Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, December 30, 2013

Putus Hubungan di Pulau Tioman

Hari tu aku dah ada cakap kan.
Beberapa hari tak ada perkhidmatan feri.
Actually hari ni masuk hari ke-8 dah.
Cuaca memang tak mengizinkan feri beroperasi.
Maka, akibat terputus hubungan dengan tanah daratan satu inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan adalah menghantar bekalan makanan kepada penduduk melalui helikopter.
Sepanjang 5 tahun tinggal kat sini, tahun 2013 ni lah paling parak (teruk).

Helikopter TUDM start bawa bekalan pada hari Sabtu.
Alhamdulillah aku pun sempat juga tolong angkut bekalan tu dari helikopter.
Lagi pun bukannya aku ada buat aktiviti berfaedah hujung minggu kelmarin.
Duduk rumah mengadap cerita Hindustan je.. hahahah







Sebenarnya Sabtu tu aku sesaje keluar rumah pi office sekejap.
Ada nak settle kerja sikit.
Masa nak balik tu nampak JPAM ramai- ramai kat airport, tu yang menyibuk.
Rupanya memang nak bantuan orang kampung juga angkat barang.
Tu  yang aku pun lepak je kat airport menunggu heli sampai.

Nak dijadikan cerita... dapat la juga aku tolong angkat beras 7 kampit, minyak 2 kotak dan biskut sekotak.
danggg.. Ahad terus demam. 
Gila lemau kan aku ni.
Tapi hari ni dah ok.
Dah mampu pi kerja.



Friday, December 27, 2013

Pakaian Beragam Tabika

Sebelum cuti sekolah hari tu (gila lama dah kan...kesah?) aku dapat jemputan untuk menyampaikan hadiah pada Hari Konvokesyen Tabika Kemas Tioman ni.
Memang semangat la nak pi, bukan pasal nak kena jadi tukang sampai hadiah tapi sebab ada slot pertandingan pakaian beragam.
Memang aku suka tengok slot ni.
Sebab gelagat diaorang buat aku ketawa je tak berhenti.
Ada yang memang smart memenuhi tema.
Ada yang dah lawa- lawa tetiba sampai hujung tangga nak naik pentas nangis meraung sebab gabra kot.
Ada yang naik kat atas tu, tapi akku je tak bergerak pandang lantai je.
Lepas tu gelagat mak ayah pun satu.
Ada parents yang datang bawa satu family sebab anak banyak dapat hadiah.
Ada yang datang duduk depan sekali nak ambil picture anak buat persembahan banyak- banyak.
Enjoice!



Semangat pakai baju batik sebab majlis hari Khamis :)

Ni anak staff aku, nama penuh aku memang tak tau. Tapi aku panggil budak ni Bin Bin.
Pakaian kerja pejabat katanya, CEO kot.

Tema Bollywood

Jururawat yang comel sangat kan

Ni pulak anak juran aku, Princess temanya.

nama dia Ika, anak kawan juga.. pun nak jadi Princess

Smart kan!, Pilot TUDM kononnya


Ni Allisya, anak tauke Pizza kat kampung aku. Bollywood jugak.

Adha, anak tauke chalet heheh.. Doktor.

Ni pun anak member, Lara jadi Snow White.

Adam jadi K-Pop Star katanya.

Ni lah hero Lahad Datu tu. heheheh


Actually banyak lagi picture.
Tapi mampu upload yang ni je.



Thursday, December 26, 2013

My BFF Wedding Day

My BFF yang aku kenali sejak berumur 13 tahun dah kahwin.
Ya, dialah.
Hana Jamil.
Kesayangan aku.
Dia berkahwin dengan boyfriend yang dah bercinta selama 13 tahun.
Sweet sangat.
dari alam persekolahan sampai ke jinjang pelamin.
Aku just dapat pergi majlis pernikahan dan persandingan je.
Nikah 13.12.13 jam 5.00 petang.
Malam tu buat berinai kecil tak dapat nak hadir coz migrain dan demam.
Majlis resepsi pula 14.12.13
Majlis bertandang pula Ahad lepas, 22.12.13
Malas cakap banyak, kita tengok gambar je lah ye.

jamuan di hari pernikahan dah macam lauk Nasi Ambang tau. Kerlasss sangat.



