Klik Untuk maklumat Lanjut

Saturday, November 12, 2011

t r a g e d i . o k t o b e r

Bulan 10 baru ni, macam- macam dugaan menimpa saya. 
Ala- ala tragedi Oktober gitu.

1st, resort pakcik saya terbakar after beberapa hari saya pergi berkelah dengan riang gembiranya kat sana. Even not 100% kawasan yang terlibat tapi kesannya amat mendalam. Saya rasa kawasan yang terlibat about 15%- 20% la. Masa kejadian saya nampak dari jauh macam keseluruhan kawasan dah terbakar. Memang la bimbang sangat coz kedai souvenir saya ada kat sana. Tapi nasib baik masa kejadian tu dalam 6 buah chalet je kot yang terlibat. Then, masa tu tak semua chalet ada penghuni. Kejadian bermula akibat litar pintas kot dari Diving Center kat situ. Insyaallah hujung tahun ni, diaorang akan start dirikan chalet- chalet baru semula. 
(sorry tiada gambar atas sebab- sebab tertentu)

2nd, mak mertua saya masuk hospital. Sepanjang hidup dia selama 50 tahun ni, tak pernah lagi dia kena tahan kat wad. Kejadian adalah about one week after chalet terbakar tadi. Masa tu dalam pukul 4 pagi bapak mertua saya kejutkan kami untuk bawa ma pergi klinik. Ma mengadu semput. Saya pun pelik coz selama ni, tak pernah nampak ma semput pun. Sebab ma macam dah sangat kritikal kami pergi ke klinik naik speed boat. Terus hilang ngantuk saya. Sampai klinik doctor dah check bagai baru saya teringat tadi lupa nak kejutkan Boboy ( adik ipar)...hahahhaha.. macamana boleh tertinggal. Lepas settle check itu ini, doktor kata kena bawa pergi hospital. Dalam pukul 6.30 pagi, kami pun bertolak ke Hospital Mersing menaiki ambulans
 bot klinik. Yang kelakarnya, saya pun dah macam orang sakit jugak sebab mabuk dalam bot. Mak mertua tidur dalam wad selama 5 malam. Saya pulak cuma dapat temankan dia tidur 1 malam sahaja? why? nampak macam menantu yang tak bertanggungjawab ke? jap lagi saya ceritakan sebabnya.

3rd, saya terjatuh. Masa 1st day mak mertua masuk hospital, memang saya berniat akan jaga dia siang malam. Lagipun wad perempuan memang perempuan je kan yang boleh jaga. Suami mana ada adik- beradik perempuan. So, tanggungjawab tu jatuh kat saya lah kan. Tapi entah mana silapnya, petang tu masa saya ke office cousin saya terjatuh. Jatuh yang tiba- tiba waktu tengah berdiri tak bergerak pun. Orang kata lemah lutut. Entah, saya pun x tau. Maybe effect dari accident motosikal masa form 5 tu kot. Lepas jatuh tu, memang nampak bengkak jugak lutut tu, tapi buat- buat hero la kata tak sakit. sapu- sapu minyak pastu after maghrib pergi hospital jaga ma. Masa hampir tengah malam, rasa sakit sangat. Then start la nangis2 sebab rasa kaki dah tak boleh gerak. Husband pun kebetulan datang hospital masa tu sebab nak hantar barang saya. So, apalagi terus kami ke wad kecemasan. Doktor check and x-ray bagai. Alhamdulillah tak ada yang retak or apa. Cuma doctor kata, kepala lutut saya macam dah teralih ke atas sikit. Dia suruh pakai bandage 24 hours utk betulkan kedudukan tu. So, malam tu tak dapatlah saya jaga mak mertua saya. Nasib ada sepupu, Juli yang temankan. Malam esok dan lusanya, Fatin pula yang tolong jaga. Malam keempat barulah saya dapat temankan ma kat hospital.

Huh, panjang cerita duka saya kan. Tapi dalam pada cerita sedih. Ada satu berita sangat gembira dah terjadi. My friend pregnant. So? apa yang gembira sangat? 
Gembira sangat coz dia dah kahwin about 14 years kot. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha mereka ALLAH dah kabulkan doa mereka untuk memperoleh zuriat. This week adalah minggu ke 10 kot. Saya doakan semuanya berjalan lancar untuk beliau. Amin.

Ok,
Got to go!!!
Bye

*sorry entri ni bosan sebab tak de gambar

Sunday, October 16, 2011

h i p - h i p . h o o r e y ! ! !

Assalamualaikum kawan- kawan.
Masih ingat saya lagi?
Lama kan saya menyepi.
Saya pun tak pasti kenapa selama beberapa bulan ni saya langsung tak ada mood untuk menaip. Minta maaf, minta ampun ya kepada yang tertunggu- tunggu.

Btw, 
Azra nak mulakan cerita baru dengan kisah riang- gembira.
Semalam saya ikut family makcik Yah pergi ber'picnic'.
Tak la jauh mana.
3 minit je naik speed boat dari rumah kami.
hehehhehehhehhe....

