. Yang aku masak hari ni adalah Mayok Bintik.

1. Kisar semua bahan ni. Ada lapan semuanya. Sambil isi dalam blender, kira dah cukup belum semua bahan. Lada Kering, Bawang Merah, Bawang Putih, Serai, Halia, Belacan, Buah Keras dan Kunyit Hidup.

2. Panaskan minyak, masukkan semua bahan yang dah di blender tadi. Masak sampai kering, naik minyak tapi jangan sampai hangit pulak ya. :)

3. Masukkan air asam jawa secukupnya. Kalau rasa masam sangat, tambah je air lagi. Masukkan garam dan gula. Aku masak memang tak isi ajinomoto ya. Biarkan sampai mendidih.

4. Masukkan ikan, daun kesum dan bendi. Kalau ada bunga kantan lagi best. Tapi aku susah nak dapat kat sini. So, tak adalah ya.

5. Biarkan ikan sampai masak. Dalam 5 minit je kot. Pastu siap dan boleh lah dihidang.

Senang kan!
*kalau korang tak nak letak belacan pun tak apa. Aku memang suka letak belacan sikit kalau masak asam pedas ni. Ada orang letak lada hitam sikit lah. Ikut korang lah kan. Citarasa masing- masing.

Friday, January 20, 2012

Ayam Goreng Perap Rangup (resepi mak mertua)

Ni picture dinner kami.
Ayam Goreng, Sambal petai ikan bilis dan stir fried bendi + cendawan shitake.
Sayur tu memang masak sikit sebab aku sorang je yang makan.
Laki adalah vegetable haters!


Yang aku nak kongsikan kat sini hari ni adalah resepi ayam goreng tu as requested by a few of my friend kat facebook hari tu.

Ayam Goreng Perap Rangup ***suka hati aku lah kan nak bagi nama apa.

1. Basuh ayam dan toskan. *aku suka guna peha ayam je, sebab nanti makan tak berebut sape punya besar, sape punya kecik.hahahahha...

2. Blender kan bawang besar, bawang putih, serai, kunyit, cili padi atau lada kering (aku guna dua- dua). Isi air sikit je ya. Asalkan blender tu boleh bergerak. Lepas tu tuangkan kat ayam yang dah ditoskan tu. Gaul bersama daun kari. Jangan lupa isi garam dan gula sekali ya.


Kalau tengok kat gambar ni macam berair banyak jugak kan. Saya buang sikit- sikit air ni. Sebab kalau banyak air, nanti masa tabur tepung, tepung tu tak melekat sangat pulak.

3.  Lepas perap selama setengah jam atau lebih, bolehlah goreng ayam tu. Tapi sebelum goreng taburkan tepung secara rata kat ayam ni. Tepung gandum je.


Ok, that's all. masa nak goreng, pastikan minyak betul- betul panas ya. Kalau boleh goreng secara deep fry la supaya ayam ni masak rata.


Ayam ni tak hangus. Tapi warna dia memang macam ni lah. tak boleh nak adjust.

SELAMAT MENCUBA!!!


Monday, January 2, 2012

Ikan masak Lemak Cili Api

Ok,
Hari ni resepi Ikan Lemak Cili Api seperti yang direquest kawan- kawan.

Resepi ni tak macam biasa yang korang masak yang tumis bahan pakai minyak tu. Saya pun masak macam ni sebab sejak kawin suami memang stail masak lemak dia suka macam ni. Lagipun, tak muaklah masak cara ni. Selamat mencuba.

1.Blender bawang besar, bawang kecik, cili api, halia, kunyit hidup. Ada orang suka letak lengkuas, buah keras bagai.. Itu, ikut suka kot. Pada saya halia dah memadai sebab nanti letak serai lagi.

2.Bahan yg dah di blender tu terus masukkan dlm periuk. Kacau- kacau sampai nampak kering. Jangan lupa masukkan Serai yang dah diketuk dan asam keping.

3. Bila bahan tu dah kering, masukkan santan cair.

4. Lepas santan tu dah mendidih, masukkan ikan. Besarkan api. Masukkan garam, gula.

5. Bila nampak ikan dah masak (ikan kejap je dah masak ye, kadang tak sampai 5minit depends pada ikan yang diguna. Macam saya ni saya guna ikan Mayok) kecilkan api, masuk santan pekat. Kacau dalam setengah minit. Matikan api. Siap!!!

***Biasa masak lemak cili api ni, saya guna ikan Mayok(jemuduk), Sagai, Ikan merah . Kalau ikan kecik macam kembong atau selar, saya masak cara lain.
***kalau da masuk santan pekat tu, jangan tinggal tanpa kacau ya. Nanti santan pecah.

