Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, June 21, 2010

AKU TAK SEHEBAT KAU

(maafkan saya menggunakan kata ganti diri 'AKU' untuk entri ini)

aku tak sehebat kau. aku tau, kau memang hebat. tapi ape kena mengena dengan aku. aku mengaku memang aku bukanlah pandai sangat dalam bab masak memasak ni. tapi ape kena mengena dengan kau. ada ke aku paksa atau suruh kau makan hasil masakan aku. lagipun rumah kau bukan lah dekat dengan rumah aku. aku pun tak tau rumah kau kat mana.

sekarang ni, itu facebook aku. suka hati akulah nak letak album apa. bukan aku curi gambar dari facebook kau. album aku yang bertajuk food n dine tu, apa kena mengena dengan kau. kenapa kau nak kritik-kritik masakan aku. aku buat album tu bukan nak minta orang puji aku pandai masak ke apa. sekadar suka-suka dan menunjukkan keobsesan aku terhadap makanan. makanan itu indah.

kenapa kau mesti nak kata( ayat ni saya ambil dari my inbox di dlm yahoo mail)

"ala, masakan ko tu semua yg simple2 je. itu pun nak letak dalam fb ke. setakat masak mee tomyam atau spaghetti....cuma campak2 je dalam kuali...adik aku darjah 2 pun boleh...kalau nak berlagak sgt tunjuk diri pandai masak, letak la masakan yg grand sikit. ayam masak merah ke, rendang ke, nasi beriyani ke...boleh ke ko masak?...aku pun pandai masak jugak..tp x mcm ko, siap buat album khas lagi...hehe..silly...kalau kau hebat sgt masak la yg mencabar sikit...setakat masak benda yg mcmtu buat malu je letak dlm fb.........."

*salah satu pic aku dalam facebook bersama mee hong kong yang aku masak*

biarlah aku x hebat masak macam ko. sekurang-kurangnya aku bukan penakut macam ko. tak berani nak bagitau nama sebenar atau diri ko yang sebenarnya. kalau ko memang hebat sangat dalam bab masak memasak ni, jadilah chef or lebih glamour, jadilah celebrity chef. mana tau kot-kot aku minat dengan resipi kau boleh aku tiru. masa tu kalau ko nak marah, marahlah sebab aku ciplak resipi kau. wei, orang siam n thailand tak marah pun aku tiru resipi tomyam diaorang. apa masalah kau sebenarnya.

aku mengaku, memang aku tak hebat dalam bab membuat masakan tradisional. tapi aku tau la cara nak masak nasi beryani bagai tu. cuma aku tak minat nak makan dan memasaknya. lagipun biasanya aku cuma masak untuk diri sendiri. so, oklah setakat masak yang simple. ko fikir la. takkan aku nak masak nasi beryani+ayam masak merah+kari daging+ ntah ape lagi lauk kot untuk makan seorang diri. beb, lu fikirlah sendiri!!! lainlah kalau kau nak datang rumah aku, bukan setakat masak makanan tu, siap sediakan pencuci mulut bagai untuk kau...ko cakap je nak makan apa. akan aku cuba sediakan.

aku tak tau apa masalah sebenar kau dengan aku. bila aku balas email ko, ko tak balas. macam ni lah. aku rasa kot-kot kau bermasalah nak upload gambar masakan ko ke facebook tu. ataupun ko tak tau nak buat album baru dalam facebook. sebab tu kau dengki kat aku. aku tak tau kau ni lelaki ke perempuan, sebab alamat emeil ko buat aku confuse. apepun terima kasihlah sebab ambil berat kat aku. nampak sangat kau memang suka tengok page facebook aku. sebab tu kau siap hantar komen kat aku. tak sangka ada juga orang yang macam kau ni. ingatkan kawan-kawan dan sedara mara aku je yang tengok page aku. ke dulu kita ni kenal antara satu sama lain. maaflah, aku ni kadang-kadang terlupa.

dah takde ape aku nak kata, just berharap semoga satu hari nanti aku akan jadi terror dalam bab masak memasak supaya tak dikritik lagi.

pesanan untuk si anonymous itu; lepas ni kalau kau rasa tak suka atau nak mengkritik aku, tulis je kat ruangan comment bawah pic yang kau tak suka tu. tak payahlah hantar kritikan kau kat email yahoo aku.

peace, no war!!!






