Klik Untuk maklumat Lanjut

Showing posts with label Hidup di Pulau Tioman. Show all posts
Showing posts with label Hidup di Pulau Tioman. Show all posts

Friday, May 2, 2014

Island Hopping Trip di Pulau Tioman

Sebenarnya ramai jugak yang minta aku update blog.
Kebanyakannya nak tau tentang percutian di Pulau Tioman ni.

Update:
1- Dari Mac 2014 hingga kini perkhidmatan penerbangan Berjaya Air dihentikan untuk seketika. Jangan tanya aku kenapa. Tapi insyallah dalam masa terdekat akan operasi semula

2- Cuaca setakat ni alhamdulillah. Tak la panas sangat n tak hujan. Angin dan ombak pon ok. Sesuai lah untuk aktiviti riadah di laut.

3- Aku dah tak ambil booking untuk penginapan. So don't call/ email me tanya tentang penginapan. But if aku ada masa nanti, aku akan senaraikan nama dan contact no. chalet untuk kemudahan pembaca.

4- Setakat hari ni, yang menguruskan bisness boat trip adalah suami aku. Kami ada beberapa jenis trip. Trip- trip ni bergantung pada budget korang jugak n jumlah penumpang. Harga jangan risau, boleh kawtim. tapi janganlah main booking then bila sampai sini jumpa trip lain korang cancel macam tu je. Pastu kitaorang call pun tak jawab. Aku berani cakap macam ni sebab dah beberapa kali terkena. Tapi lepas tu korang sendiri akan rasa n alaminya. Harga setiap trip di setiap kampung memang berbeza.

Macam trip kitaorang, harga sama macam di Kg. Tekek dan Kg. Air Batang. Dan tempat- tempat lawatan kita cover yg sama. Tapi if korang duduk di Kg. Salang dan nak trip ke Pulau Tulai. Better booking di Salang je la. sebab Kg Salang dan Tulai dekat, so harga murah sikit. Korang akan nampak harga kami mahal sikit, tapi aku nak highlightkan kat sini, Sunny day trip aku dari jam 9- 3 petang or 10- 4 petang depends pada kehendak penumpang sebenarnya. Then, kita cover sehingga 6 tempat termasuklah ke Pusat Taman Laut dan Kg. Tekek/ Pulau Rengis selain korang pi Tulai tu je. That's why harga kita mahal sikit.

Then, if korang stay di Kg Genting/ Kg. Paya..kg2 ni jauh dari Tulai. If nak ke Tulai ada extra charge la. Kalau nak murah if stay di sana, korang amik trip hingga Pusat Taman Laut je.

Pilihan kat tangan korang. Sebelum booking korang boleh study sikit- sikit tempat korang nak stay, snorkeling spot mana yang korang minat. Google je, beribu gambar yang keluar. Trip dengan kami pon u oll boleh pilih tempat- tempat yang korang minat, then kami akan advice ikut kesesuaian bergantung pada which resort/ village u stay and your budget.

Sebarang booking atau nak tanya apa- apa tentang trip boleh contact my husband
call : sms : whatsapp 
EPEQ / HAZERI 0199155093

Bye
See u in Tioman!!!







Ni ada sikit- sikit pic masa sunset pic langit. Semua pic this year. Alhamdulillah cuaca masih ok so kebanyakan petang sunset pon cantik.

Friday, February 7, 2014

Busy Month

Januari.
Permulaan tahun agak busy la jugak.
Ada event, Tioman Festival/ Tioman Surfing Event.
So, the whole month sibuk berkejar dengan meeting dan benda- benda lain.
Alhamdulillah event berjalan lancar.
Picture belum lagi nak upload banyak- banyak coz ada dalam lappy aku kat rumah tu.
nanti dah balik holiday baru upload kat sini.