Hana dan Tauffik semoga kekal ke akhir hayat ye sayang !!!!

Motif gambar ni adalah their bunga telur. Aku mula- mula ingatkan bunga ni hiasan rumah diaorang. Rupanya ni la bunga telur bagi kat guest. Cantik sangat tau.
Dan yang kat belakang bersusun dalam almari nampak sikit- sikit collection handbag pengantin ni. 
Kasut tu pula kasut kahwin dia.

Kek cun melecun sangat untuk hantaran.


Will miss our dating time gf!
Lepas ni kita dating bersama pasangan sekali ya.

Ni adik penagntin.
fatin insyaallah akan bertunang next year.
Kecik je kan adik, macam budak sekolah rendah.
Eh memang dia sekolah rendah, tapi sebagai cikgu la sekarang.

Sebelum akad nikah. Aku try amik pic Tauffik dari tingkat atas.

 Yang ni kengkonon kurus punya picture.
Baju kitaorang as a dayang's for Her day ditempah kat kak Ira, Ohalmaree.
Walaupun gemuk, baju dia yang ikut cutting badan ni tetap selesa.



Ni pula wedding cake. 1st time tengok cake macam ni. Separuh lain design, separuh lagi lain.

Pelamin simple je. Her own idea. Tak nak serabut- serabut penuh bunga yang harga kadang sampai tak masuk akal.
Dia memang macam ni semua simple but the result, semuanya gorgeous.
Hantaran pun buat sendiri.
Bunga telur pun.
kalau boleh mekap pun nak buat sendiri tau.


Gedik nak juga bergambar solo kat sebelah bilik pengantin.
Actually ni 1st time aku pi rumah dia lepas dia pindah sini.
Rumah baru untuk pengantin baru.. heheheh




Paling aku suka persalinan yang ni.
Baju untuk majlis hari persandingan ni.
The colour suit her well.
Semua baju untuk pengantin perempuan dan lelaki hasil tangan Ezuwan Ismail.
Sangat puas hati sayang aku sorang ni.

From left, Ida yang tengah pregnant 7 bulan, Hana yang baru kahwin, Azra yang dah lama kahwin, Syak yang belum berkahwin.
We are from the same school.
Kluang High School.
Me n Syak duduk sebelah- sebelah masa form 1.
Dia ratu tido ok.
Tapi cerdik!

Hamboi laki kita pon baju ungu.
Sedondon katanya.
Payah tau nak tengok kitaorang sedondon macam ni.



Tuesday, December 24, 2013

Baru Belajar

Kepada yang dah tau tu, maybe sebab dah baca kat fb aku kot.
Aku tengah dalam proses belajar memandu.



Ye.
Umur 28 tahun dah.
Tapi baru sedar kepentingan untuk reti memandu dan ada lesen kereta.
Itu pun yang menyedarkan aku ialah 'outstation'
Sejak kerja, selalu sangat kena pergi outstation.
Malas dah kot susahkan suami, family, tolong hantar sana sini.
Kalau pi tempat jauh sikit memang la ada driver, tapi kalau dah driver pun tak familiar dengan tempat tu baik aku naik teksi je.

Setakat ni aku dah dapat lesen L.
So, tunggu ada free time dalam bulan Februari baru sambung untuk belajar lagi.
Hope by March dah ada lesen.
Sebab after March dah start meeting untuk bermacam- macam event.
Lagi pula 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia.

Wish me luck ya friends!!!!

Monday, December 23, 2013

Alasan



Aritu macam kengkonon akan rajin update kan.
Ok.
Bukan malas ya.
Aku balik kampung 13 hari.
Then bila amsuk office, internet rosak disambar petir kot.
Hari ni baru ok.
Maka esok lusa kita start semula.

Wednesday, December 4, 2013

Masalah


Sorry.
Aku terhenti untuk beberapa hari.
Tak ada internet service beberapa hari ni due to bad weather. 
Streamyx tak elok.
Internet kat phone pun main cak cak je dengan aku.
Kejap ada kejap tak de.
Ni pun cuba nasib je ni nak update.