Sebenarnya resort tempat kami berkelah ni, milik pakcik kepada suami.
Insyaallah, ada kesempatan nanti, saya cerita lebih lanjut tentang resort tu ya. 
Kami pun tak ada planning yang betul- betul nak pergi picnic ni, cuma tetiba idea datang.
Lagipun, saya baru sembuh dari sakit.
Sakit apa?
?
?
?
?
?
Jangan tanya sebab saya pun tak tahu.
Rabu lepas, tetiba badan rasa tak sedap. Makan, then muntah. n kareB (sila terbalikkan perkataan tu). 
Sebelum tidur pun kena jolok- jolok tekak ni bagi muntah banyak- banyak then, barulah boleh tidur.
Pening kepala pun dari sehari ke sehari tak baik- baik. saya memang tak amik sebarang ubat, coz doktor dah nasihatkan kurangkan pengambilan ubat macam ubat tahan sakit dan panadol.
Kepala and tengkuk memang 3 hari 3 malam penuh tepek koyok.

Alhamdulillah, semalam dah hilang semua rasa tak sedap tu.
So, apa lagi.... yak nak la lepaskan peluang ikut diaorang g berkelah.


Ok!
Enjoice the picture ya.















Maklumat lanjut tentang Panuba Inn resort, kamu boleh layari website mereka ya.

www.panubainn.com

Nanti, bila- bila saya ada masa terluang, saya pun akan cerita tentang resort ni.




Wednesday, August 10, 2011

a m p u n . d a n . m a a f

Ampun dan maaf ya kawan- kawan.
Walaupun blog ni tak hot lah sangat, tapi ada jugak seorang dua pembaca yang hantar mesej kat 'mukabuku' bertanyakan tentang keadaan saya sebab dah lama tak update blog ni.

Saya ada banyak sangat kerja yang dilakukan dan akan datang ada satu projek yang agak besar yang hingga hari ini saya belum capai keputusan muktamad.

Kawan-kawan tolong doakan yang terbaik ya buat saya.

Terima kasih.

BTW, silalah like facebook page saya ya.


*****Dah rajin nak berniaga kat facebook pulak sekarang.
Jika memang takdir saya untuk mencari rezeki dengan berniaga online, doakan kejayaan saya.

Thursday, July 28, 2011

s a l e s . b l o g

Holla!!!

Sorry for my silence.

Tak sempat nak update blog sebab selalu berebut laptop dengan husband.

Just nak bagitau my sales blog dah update ya with new stuff.

Silalah klik link di bawah ni ya.



Friday, July 15, 2011

Tagging Game; Brand A-Z

Tiba-tiba nak main tagging games kan.
Ok, hari ni kita main senaraikan jenama yang anda tahu. Satu huruf, satu brand. Tak kiralah jenama dari Malaysia ke, antarabangsa ke, jenama Jam ke, handbag ke, jenama alat tulis pun boleh... it's up to you. Lepas siap silalah tag kepada 5 orang kawan atau seberapa ramai yang anda nak tag.

Enjoice!!!!

p/s; Tapi janji ek, jangan main tipu. Sila jawab mengikut pengetahuan anda. Jangan jawab penuh A-Z tapi kebanyakannya dapat isi sebab cari kat pakcik Google yang tau serba-serbi tu. Janji! Tipu dosa tau.. hehehhehe

A- Aigner
B- Bottega Veneta
C- Christian Louboutin

D- Dunhill
E- Emporio Armani
F- Furla
G- Gucci
H- Hermes
I- Issey Miyaki
J- Juicy Couture
K- Kate Spade
L- Louis Vuitton
M- Marc Jacobs
N- Nina Ricci
O- Oakley
P- Paris Hilton
Q- Quiksilver
R- Ralph Lauren
S- Salvatore Ferragamo
T- Ted baker
U- Ungaro
V- Valentino
W- WanPa 
X- XOXO
Y- Yves Saint Laurent
Z- Zac Posen


Done!
sekarang saya nak tag kat
1. Mala
2.didil
3. kak Lily
4. kak Ajee
5. Iqwa

Harap awak semua rajinkan diri ya (",)

yang tak ter'tag pun, kalau rajin nak buat, silalah !!!

Saturday, July 9, 2011

h a d i a h . b i r t h d a y . d i a

Ada ke yang tertanya-tanya hadiah apa yang saya belikan untuk suami sempena birthday dia hari ni???
hehehhehhe...
Hadiah simple yang biasa- biasa sahaja.


Inilah dia. Beli topi je. Bukannya apa, topi AX kesayangan dia dah hilang tanpa jejak. So, belilah yang baru untuk dia. Sebab utama memang la nak ganti yang hilang tu, selain tu husband peminat tennis. 
So, tengok kat Lacoste ada cap Edisi Roland Garros teruslah rembat. 
Hope you like it dear.


paksa jugak dia amik gambar walaupun dah pukul 12 malam. 

Harap- harap tak hilang lagi ya!

After seronok- seronok dapat cap baru, sempat jugak dia membebel sebab belikan dia hadiah. Lagi pulak dia dapat tahu yang Roland Garros Edition ni no discount even tengah megasale. hahahahhah.....
Tak kisah lah abang, yang penting awak happy ya.



***birthday saya nanti, rasa-rasanya awak nak belikan ape ek??? hahahahha >_<

Friday, July 8, 2011

b i r t h d a y . d i a

Esok,
09 July 2011, birthday dia yang ke-30.
Dia da sound awal-awal, no cake, no party n no hadiah.
Dia tak suka sambut birthday.
Tapi saya dah belikan 1 hadiah untuk dia.
Saya dah sorokkan kat rumah ni.
Hehehheheh...

Tak sabar nak tunggu jam 12 malam ni.
Sebab nak bagi hadiah kat dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.





Apa isinya???? rahsia.... akan di reveal later ya.