Holiday?
Tak la holiday sangat.
Isnin keluar dari pulau.
Pastu Selasa meeting dengan Dato' Pengurus Besar.
Rabu pi JB nak melawat sahabat yang accident last week.
Terus shoot ke JPO cari kan barang tunang adik nanti (if sempat nak dating dgn bff tercinta Hana!!!).
Pastu baru balik kampung... adik lelaki aku nak tunang on 15th Feb.
Aku lah antara yang paling sibuk sebab kena deco hantaran dia.
Adik tunang after Zuhur hari Sabtu tu.
Then aku ada kelas memandu pukul 5 petang.
Ahad balik pulau semula.

Nah aku letak sikit je pic dari phone ya sepanjang Tioman Surfing Event tu.
ahahhaha.. penyeri entry katanya, tak de gambar rasa lain macam je.
Jumpa lagi.

Ni pic malam penutup after Closing Ceremony and Price Giving n jamuan.
Tengah tunggu Reggae Concert.


Tusung pink tu officemate and yang tudung merah kawan aku merangkapa anggota JPAM yang bertugas.

Event every year Redbull sponsor minuman.

Picture masa bertugas

The beach jam 8.00 pagi.

Tuesday, February 5, 2013

Short Update: Cuaca di Tioman

Lately ada banyak dapat email dari readers bertanya tentang Tioman.
Jujur aku cakap.
Kalau cuti korang memang berbudget tak berapa tinggi, tak payah datang lagi this week.
Sebab ada yang datang 3 hari dua malam, tapi jadi 5 hari 4 malam dah.
Sejak Ahad lepas tak ada feri masuk ke Tioman.
Dengar cerita hari ni ada.
Tapi tak pasti jadi masuk ke tak.
Tapi yang boleh aku bagitau, hujan hari ni dari subuh sampai ke petang ni belum ada tanda nak berenti.
Beberapa kawasan kat area Kampung Tekek dah banjir kilat.
Depan rumah aku pon semalam ada pokok tumbang pukul 6 pagi.
Nasib la pokok kelapa tu tumbang ke arah laut, kalau ke arah darat habis ranaplah pondok buruk aku tu.

Insyaallah Khamis or Jumaat nanti aku bagi sikit lagi short update.
Itupun kalau ingat or sempat.
Aku faham ramai yang nak datang weekend ni sebab cuti CNY kan.

Till then, XOXO
(bajet artis sangat nak xoxo ni)
*_*

Saturday, April 28, 2012

Rezeki Orang yang Bersabar

Entry ni tak ada kena mengena dengan interview yang aku beru pergi ok.
Ni rezeki lain.
Yang ada add fb aku mesti perasan kot malam tadi aku ada post picture barang make-up.


Ada SK-II, Shiseido, Kose, Lunasol, RMK dan beberapa brand dari Jepun lagi yang aku pun tak pernah ambil tau.
Barang- barang termasuk, moisturizer, loose powder, spot corrector, eyeshadow, blusher, mascara, lipstick, lip gloss etc.

Jangan salah anggap.
Bukan aku dapat durian runtuh ke apa nak beli barang mekap mahal- mahal ni banyak- banyak.
Gila!
Kena maki free- free je dengan laki.
hahahhahhaha.


Begini ceritanya.
*macam pertandingan bercerita kanak- kanak je kan*

Ada guest ni.
dari Jepun.
Memang dah masuk tahun ni 5,6 tahun berturut- turut datang stay kat chalet depan rumah aku ni.
Dia keja kat Magazine kat Jepun sana.
Editor bahagian kecantikan.
So, last year kitaorang (aku dengan makcu) ada sembang- sembang dengan dia pasal produk penjagaan dan kecantikan kulit.

Ambik kau, sekali dia hantar email last month booking bilik dengan ayat ni sekali
'I will bring make-up range from Japan brand including SK-II for you'

Tak ke ketar aku dengan makcu.
Matilah nak kena bayar kat dia.
Siap berdoa, janganlah dia bawa normal size.
Bawaklah barang sample je.