Friday, June 18, 2010

USAHA TANGGA KEJAYAAN

wah tajuk entri tak ingat dunia punya. macam esok nak kena jawab soalan paper business accounting yang saya asyik tak lulus masa di UUM je. by the way, ini bukanlah ada kena mengena dengan menjawab peperiksaan. ini semua adalah tentang berat badan (termasuk juga bentuk badan ye). tiba-tiba pagi tadi ada seorang kawan lama yang menegur saya (masa nak add as friend kat facebook)

"boleh tanya, ni nazratul azra @ eton ke?...dulu kurus je..sekarang dah lain. kalau iya, ingat aku lagi tak? aku ni **** la...igt tak?...kalau bukan eton, sorry lah mengganggu sebab muka awak sama dengan kawan saya masa sekolah kat ***** dulu. cuma badan je yang lain"

WTH...kan saya dah tulis kat facebook profile sy nama sekolah sy dulu. lagi nak tanya ke. mmg kita satu sekolah la. heheh...sedihnya(dan sakit hatinya) dalam hati tuhan je yang tahu. gemuk sangat ke aku ni. sampai kawan sendiri tegur macam tu. rasanya berat masa sekolah dengan sekarang tak banyak beza. cuma 20 kg je. WHAT? 20 kg kata tak banyak. ooopppsss baru tersedar dari mimpi ni. tiba-tiba buka album lama....rasa hiba pulak. dulu masa form 6 pakai jeans size 25/26 je. sekarang ni kalau size macam tu masuk kat lengan boleh la. mmmm...*termenung sejenak

2008; size seluar adalah 27

pic kat atas tu adalah masa tahun 2008. boleh lagi pakai seluar size 27. sekarang seluar tu pun dah tak ada, dah jual kat orang lain. saya nak badan saya seperti picture di atas atau pun seperti yang ini

majlis persandingan 23 november 2008 (nampak tak saya kurus)

iya, mulai hari ini saya bertekad nak kuruskan badan agar sentiasa cantik dan menawan di mata suami. untuk itu, saya akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian ini. tapi macamana, any suggestion?...nak kata tak berexcersise, hari-hari jalan turun naik bukit. cuma nafsu makan je yang susah untuk dikalahkan. kawan-kawan, ada suggestion taknak guna produk ape. senarai yang telah dicuba adalah;
1) NH detoxslim
2) jusmate 5
3) tak ingat dah nama produk yang ketiga..hehhe

tapi jangan pula suggest kan saya untuk pergi slim world atau pun london weight management...coz, tak termampu nak membayarnya. baik guna duit tu untuk beli MIU MIU coffer..hahaha

*mulai esok, saya, nazratul azra* akan cuba mencari produk menguruskan badan yang tidak akan menjejaskan kesihatan saya agar dapat kelihatan menawan seperti semasa zaman anak dara. huhu

(",)




Thursday, June 17, 2010

changing my beauty product


saya rasa, masuk tahun ni adalah tahun ketiga saya menggunakan OLAY total effect sebagai produk jagaan kulit harian saya. selain that cream, i also used their toner and pencuci muka. tapi semenjak saya tinggal di tengah-tengah laut china selatan (pulau tioman) ni, produk OLAY macam dah x relevan lagi untuk saya. *-* . mungkin cuaca dan persekitaran membuatkan kulit saya makin sensitif. saya bukanlah orang yang kedekut untuk membeli beauty product, tapi saya dah pernah mencuba dan kesan nya is null. dari yang harga puluhan ringgit sampailah yang beratus.(produk LA MER tak pernah la cuba sebab harga 1 produk pun dah mencecah almost 1k). so, after trying to use so many product akhirnya saya memilih OLAY. produknya memang sesuai untuk saya dan harganya pun sesuailah dengan saya yang hanya bekerja sebagai penganggur hehehe...tapi sekarang tidak lagi. banyak orang dah menegur yang kulit saya dah tak cerah macam dulu. dah tak licin macam dulu. dah tak cantik macam dulu.

