Klik Untuk maklumat Lanjut

Sunday, February 20, 2011

B E R A N G A N

Hai semua!
Selamat berhujung minggu (",)
Hari ni saya tak pergi buka kedai. Hmmmm...sebenarnya masuk hari ni dah 3 hari tak buka kedai. Bukan sebab malas atau perasan dah kaya..heheh..tapi sebab saya kena period pain hari jumaat lepas. So, hubby suruh berehat je kat rumah. Insyaallah esok buka lah kedai macam biasa.

So, untuk mengelakkan kebosanan sampai ke tahap yang amat serius saya pun buatlah aiskrim Malaysia.
Ye, aiskrim Malaysia yang dalam plastik tu! yang 20 sen sebatang (tapi kat Tioman ni sebatang 30 sen ya). Hari ni saya buat perisa jagung+susu dan Milo. Untuk tambahan malam ni mungkin akan buat perasa Mango!!!

Huhu... sambil tunggu semua aiskrim saya keras dalam peti tu. Tiba-tiba je datang niat nak berangan.
(",)

Ni bukan berangan saje-saje ye kawan-kawan.
Ni berangan untuk memotivasikan diri supaya menabung dengan lebih berhemah.
Saya rasa tak salahkan kalau kita ada angan-angan.
Tapi yang saya pelik, angan-angan saya ni semua perlukan duit. Tak ada pulak berangan nak kan sesuatu yang free. hehhehe...
So, inilah my wishlist for 2011. Harap-harap tercapai sebelum 31 December ni.
Kalau tak semua pun, dapat 50% dari yang diangankan pun jadilah.

1. Jam tangan baru. Kalau boleh nak dapatkan yg cap Gucci ni.
Tapi entah berapa pulak harganya...hehehe..takut tak termampu den. So, kecilkan sikit niat maybe nak yang cap Marc Jacobs ni;
ataupun Guess kat bawah ni ok jugak kot


Eh...eh....kenapa semua jam mesti warna EMAS....ko dah berusia warga emas ke Azra????
hehehe...sebenarnya, dah bosan kot pakai jam warna silver. Lagipun macam nampak kaya sesuai dengan usia je kan jam warna gold ni . Senang je nak match kan denagn aksesori lain kot. Dan sebagai tambahan (tamaknya ko ni) dan ada rezeki lebih nak Toywatch warna putih ni;



Semua deretan jam pilihan agak maskulin kan patentnya kecuali Gucci tu. Tak tahulah kenapa this year terasa minat jam berbentuk macam ni dan bentuk pilihan adalah bulat. Saya wajib beli jam tahun ni sebab dah setahun tak pakai jam. Jam lama dah rosak bateri habis. so, tak pergi beli bateri baru sebab memang teringin nak beli jam baru.

2. Laptop baru. Pergh, patutnya laptop baru ni dikedudukan nombor 1. Tapi tak apalah sebab memang agak lama kot nak kumpul duit untuk dapatkan ni. So, sebagai pilihan pertama, semestinya Macbook Air;