Sekali, semalam dia datang then keluarkan satu beg barang.
Ingat nak pilih- pilih.
Sekali dia suruh ambil semua.
Kami cakaplah, mana mampu nak amik semua.
Mahal ni.
Dia tanya kenapa pulak.
Bukan dia nak suruh bayar pon.
Eh?
Ye ke?

Memang.
Semua tu dia bagi kami free je :)
hahahhahahha.
So, Dua perempuan gila ni, malam- malam buta main barang mekap.

Makcu pulak, pagi tadi berseri- seri aku tengok muka dia.
Siap berblusher okeh nak pi kemas bilik chalet.


Alhamdulillah.
Ini lah yang orang kata rezeki.
Bila kita buat baik dengan orang.
Even orang yang tak dikenali sekalipun.
Setahun sekali je jumpa.
Insyaallah, ada kebaikan jugak untuk kita nanti.

BTW, Tqvm kepada guest itu.



Monday, April 23, 2012

Dinner Bersama Kesayangan

Beberapa malam lepas, ok...tipu.
Last week ke last 2 week kot.
Aku pergi dinner dengan scandal aku.
Hhahahhahha.
Jangan salah anggap.
Dengan siapa lagi kalau bukan dengan Aideen kan.
Kitaorang pi makan kat Johan Resort.
Sebabnya, aku teringin nak makan chicken chop.

Kat kampung aku ni susah nak dapat chicken chop yang best.
Kalau kat Mawar Restaurant, kuah chicken chop tu sedap, tapi daging ayam yang diaorang guna adalah daging dada.
Tak bestlah kan.

Satu lagi kat Restaurant Hijau.
Kat situ best.
Restaurant cantik.
Portion makanan memang banyak.
Aku kalau makan paprik boleh kongsi 3 orang lauknya.
Western food memang pelbagai kat sana.
Tapi chicken chop punya sauce kat situ, agak tak menepati selera aku.

So, aku pilih Johan Resort punya Chicken Chop as number 1 choice la kat sini.
Sebab diaorang menggunakan bahagian ayam yang betul.
Sauce pun sedap.
Aku prefer mushroom sauce.
Sebab memang tak berapa minat blackpepper.

Malas cakap banyak, ni picture malam tu.
Ni aku punya, Chicken Chop with Mushroom Sauce.
Selain ayam yang lembut dah kuah yang sedap.
Aku suka sebab diaorang tak kedekut sayur.
Ada sesetengah kedai, agak menghampakan. 
Just bagi timun dengan tomato.
Aku kan penggemar sayur yang tegar.


Aideen makan with Blackpepper Sauce

Muka dia macam tak ada mood kan.
Memang lah. Masa mula- mula makanan sampai, aku tipu dia kata yang aku cuma belanja dia air je. Chicken Chop bayar sendiri. ahhahahahha. Dah macam tak nak makan dah dia. Takut kena bayar.

Muka masa ni masih ada kesan- kesan sunburn lagi.

Licin ya pinggan aku.

Alhamdulillah kenyang.
Malam ni nak pi makan sana lagilah.
:)

Sunday, April 15, 2012

hmmmmm..... perasaan itu....

Sebenarnya aku rasa bersalah lah.
Ya, rasa bersalah menyelubungi diri.
Lama dah rasanya tak update blog.
Busy sangat.
Game- game kat fb aku pun sempat sehari sekali je main.
Banyak kerja kena buat.
Terkejar sana- sini.
Uruskan kerja yang tengah buat sekarang.
Uruskan kerja yang bakal dibuat akan datang.
Isi borang sana.
Isi borang sini.
Pergi pejabat sana, pergi pejabat sini.
Uruskan boat trip.
Uruskan urusan rumah tangga.
Entertained kawan- kawan yang datang.
pffffffffffffffffffffffftt.

Kalah PM kan!

Yang pasti satu benda aku harapkan, segala usaha aku ni akan membuahkan hasil.

I'm praying for da best.
Wish me luck kawan- kawan.