hati saya menjadi gundah gulana. saya risau jika satu hari suami pula yang menegur. jadi, saya pun decide untuk mencuba produk baru. saya harap produk ni dapat memberi semula keceriaan kepada saya (chewah...macam iklan dalam TV pulak). dan pemenang bagi produk penjagaan kulit minggu ini adalah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

SK-II Essence

hehe....mengada je kan. saya memeng dah lama teringin nak guna this product. tapi macam sayang duit je nak beli sebab harganya agak mengempiskan beg duit Guess saya yang dah buruk ni(macam nak kena beli beg duit baru la pulak...next month maybe). so, bila fikir-fikir banyak  kali, saya ambil keputusan nak beli juga produk SK-II ni sebab saya rasa produk ni sesuai kot dengan saya. lagipun kan SK-II keluaran Jepun, dan Jepun adalah salah satu negara asia. jadi saya rasa kulit saya pun boleh la kot. sebab saya kan orang asia juga. so, untuk permulaan ni saya cuma gunakan tiga barang dulu;

from left: cleanser, air magic (suka hati je kan) and, lotion

petang tadi adalah kali pertama saya menggunakannya. alhamdulillah, saya rasa OK je. saya sangat berharap agar produk ni really works with me. dan dalam masa 2 minggu lagi harap ada perubahan ke atas kulit muka saya. so, after 2 weeks tunggulah entri tentang perkembangan kulit wajah saya ini.

WAHAI SK-II; SAYA BERJANJI JIKA PRODUK KAMU MEMBERI KEBAIKAN KEPADA KULIT SAYA, SAYA AKAN SETIA MENGGUNAKANNYA SEHINGGALAH IA MENJADI TIDAK RELEVAN LAGI KEPADA SAYA, BARULAH SAYA AKAN BERTUKAR KEPADA PRODUK LAIN.

(",)


Wednesday, June 9, 2010

DILEMMA

it was like very hard to think about it *eh..nape mula entri je dah guna bahasa penjajah..hmmm..maaf*
saya dalam dilema la. last 2 week pakcik saya suruh isi borang kerja sementara sebagai penyelia pembanci kawasan Tioman 2010. kerja tu tak lama. cuma 11 minggu sahaja.

yang menjadi masalah untuk saya adalah HOW ABOUT MY SHOP? mana nak cari pekerja untuk bekerja selama 11 minggu je. saya dalam dilema untuk menerima kerja sebagai penyelia tersebut.

encik suami pula kata, 'tak pe sayang..ikut awak la..if awak rasa berbaloi kerja tu, awak buat la' wahai encik suami yang amat saya cintai, memang berbaloi rasanya menerima kerja itu. hal ini kerana saya memerlukan wang tambahan untuk membeli beg tangan baru bagi menyambut hari raya aidilfitri nanti.

walaupun kenyataan saya umpama orang yang tamak dan buat kerja tak ikhlas *cuma nak gaji je* sebenarnya saya memang mahukan kerja ini. ish..tak baik menipu kan. sebenarnya saya rasa amat bersalah jika tak terima kerja ini. sebab pakcik saya yang beria-ia hantar borang saya walaupun tarikh hantar dah tamat. jadi, if saya menolak kerja ni seperti saya ni orang yang tak tahu menghargai jasa baik orang lain...hmmm.

saya betul-betul mahukan pekerja yang jujur untuk menjaga kedai saya. memang ada yang nak bekerja, tapi bila saya kata hanya untuk sementara, terus tak nak. OMG! takkan lah saya kena tutup kedai selama 11 minggu. oh, tidak. GOD help me.


http://www.emocutez.com

Friday, June 4, 2010

WARISAN

tajuk lagu; WARISAN

Anak kecil main api,



Terbakar hatinya yang sepi,



Air mata darah bercampur keringat,



Bumi dipijak milik orang.