Tapi kalau tak ada rezeki Sony Vaio pun saya rasa ok kot. Kalau suami nak hadiahkan, saya tak kisah pun jenama apa. Yang penting, ada. Sebab laptop saya sekarang dah sama usia dengan budak tadika. Sekarang ni entah ada lagi tak orang pakai laptop yang seusia laptop saya ni.
~~~abang, kalau abang baca entry ni, tolonglah segerakan proses pembelian ya. Kesian saya...yang murah-murah pun saya terima. Nanti saya dah kerja saya beli sendiri yang canggih-canggih. lagipun, cuma laptop je saya harapkan duit abang, wishlist mengarut-ngarut yang lain saya penuhi sendiri....please...please...

3. Kamera digital yang baru. Kamera Olympus saya ni sekarang berusia hampir 5 tahun. So, kecanggihannya dah tak setaraf kot dengan dunia yang serba moden ini. Impian saya adalah Panasonic Lumix GF-2;


Saya nak kaler merah...saya nak kaler merah!!!! hehheh...walaupun rupanya tidak secantik saya mana. Tetapi kecanggihannya menambat hati saya (",)

4. Beg duit baru. Kali ni nak beg duit yang pakai zip. Sebab boleh simpan banyak duit kad-kad membeli belah dan resit-resit credit card. Beg duit ni saya tak memilih sangat. Yang murah-murah sudah la. lagipun dia duk dalam handbag kan. Heheheh.... I exactly nak beg duit warna merah ya kali ni. So, maybe yang macam ni;

Yang ni cap DKNY. Dah buat survey, yang ni paling murah nak dibandingkan dengan Kate Spade, Coach dan Marc Jacobs. This one sangat menepati citarasa. (",)
5. Handbag baru. Untuk pengetahuan kamu..kamu..dan kamu...saya akan kumpulkan duit dari awal tahun hingga akhir tahun untuk dapatkan satu designer handbag tak kiralah yang baru mahupun yang secondhand. Sebab kalau ada yang berkenan tapi harga yang baru amatlah tak mungkin saya dapatkan, maka tak salah rasanya beli yang secondhand. Oh, kepada yang tak tahu mana nak dapatkan handbag second yang masih baik boleh lah klik http://www.glampotboutique.com/ ataupun like page fb diaorang.

Last year dah purchase Coach. A year before, Marc Jacobs so, this year punya target adalah;

Gucci Sukey. saya nak yang leather dan my MIL nak yang biasa. heheheh.....mengada kan kami. Kalau boleh untuk handbag tambahan nak tambah koleksi Longchamp. Tapi tak nak yang Le Pliage lagi, nak yang Planetes.

Perghhh.......banyak ok berangan hari ni.
Wishlist will be a never ending story. hehehhe...
maybe akan ada lagi next wishlist bulan depan or mungkin jugak minggu depan.
Tapi apa yang sangat saya idamkan dan belum jadi kenyataan adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

..
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
..
..
.
.
.
.

Kawan-kawan, doakan saya ye semoga ALLAH permudahkan saya memperolehi rezeki ini.
Kalau sesiapa ada petua atau nasihat bolehlah tinggalkan di comment section. Saya sangat berharap semoga impian saya dan suami untuk mendapatkan cahaya mata dapat dipenuhi tahun ini. Amin.



Luv ya (",)


Saturday, February 19, 2011

M i l l i o n . o f . t h a n k s

Terima kasih kepada yang masih sudi follow blog Azra.
Saya masih sibuk dengan beberapa kerja s/u persatuan.
(akan talk about it later)
BTW, Azra ada upload my pre-loved wallet di


Kalau rasa suka can sms me!!!

Luv:::Azra


Wednesday, February 9, 2011

Saturday, January 29, 2011

Walaupun follower tak ramai, still nak mohon maaf coz lama sangat tak update blog.
Dah hampir sebulan lah kot.
Kesihatan sangat tak mengizinkan.
Doakan saya cepat sembuh ya.

Love U all

Wednesday, December 29, 2010

MATAHARI KEJAP ADA KEJAP TAK DE

Pagi masa bangun tidur, dia ada, pas mandi pagi, dia tak de, pas sampai kedai, dia ada, pas breakfast, dia tak de, pas lunch hour dia ada balik. Itulah matahari punya cerita untuk hari ni.
Tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada la nampak juga dari semalam, terus sehari hujan n angin tak berhenti.