Monday, April 2, 2012

Selamat Pengantin Baru Orang Asing

Selamat berApril semua.
Sekejap je kan dah habis suku pertama 2012.

Last Saturday, ada wedding kat kampung aku ni.
Kenduri kahwin macam biasa, ada makan nasi minyak bagai.
Tapi yang kahwinnya bukan orang tempatan.
It's Korean+ US.
Jojo+ Thomas.

Motif nak buat kerja kawen kat tempat orang?
Diaorang ni memang dah sayang Tioman.
Dah lama dah diaorang berulang- alik masuk Pulau Tioman ni.
Diving purpose.
Stay pulak kebiasaannya kat chalet pakcik aku.
Tu yang kitaorang jadi kenal and dia memang rapat lah jugak dengan makcik pakcik aku tu.

Aku just dapat pergi majlis makan siang tu dengan resepsi malam.
Masa sarung cincin tak dapat tengok coz diaorang buat dalam air.
Gila cool kan.
Mentang- mentang sama- sama minat diving.
Jealous okeh!

Ni kompilasi *macam tajuk album je kan* gambar majlis siang.
Lauk- pauk adalah super best. Daging lembut, ayam masak macam masak merah tapi ada macam rasa rendang...sedaplah. Then tu acar ke rojak aku pon tak faham. Tapi memang sedap. Yang tak berapa sedap hanyalah dadih mango tu. Macam pahit- pahit sikit rasanya.

Ni lah pengantin perempuannya, JoJo.

Pengantin bersama Makcik Yah+ Makcu+ Farisya.

Kan sebelum ni aku cakap kulit aku terbakar kan. Tu nampak tak? Hitam kan muka aku.

Maxi skirt ni sebenarnya dah setahun lebih kot aku beli. Tapi baru 1st time pakai sebab lupa. lol

Gambar ni buat aku nampak pendek. tempat ni ala- ala photobooth la.

Ni picture aku dengan anak ikan aku. hahahhahah... bebel- bebel budak ni kena amik picture aku kat tengah panas.


Malam tu, tetiba dapat tau ada kenduri doa selamat. So, sebelum nak pergi meronggeng aku pi kenduri dulu.
Lauk kenduri pun sedap.
Tuan rumah buat kenduri coz rumah baru dia dah siap.
Lepas tu chalet diaorang pun akan beroperasi tak lama lagi.
Kenduri start lepas Isya'.
Aku balik dalam pukul 9.50.
Siap- siap kat rumah. Tukar baju semua kan. Ye lah, takkan nak pi tengok Reggae band pakai baju kurung kan. Tak ngamlah.
Alang- alang dah pukul 10 malam, aku tunggu laki balik dari resort.
Ingat nak pergi sama- sama.
Tapi dia malas nak pergi lagi. Penat.
So, aku pergi sendiri lah.
Sampai kat Nazri's Place, dah habis satu slot pun diaorang nyanyi. 
Tak pe, total ada 4 slot kot.
Sempat jugaklah aku amik picture sikit- sikit.
Laki datang dalam pukul 11.15.

Ni gambar masa aku mula- mula sampai. Layan cousin aku. papa dia baru belikan Canon tu. Tapi dia belum pandai guna sangat. Tu yang menuntut dengan aku yang ilmu tak semenggah ni. Btw, nama kitaorang hampir sama tau. Aku, Nazratul Azra. Dia Saidatul Azraa.
Papa dia adik beradik dengan mak aku. 
Sebab papa dialah aku terjebak duk kerja kat pulau ni dulu masa habis STPM. 
Then terjatuh cinta pulak dengan orang sini. 
hahahahhahha.

Eh, baju ulang tayang 2 malam lepas punya ek. Maklumlah baju baru, asal kering je nak pakai lagi. :)


Ajmal kuat sangat berjoget. Dari masa sampai kat sini memang dia tak berhenti- henti goyang. Sampai nangis- nangis tak nak balik. Diaorang kata, menurun papa dia. Sebab paksu tu masa muda memang kaki ronggeng.

