Klik Untuk maklumat Lanjut

Saturday, August 7, 2010

PENDERITAAN YANG 'SUPER' HEBAT

it's been a very long time tak mengupdate blog. maaf atas kesibukan saya. dalam pada sibuk berkejar ke sana sini menguruskan macam-macam hal, sempat juga saya follow my uncle n familynya bercuti ke Gambang Waterpark. seronok juga dapat bercuti ni. tapi untuk saya, saya rasa gambang waterpark tak sehebat dan se-gah promosinya. permainan yang ada pun ala kadar sahaja. tapi ok lah untuk bawa anak-anak bercuti sehari kat sini. if i can give 8/10 for Sunway lagoon, for Gambang is like 6/10. mungkin sebab tempat ni baru lagi kot. enough!. enjoy with the picture.

pasukan renang dari rompin baru tiba.


3 dara pinggitan (saya dah kahwin ya)


with my partner, kak cik


2nd partner, mok su


pic mengada dalam kereta


habis je bercuti sakan kat Gambang, saya pun balik semula ke Rompin, meneruskan tugas yang belum selesai di Pejabat Daerah. Tiba-tiba malam selasa, hubby cakap esok dia nak naik Kuantan. ada ujian menembak. so, dia pun ajak saya ke Kuantan. apa lagi, tak lepaskan peluanglah untuk sambung bersuka ria. bertolak dari Rompin tengahari hari Rabu dan check-in di Megaview Hotel, Kuantan. hari Khamis hubby ke lapang sasar manakala saya pula menyasarkan diri ke bandar. Jalan- jalan di Megamall kuantan survey handphone. tapi tak bawa duit pun. hahaha.

oopppsss cerita pasal handphone kan. sebenarnya ada dua handphone yg saya teringin, BB Bold dan SE Vivas Pro. harga memang la lebih dari budget (RM 1500 je), tapi masih sangat teringin. maklumlah orang menganggur macam saya ni mana la ada banyak duit. last-last malam tu hubby bagi green light beli handphone. walaupun agak terpengaruh nak beli samsung wave, saya masih sayangkan duit saya. akhirnya, kembali kepada handphone tipikal yang saya dah biasa gunakan. NOKIA. hmmmm...tak kisah kot, sebab fikir-fikir balik, saya beli handphone mahal sangat pun rugi sebab saya ni lasak. husband siap bagi guarantee yg handphone baru ni akan tercalar paling lambat 3 bulan dari sekarang. hmmmm...nampaknya dia pun tak percayakan saya. handphone yang saya beli biasa je. harga pun masih dalam budget. dan yang paling penting i buy an original set bukan AP ya. memang kalau beli handphone nokia hubby akan pastikan saya beli yang zitron.

balik dari beli handphone, saya dah rasa pening-pening. sakit sangat kepala. tapi still tahan lagi tak nak makan ubat migrain. bangun tidur, masih tak hilang lagi sakit kepala. relaks...teruskan perjalanan balik. sampai Mersing naik feri. tiba-tiba dalam feri tersa sakit yang teramat sangat. hubby pula tengah tidur, malas nak kejut dia (kesian dia drive dari kuantan ke mersing). tiba-tiba hari ni terasa feri bergerak dengan sangat perlahan. hmmmmm...dan macam biasa, saya tertewas juga, airmata mengalir....hmmmm..malunya menangis dalam feri ni. dah la ramai orang. sampai je rumah cepat-cepat  makan ubat. pastu masuk bilik dan cuba untuk tidur.

malam,
condition tetap tak berubah, lepas makan nasi goreng, saya makan lagi sebiji ubat. cuba buat tidur lagi. tapi tak boleh. akhirnya, jam 1.30 pagi, hubby tolong urutkan kepala. letak minyak angin. dalampukul 2 lebih baru tertidur. itu pun sebelum tidur, sangat mengharap supaya hari esok keadaan akan jadi lebih baik. alhamdulillah pagi tadi kepala dah tak sakit lagi. mungkin berkat pertolongan dari suami kot. hmmmm. Ya ALLAH, bilalah agaknya penderitaan ini akan berakhir. dah macam- macam cara saya cuba untuk hilangkan penyakit ni.

*sesiapa yang ada tips untuk menghilangkan penyakit migrain bolehlah kongsikan dengan saya ya. sangat mengharap ni