Eh? nape ek macamtu? kat umah saya tak pun?
kata seorang sahabat yang baru call I dari Perlis **mmmm Perlis kot. Lupalah nak tanya sekarang dia kerja mana. Dulu kat Perlis. Anggap je lah betul ya ***
Ye lah, kat Tioman sekarang ni tengah musim tengkujuh.
Bila musim tengkujuh macam ni memang lah cuaca akan begini. 

Disebabkan pagi-pagi lagi dah hujan. Tak dapatlah nak bercantik-cantik dari rumah untuk ke kedai. Disebabkan saya ni suka main mekap-mekap *masa kecik main masak-masak ok*, so kenalah cari alternatif lain untuk bermakeover. hahahah.
Bila musim hujan, saya dengan rajinnya akan bawa make-up bag/pouch ke kedai. So, bila sampai kat kedai dan muka dah kering dari air hujan, saya pun apa lagi. Tak lepaskan peluang terus touch-up. hehehhe.. kalau nak ikutkan my make-up bag memang besar. Tapi untuk bawa ke sana ke sini memang tak sesuai. So, saya bawa yang kecil dan isikan dengan barang yang basic dan kecil-kecil sahaja. Untuk travel pun, biasanya saya akan bawa sample size make-up sahaja. Yelah kan, takkan nak bawa beg besar untuk make-up je kan bila naik bus/ flight.

Inilah muka saya hari ni. Untuk waktu kerja, just apply light make-up je. Iyelah kan. *Item yang I guna untuk dapatkan wajah ini, ada kat bawah ye. I list kan satu persatu*
Memandangkan kat kedai saya ada jual barang kosmetik, takkan saya nak biarkan pelanggan datang tengok muka saya pucat dan kusam kan. Nak tak nak memang kena touch-up sikit-sikit.
(abaikan bentuk mata saya yang tak sama kiri dan kanan. Memang macam tu sejak azali ok!)


Ini pula my small make-up bag. Walaupun kecik je sizenya, banyak juga yang dapat saya isi.
This make-up pouch is from Estee Lauder Cosmetic.



Inilah dia isi kandungan bag tadi.
dari belakang kiri;
1. Pure Water Facial Mist ~ TheFACEshop
2. Parfume ~ Estee Lauder Pleasures (miniature size)
3. Lipstick ~ Estee Lauder
4. Lip gloss ~ Lancome Juicy Tube
5. Eye Liner ~ TheFACEshop
6. Nail colour ~ Givenchy
7. Mascara ~ M.A.C Studio Fix Lash
barisan depan kiri;
8. Blusher ~ Estee Lauder Trio colour blusher
9. Foundation/make-up base ~ Dior Snow (sample size)
10. Bedak Padat ~ Estee Lauder Cyber White (sample size)
11. Eye shadow ~ Maybelline

Semua barang-barang tu adalah normal stuff yang saya bawa ke mana-mana bersama make-up pouch dan boleh saya isi ke dalam my handbag. Tapi Pewarna kuku tu tak lah saya sentiasa bawa. hari ni bawa sebab pagi tadi tiba-tiba rasa nak pakai *sekarang tgh hari cuti. So bolehlah pakai sebab tak sembahyang..huhu* maknanya sebulan ada masa seminggu untuk melaram kuku warna-warni. hehehhe.
Ok. Semua stuff tu saya guna untuk mencorakkan wajah saya. Bagi pemakaian toner, lotion muka dan pelembab, saya dah siap-siap pakai kat rumah.

Btw, mesti ada yang kata "kenapa kening dia nampak hitam dan agak tebal tapi celak tak masuk pon dalam senarai dia atas". Hehe, I memang tak pandai pakai celak. Tapi I apply mascara kata kening. Sebenarnya memang ada celak yang macam mascara~~berusnya macam mascara. Tapi saya tak jumpa lagi nak beli brand apa. Any suggestion kawan-kawan?
Kalau celak pensil memang den tak pandai pakai. Mula lah bertambah hodoh muka kalau pakai.



Facial Mist ni pulak**walaupun ada perkataan 'mist' bukan bermakna nak wangikan muka ya** kegunaannya untuk segarkan kulit dan tak nak bagi kulit terlalu kering bila duduk dalam aircond atau tak nak terlalu berminyak bila makan kari banyak sangat. hehehh...Boleh apply kat muka walaupun ada make-up.

Bila-bila kita rasa kulit macam kering atau tak best, bolehlah spray je kat muka. Eh, kat leher sekali pon boleh jugak. I pakai yang jenis Jeju Flower dari The Face Shop. I tak tau Body Shop ada keluarkan tak product macam ni tapi yang pastinya kulit I tak sesuai pakai barangan Body Shop. Tapi The Face Shop memang dah banyak barangnya yang I pakai macam pencuci mekap, penanggal bintik hitam, semuanya alhamdulillah sesuai. Barang ni made in Korea ya. Harga tak mahal pun RM18.90 je.  

