Tak best kan macam ni.
Kadang update, kadang tak.
Walaupun blog ni tak semenggah..tak popular, tapi aku tetap rasa bersalah kalau tak update.
Nak update sehari 2,3 kali macam bulan lepas- lepas.
Tapi masalahnya, aku tak mampu.
Tak terkejar la oiiii.
Busy.
Tambah pulak Khamis ni ada interview.
Macam biasalah kan.
Aku kalau ada interview harus over.
Duk study itu ini.
Padahal memang tau pun, soalan memang entah apa- apa nanti.
Tak de nya diaorang nak tanya visi, misi bagai.
Tapi aku tetap nak hafal satu website diaorang ni.
Macam satu tanggungjawab untuk ambil tahu sebab nak kerja dengan diaorang kan.
Interview kali ni, tak ramai sangat candidates nya.
Aku just berdoa, kalau memang rezki aku...insyaallah dapat lah kerja.
Tapi kerja ni pun kontrak je.
Tak kisah lah kan.
Yang penting, kerja tu kat Pulau Tioman ni.
So, tak payah duk berPJJ dengan laki.
Cuma, kerja ni selalu outstation.
Chewahhh.
Bukan jauh mana pun.
Kuantan dan Rompin je pun outstation nya.
Dalam banyak- banyak kerja yang aku pernah apply.
Ni lah satu- satunya kerja yang memang berpadanan dengan degree aku.
Selama ni payahnya nak dapat kerja kat sini.
Memang boleh kerja kat hotel ke kan.
Tapi tu semua macam dah luar bidang aku.
Doakan semuanya berjalan lancar ya :)
*k, nak sambung study. Then nak kena fikir jugak ni, baju apa nak pakai, handbag mana nak bawak..pffffttt*
No comments:
Post a Comment