Saturday, December 24, 2011

Nasi Ayam Cara Saya

Ok.
Akhirnya.
This is my 1st recipe.
Tadi terlanjur kawan- kawan datang, saya masak nasi ayam.
Mudah dan ringkas.
Kalau masak lain- lain makanan, rumit sikit kan.
lagipun tak ada banyak bahan nak masak.
So, akhirnya tersedialah nasi ayam untuk kawan- kawan.
Nasi ayam saya sekarang dah masuk salah satu makanan favourite husband.
Alhamdulillah setakat ni belum ada complain dari dia.
Picture yang 1st tu masa saya masak nasi ayam pertama untuk husband.
Yang lagi dua tu, nasi ayam hari ni.






Saya tak pandai nak bagi sukatan, kebanyakannya saya main agak- agak je untuk perasa. Untuk resepi kali ni, saya buat untuk 1 ekor ayam. Beras 3 cawan.

1. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah. Anggaran semua tu dalam separuh blender. Lepas tu ambil 2/3 dari bahan yang dah diblender tu untuk perapan ayam pertama. Yang lebih tu simpan untuk masak nasi.

2. Ayam yang dah dibersihkan, perap bersama bahan yang dah dikisar tadi selama anggaran 30 minit.
( Sementara ayam diperap 1st round, jangan mengada nak duk depan laptop main facebook. Sila buat kerja lain macam potong timun, salad dan tomato.)

3. Sambil tunggu ayam tu juga, boleh guna masa untuk buat sambal cili. Saya gunakan lada merah besar dan cili padi. Jumlah ikut suka kamu. Ikut kemampuan lidah tahan pedas. Blender cili dan lada tu bersama bawang putih dah tomato. Selepas itu, masak atas api kecil sampai mendidih. Kemudian masukkan garam dan gula serta cuka. Sampailah dapat rasa yang awak mahukan. Macam saya, saya suka pedas- pedas manis.

4. Selepas 30 minit. Masak air dalam periuk sampai mendidih. Kemudian, masukkan ayam yang dah diperap tadi. Masukkan sekali bahan yang kamu guna untuk perap tu untuk dapatkan rasa yang sedap. Masak ayam sehingga separuh masak atau agak lembut. (Saya suka masak lama sikit sebab nanti goreng kejap je).

5. Ayam yang dah direbus tu diletakkan dalam mangkuk yang besar. Kemudian perap dengan kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Gaul rata dan biarkan selama lebih kurang setengah jam hingga 45 minit. (jangan buang air rebusan sebab nak guna untuk masak nasi dan sup)

6. Untuk nasi. (contoh untuk masak 3 cawan beras ya). Tumis bahan yang dah di blender tadi (lebihan untuk perapan 1st tu). Tumis guna marjerin ya bukan minyak masak. Marjerin dalam 3 sudu. Masukkan juga buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan daun pandan. Selepas naik bau. Masukkan air rebusan ayam tadi. (Untuk 3 cawan beras, saya guna 4 cawan air rebusan) . Kemudian masukkan sekotak kecil susu full cream. Yang low fat pun boleh dan kiub ayam atau serbuk pati ayam serta garam n gula. Kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam beras yang telah dicuci. Masak seperti biasa. Masa masak kalau nasi nampak macam kurang air, tambahlah ye. sebab kadang- kadang, lain beras lain sukatannya kan. Saya guna beras wangi cap Lagenda. Rasalah nasi tu jugak. Kalau macam tawar, tambahkan garam n marjerin.

7. Untuk sup. Saya suka tapiskan air lebihan rebusan tadi. Sebab suami saya suka sup yang clear je. Kalau tak nak tapis pun tak apa. Panaskan air tu, masukkan kacang tanah. (tak nak pun tak pe, tapi kami suka sebab kacang tanah ni ada rasa manis- manis sikit). Bila dah hampir mendidih, masukkan kiub ayam atau serbuk pati ayam.  Tambahkan garam sebagai perasa. Dah siap nanti baru tabur daun bawang dan daun sup.
Tapi saya tak suka bau daun sup. Sebab tu kadang- kadang saya tak letak.

8. Bila dah settle semua, bolehlah goreng ayam. Jangan buang campuran kicap, minyak bijan, madu dan sos tiram tu. Sila panaskan dan tambah air untuk dapatkan kuah kicap yang sedap. 

Ok dah siap. 
Mudah kan. 8 step je.
Kalau kamu nak adjust resepi ni ikut citarasa kamu pun ok je. Tapi saya rasa inilah cara paling senang dan sedap untuk buat nasi ayam. 

Kalau dah try buat, sila bagitau resultnya ya.

Selamat mencuba!!!!

tips; Kalau buat nasi ayam memang saya suka guna beras wangi sebab lembut dan gebu. Ayam pula, jangan potong terlalu kecil sebab nanti macam tak berapa sedap bila makan rasa kejung je. Tak rasa lembut pulak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.