***Ok got to go now!!! See ya

Tuesday, December 28, 2010

Animal Print Thingy

woot.....woot.. hehe
I just noticed yg akhir-akhir ni dah terbeli beberapa item yg bercorak animal-print.
hehehe...now rasa berminat nak jadikan one of my hobby pulak.
Hobi baru~~membeli barang bercetak haiwan***hudoh sgt bunyinya.
Become an animal-printed-stuff-collector.

Kita mulakan dengan baju ni.


Azra's H.T.T
Blouse ~ Valentino Rudy
Jeans ~ Levi's
Bag ~ Marc Jacobs

Cerita disebalik baju ni. Huh, beli masa ada wedding trip ke Kelantan. Why did I buy this blouse?
Sebab that time macam 1st time I survey baju kat Parkson East Coast Mall, Kuantan kot before meneruskan perjalanan ke Kelantan. Nampak baju ni terus rasa teruja. Hahhahha...my cousin pun suggest to buy this baju so, just buy it.


Azra's H.T.T
Kaftan ~ Rantau Panjang
Seluar ~ Padini
Selipar Jepun ~ Esprit

This baju pulak, my MIL yang belanja. Kitaorang beli kat Rantau Panjang masa wedding trip my cousin.
I wish diaorang ada warna lain coz masa kat Kuantan I dah beli baju warna biru **yang baju kat 1st pic**. Tapi sebab tak de pilihan. Just grab it!!!




Eh, yang ni mana pulak animal printnya? hahah...itulah kotak handbag baru saya. Ya. handbag baru!!!***sambil senyum lebar nampak semua gigi.


 pic ni I amik dari Google coz tak sempat snap masa mula-mula buka kotak.

Inilah koleksi handbag terbaru saya. Handbag only ok! wallet tu belum masuk lagi dalam my collection. Budget dah habis for this year. huhuhu...Tak mampu lagi nak beli kat Coach KL Boutique. Hanya mengirim pada sahabat yang ke US baru-baru ni. So, dia beli kat Macy's. Murah sikit. Tak sampai 1k pun. Jimat duit den.. (",)

OOOpppsssss. rasanya dulu pernah beli kot bag bercorak begini. Tapi dalam size dan brand yang berbeza. jap ek I try cari picture dlm storage.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


yeehaaaa.......ada pun lagi pic bersama this bag. Kalau yang tadi tu my 1st Coach. Yang ni my 1st Guess in collection. huhuhu...bukan saje size bag berbeza, tapi size tuan punyanya pun amatlah berbeza. Kalau tak silap ni masa tahun 2006/2007. Tak pastilah pulak.  Buy this bag kat Guess Gurney Plaza, Penang.

Kenapa harus berposing sebegitu rupa?
Sebenarnya tengah menggayakan barang yang baru dibeli. Bag, kasut n shirt. hehehhe...Pic taken kat bilik hostel UUM. Masa study dulu konon-kononnya kalau dapat pakai Guess cukup HOT lah kot. Hahhaha....BTW ni tak guna duit PTPTN ye.
grrrrrrrrrrrrrr!!!!!!


Monday, December 27, 2010

Selamat Bercerita Kembali dan Selamat Membaca Kawan- Kawan.

Salam Sejahtera kawan-kawan. Dah lama sangat rasanya saya tak menulis***menaip***.
Dan dah lama rasanya tak berkongsi cerita yang indah dan tak indah dengan kawan-kawan. Nak kata sibuk, tak lah sibuk mana. Tapi macam-macam halangan pulak yang membantutkan usaha saya untuk bercerita.

Hari ni sebenarnya masih terlalu penat. Semalam baru mengharung lautan, eceh...macam berenang, padahal naik ferry. Tapi tetap gagahkan diri nak buka kedai. Rindu sangat kononnya sebab dah seminggu berjoli sakan kat Rompin+Kuantan with family-in-law.
Tak ada lah yang menarik sangat nak cerita. Just nak berkongsi apa-apa yang patut.

Monsun/musim tengkujuh tahun ni tak dapat nak berholiday sakan dengan husband, sebab cuti dia dah habis. So, hanya keluar seorang diri dari Pulau Tioman ni. Nak tak nak kena keluar juga sebab mak mertua buat kenduri. Tolong la mana yang patut kan. Alhamdulillah, rasanya semua ok je. BTW, my mother-in-law baru pindah rumah. Sambil menyelam minum air, itulah kata pepatah melayu. Dalam pada sibuk tolong orang berkemas, dua kali saya dapat ke Kuantan.