Ma, Makcu and Mak Dah.

Ni lah band yang menghiburkan kami malam tu.

Pak Su tu dalam hati mesti cakap, bapak borek anak rintik. hahahhaha. Ajmal memang popular malam tu sebab ramai tourist amik gambar dia berjoget.


Sampai juling mata Ajmal berjoget. Farisya pulak malu- malu nak joget. Biasalah perempuan kan.

Ramai mat saleh yang joget. Orang kampung ada jugak, tapi yang muda- mudi lah. Sebab orang lama tak suka sangat lagu reggae. Diaorang suka band yang nyanyi lagu joget, dangdut, rock tu semua.

Lepak dengan Tahfiz dulu sebelum laki sampai. Budak ni baru form 3 tapi gila tinggi and besar badan dia.

Eh, perantin ni tak tukar baju tau dari siang. Kalau kita, harus 5 pasang baju satu majlis.

Haaaaa.... laki dah sampai. Tapi dia bukan layan sangat pun aku nak bergambar Y_Y. Eh, nampak tulang- tulang tu lah. Tapi nape tak kurus? 

Ni abang dive center Ray's Dive. Nama aku tak tau.

Ni pulak Andy. Keje sebelah rumah aku.

Yang ni Fahmi. Best kan diaorang pandai main api ni. Kalau adik ipar aku si Boboy ada, memang dia pemeriah acara main poi ni. 



Best tau majlis ni sebab buat kat beach. Tapi aku tak dapat makan kek.. huuuuaaarrggghhhh... sampai lambat kan. Kek cantik dan sedap tau (aku tau sedap sebab orang yang buat kek tu memang sentiasa buat kek sedap). 

Aku balik awal, 12.45 kot dah balik.
Majlis abis dalam pukul 3 pagi.

Ok, penat dah.
Jumpa lagi di next entry.
:)


Saturday, March 31, 2012

Hangus, Terbakar dan Pedih. Mood; Berpantang

Scandal aku datang melawat aku.
Eh.
Bukan scandal ehem..ehem tu.
Kawan aku si Farhana lah.
Kali ni dia datang bawak geng uni dia.
Seperti biasalah aku akan bawak diaorang pergi snorkeling, swimming bagai kan.
Siap kitaorang picnic lagi.
Tidur kat bitch beach.

Sekarang mendapatlah kan.
Kulit muka aku dah lah last week masih belum pulih sepenuhnya selepas jadi personal photographer untuk orang honeymoon. Ni dah tambah kaler lagi.
Siap pakej lengkap, menggelupas, berkilat dan pedih- pedih.
nak bersin pun serba salah dibuatnya sebab bahagian batang hidung ni tegang je rasa.
*camnelah orang yang botox kat hidung tu. Tak sakit ke masa bersin???*

Tapi apapun, aku enjoy.
Rasa dihargai okeh bila kawan sudi datang jenguk aku kat sini.

Ni ada sikit picture kitaorang beronok- ronok.
Tak ada edit- edit.
Malas and picture pun dari camera orang lain. Bukan camera aku.
Mandi sungai!!!! yeayyyyyy

Berseronok dengan mereka!!!!

Makan malam sama- sama

:)

Eh, lupa nak bagitau, ni baju baru kittew... huhuhuhu.. beli kat thepoplook. Amik range tall sbb kalau yg size UK12 biasa tu singkat. Mak malu u olls nak pakai singkat- singkat kat sini.
hahahhahahha. belt pun beli thepoplook. Cardigan luar tu bukan ya. Itu Esprit, lama dah beli.

Nak buat love sebenarnya, tapi ini je yg mampu.




Diaorang mandi manda kat Panuba Inn je.

Tipah Tertipu bang... Y_Y


Hope korang cukup enjoy ya kat sini.
Next time datang lagi!!!!!!!


*doakan kulit saya cepat sembuh ya*