Nenek moyang kaya raya,



Tergadai seluruh harta benda,



Akibat sengketa sesamalah kita,



Cinta lenyap di arus zaman.



Indahnya bumi kita ini,



Warisan berkurun lamanya,



Hasil mengalir ke tangan yang lain,



Peribumi merintih sendiri.







Kita rumpun bangsa Melayu,



Menganut agama yang suci,



Semangat bangsa berlandaskan Islam,



Teras capai kemerdekaan.







Masa depan sungguh kelam,



Kan lenyap peristiwa semalam,



Tertutuplah hati terkunci mati,



Maruah peribadi dah hilang.







Kini kita cuma tinggal kuasa,



Yang akan menentukan bangsa,



Bersatulah hati, bersama berbakti,



Pulih kembali harga diri.

 



Kita sudah tiada masa,



Bangunlah dengan gagah perkasa,



Janganlah terlalai teruskan usaha,



Melayu kan gagah di nusantara

**maafkan saya jika ada lirik yang salah
 
lagu Warisan adalah salah satu lagu favourite masa beratur sebelum masuk bilik study semasa tinggal di asrama ASTK. saya amat suka  akan lagu ini *serious ok*. liriknya amat bermakna. kadang-kadang bila menyanyikan lagu ni saya akan rasa sedih. tapi kenapa???
 
saya bukan saja-saja nak bersentimental dengan perasaan sedih. tapi asyik terfikir-fikir adakah negara MALAYSIA saya yang sekarang aman damai akan tergadai suatu hari nanti disebabkan ketamakkan manusia? saya sayang negara saya. saya rasa saya tak akan sanggup tinggal di bumi yang dijajah. apakah nasib anak bangsa kita nanti?
 
*amat patriotik cik nazratul azra hari ini. sedangkan bulan kemerdekaan tak sampai lagi.

Monday, May 24, 2010

BILA DAH BOSAN

when we have nothing to do......kita mungkin akan terfikir tentang makanan yang sedap-sedap (semua orang macam ni ke atau hanya saya seorang????).jadi untuk mengelakkan badan saya terus kembang seperti kuih bahulu hari raya yang dicelup dalam air sirap yang suam-suam kuku...saya pun memerah otak and try to play this game.


Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.






1. What is your name : nazratul azra

2. A four letter word : nerd

3. A boy's name : noh

4. A girl's name : ninie

5. An occupation : nurse

6. A color : navy blue

7. Something you'll wear: national costume

8. A food : nasi lemak ayam!!!!+ sambal sotong

9. Something found in the bathroom: nila (sangat penting waktu sekolah ya..)

10. A place : niagara falls

11. A reason for being late : nangis...sebab nak mandi x da air so, akhirnya lewat la

12. Something you'd shout : nak nangis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

13. A movie title : nobody's fool

14. Something you drink : non-carbonated drink

15. A musical group : N'sync

16. An animal : naga...hahahha

17. A street name : nong chik (kat johor ya...jalan nong chik...saya tak tipu)

18. A type of car : nissan x-trail

19. Title of a song : no one by alicia keys


nampak cam mudah kan..sebenarnya sangat penat untuk memerah otak ya untuk menjawabnya!!!!!
anda cubalah hehe...