For the 1st trip, pergi cari barang-barang dapur untuk mak mertua.
OK. Disebabkan saya agak gedik. Saya nak kongsi my outfit masa ke Kuantan. Biarpun wardrobe I tak terdiri dari barisan pakaian mahal-mahal, sekurang kurangnya I puas hati dengan apa yang ada ok. I (hari ni rasa nak tukar kata ganti diri. Boleh je kan. Nak guna I lah pulak) lebih suka pakaian yang I rasa selesa. I tak terlalu pentingkan label. Citarasa I selalu berubah-ubah. kadang-kadang I lebih selesa pakai casual-wear, sometimes I love to be more sofisticated and kadang-kadang pakai baju yang daring...hahahha. Semua bergantung pada keadaan dan mood. Rasanya, mula dari hari ni, I akan cuba berkongsi my passion in fashion (besides my passion for food) ~~~(",)...




Azra's H.T.T
Cekak rambut bing-bling ~ Chameleon
Polka dot blouse ~ Colours
Black Legging ~ MNG
Sandal ~ Charles & Keith
Handbag ~ Coach
Jam tangan ~ Guess (pinjam jam cousin, my Esprit watch dah rosak habis bateri kot)

BTW, that was my very first Coach bag. I love animal print!!!

For that day, I tak ada beli apa sangat. Just teman cousin beli dressed for her salsa theme dinner. Harap dia menang malam tu. Oopsss. Talking about my cousin. I also be her personal shopper dan perunding imej. hahahhah...layak ker??? Tak kisah la. yang penting, dia kata dia suka dengan every single things yang I pilih untuk dia. Sebelum ni, wardrobe dia hanya terdiri dari baju T-shirt and jeans. Sekarang dah pandai nak pakai macam-macam fesyen.
Introducing my lovely+pretty cousin. Fara Shafika.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Eka's H.T.T
Inner+Shawl ~ Internet
Blouse ~ MNG
Jeans ~ Levi's
Kasut ~ Nose
Jam ~ Guess

Dia cantik kan? Yes. Dah lah cantik, sekarang makin pandai berfesyen. That MNG red blouse is mine. I gave it to her because it doesn't fit me anymore...grrrrrrrrrr. I kan dah gemoks. Sangat cantik bila dia pakai that blouse sebab dia putih. Eka sangat pandai pakai shawl. Semua cantik dan kena je kat dia. Next year will be her wedding. I dah pilihkan wedding planner yang terbaik untuk dia. Hope everythings akan jadi elok.

Ok. That was our outfit during the 1st trip to Kuantan. For the 2nd trip, kami pergi dengan adik-adik. Maklumlah dah nak naik sekolah kan. So, sebab pergi dengan adik-adik yang masih sekolah. Kami hanya pakai t-shirt n jeans supaya tak nampak macam kami adalah ibu-ibu kepada mereka...hahaha.


Azra's H.T.T (posing mintak ampun lah..hodohnya, coz nak tunjuk bag)
Cekak rambut bling-bling ~ SINMA
T-shirt ~ Guess
Jeans ~ Sisley
Bag ~ Longchamp Le Pliage

I'm so in love with Longchamp. Bawa beg ni betul lah kata orang, rasa secure je. Sebab nampak macam beg murah kat pasar malam yang tak akan diragut je. Sebab design yang biasa-biasa sahaja. It's so comfort and sangat senang nak letak barang. Boleh main campak-campak je kat dalam. Lagi pun I beli yang saiz besar with long handle. Dalam tu I boleh isi my make-up bag+camera+purse+handphone+telekung+my junk food. Sesiapa yang rasa berminat with Longchamp tapi tak nak beli kat Malaysia sebab harga yang mahal gila cam tak masuk akal agak mahal. Boleh jugak tempah kat I. My friends ada yang selalu fly n ada yang menetap kat luar so boleh la beli murah sikit. Harga depends on size. Price starts from;

RM320 for small+short handle size
RM420 for medium + long handle
RM450 for large + long handle (same size with mine)


Harga ni semua untuk model Longchamp Le Pliage sahaja. Untuk model Planetes yang large size price start dari RM500. Harga kat Malaysia Boutique I tak tahu. Tapi mahal lah dari yang I nyatakan tu.
For colour and design boleh check it out in http://www.longchamp.com/ .




***p/s;
sesiapa yang rasa tak suka or nak kata I nak show off my stuff. I minta maaf. Just nak berkongsi dengan kawan-kawan.

See you (",)