Friday, May 21, 2010

ragam pelanggan

sepatutnya entri ni ditulis malam tadi. tapi disebabkan keletihan yang tidak tertanggung, tak dapatlah jari jemari saya menaip. 'ragam pelanggan' bukan ape, just wanna share with you gelagat dua orang pelanggan di kedai saya semalam;

pelanggan 1, pagi lagi saya dah sms si dia ni untuk bagitau yang baju sejuk Disney anaknya yang ditempah dah sampai, petang tu dia datang bersama kawan-kawannya (konon nak suruh kawan-kawannya beli la juga baju untuk anak diaorang). si pelanggan ni pun try  la baju yang ditempah. huh, memang padan dan cantik untuk anaknya. si anak macam dah suka sangat nak dapat baju baru. tapi tiba2 si ibu kata tak dapat ambil baju hari ni sebab duit tak ambil lagi di bank. lagipun masa tu dah jam 5.30, bank pun dah tutup. saya pun kata ok je la. tiba-tiba lepas maghrib si pelanggan hantar mesej kepada saya yang berbunyi,
'kak, sorry la ** tak jadi ambil baju tu sebab suami kata tak payah beli lagi. lagipun baju tu besar sikit kat anak, lain kali je la'


baju ni la yang kontroversi tu

Hello!!!! awak dah tempah, dan anak awak cam suka je nak pakai baju tu, tiba-tiba tak jadi nak beli. kalau tau awak tak bersungguh-sungguh tak payah la saya order dari supplier lagi. orang suruh beli barang yang ready stock je tak nak. kalau nak yang saiz betul-betul muat untuk anak awak pakai hari ni pastu bulan depan dah tak boleh pakai amik lah yang dah ada kat kedai tu je. ni dah minta saiz besar sikit dari yang ada, bila barang dah sampai kata tak nak pula...hmmm...nak marah pun tak guna. customer always right  kan. *siapalah yang buat pepatah ni yerk..ish

pelanggan 2, si dia ni pula adalah rakan kepada si pelanggan 1 tadi. saya namakan dia sebagai N;

N: ish,mahalnya baju tido ni. kat dalam internet RM 28.00 je.

saya: kak, kat dalam internet tu RM 28.00 sehelai awak kena tambah RM 6 hingga RM 8 untuk kos penghantaran. kan dah jadi RM 34.00. kat kedai saya ni RM 35.00 saya ada bagi diskaun 10%. jadi tinggal RM 31.00 je. kalau akak beli dengan barang-barang lain saya boleh bagi RM30.00 je.untuk pyjama  ni.

N: tapi kat dalam internet tu lagi banyak corak yang cantik-cantik. banyak sikit pilihan.

saya: kak, terpulang pada akak, kalau akak rasa beli dalam internet lebih berbaloi akak beli la yang dalam internet tu. pada saya, kalau kita beli terus kat kedai ni, kita boleh kasi  anak-anak cuba dulu. kalau tak padan boleh cuba yang lain.

N: memang la.....tapi awak kena la tambah banyak-banyak lagi macam yang dalam internet tu.

saya: niat hati memang nak tambah banyak lagi barang. tapi kedai saya ni kecil je. tak pe lah, kalau saya dapat sewa kedai sebesar pasaraya GIANT  tu, insyaallah kereta kebal pun saya jual.


pyjama GAP inilah yang si N tu sibuk debatkan

si N ni pun diam je lepas tu. tapi tiba-tiba saya terdengar dia duk bersoseh-soseh kat kawan-kawannya mengatakan nanti dia akan tunjukkan blog dalam internet tu supaya kawan-kawan dia boleh tengok baju yang lawa-lawa lagi. sebelum mereka keluar dari kedai, saya pun mengucapkan terima kasih dan
'.........saya ni jual barang untuk orang yang tak de line internet kat rumah. sebab orang yang ada internet semua beli secara online'.


orang selalu kata 'pelanggan sentiasa betul'. tapi kalau dah menyakitkan hati....ada aku kisah. biar lah, kalau lepas ni dia tak nak datang lagi pun tak apa. datang pun buat kecang dalam kedai aku..pot..pet..pot..pet sana sini pastu tak beli pun. Insyaallah rezeki saya ada pada pelanggan saya yang lain.