Menambah kebosanan, Astro pun tak dapat. 
Angin kuat sangat dan hujan pon payah nak berhenti.
Kosong je hidup.
Pegang phone setakat main Candy Crush dan Subway Surfers je.  

Kat office pun kaku je. 
Kerja banyak tergendala sebab email pun tak boleh nak buka.
Banyak duk sembang je mengenang nasib.

Aku nak bagitau juga.
Hari ni dah hari ke3 tak ada feri beroperasi ke Tioman.
Ada la juga kawan- kawan dan officemate terkandas.
Terpaksa check in hotel berhari- hari kat Mersing tu.
Hope tomorrow will be better. 

Aku pun sebenarnya patut keluar ke Kuantan hari ni for tourism seminar.
Tapi terpksa cancel je la.
Lagipun Kuantan banjir teruk.
Janganlah berpanjangan keadaan macam ni.
Aku nak balik kampung weekend ni.



Sent from Samsung Mobile

Sunday, December 1, 2013

Weekend Yang Basah


Setiap hari hujan.
Semalam boleh tahan lagi la.
Kejap hujan kejap cerah.
Hari ni memang hujan sepanjang masa.
Ok tipu.
Ada la berhenti kejap.
Lepas tu sambung balik.
Semasa aku sedang menaip ni pun tengah hujan lebat.
Sebab tak dapat buat apa-apa aktiviti, aku just lepak la kat rumah.
Masak, main game Binakata2, Candy Crush, Fun Run dan tengok tv.
Tapi kalau angin datang dengan hujan, tak dapat lah tengok tv kan.
Bilalah Astro nak ada kecanggihan terhebat mengelakkan gangguan siaran waktu hujan.

Aku rasa memang berterusan seminggu ni hujan la.
Laut pun nampak kuat geloranya.
Tadi ada kawan baru balik dari kursus muntah dalam feri.
Padahal duduk sini nak masuk 10 tahun.
Ye lah, mana tahan kalau gelora kuat sangat kan.
Anak jati Tioman pun boleh tertewas.

Gambar aku letak ni yang mendung ada yacht picture semalam petang aku teman laki tengok speed boat dia yang park di Marina Tioman.
Geram tengok semua yacht yang ada.
Kalau ada duit juta-juta memang aku beli dah.
Boleh je kan berangan.. hehheh


Sent from Samsung Mobile

Thursday, November 28, 2013

Resepi Mee Goreng Basah (Sotong lagi)


Kan dah kata sotong tengah banyak kan.
Untuk hari sabtu nanti laki dah cop suruh masak sotong lemak cili api.
So malam tadi masak still guna sotong tapi masak mee je.
Niat hati aku nak masak Mee Goreng mamak.
Sedap duk bayangkan kesedapan mee mamak letak tauhu dan taugeh.
Tapi laki pulak request nak Mee Goreng Basah.
Kenalah utamakan tekak dia kan.
Untuk dia aku tak letak taugeh.
So, siap masak angkat terus letak kat pinggan untuk dia.
Then baru aku campakm taugeh untuk bahagian aku pula.
Masak memang lebih sikit.
Dapatlah bagi jiran/ rumah bujang kat sebelah ni.

Macam biasa lepas tu aku upload lah dalam instagram dan facebook.
Ada pulak yang minta resepi.
So aku share kat sini je lah ya.






Mee Goreng Basah Citarasa Azra

Bahan untuk dikisar

Lada kering
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
belacan (kalau suka)

-Tumis bahan yang dikisar tadi. (aku tambah pulak bawang putih yang aku ketuk 2 biji).

-Masukkan kicap pekat, sos tiram, sos cili, kicap manis dan kicap sotong.

-Lepas tu masukan ayam, sotong atau apa2 bahan basah yang korang nak letak.

-Tambahkan air. Air ikut suka korang ikut tahap kuah yang korang idamkan.

-Bila dah mendidih masukkan mee dan sayur- sayuran. Aku guna sawi, tomato, bawang besar dan lada merah besar je.

-Tambah perasa ikut suka korang. Aku tak letak pon garam or gula sebab kicap sotong dan sos tiram kan dah masin.

-Last sekali campaklah taugeh kalau suka.

Eh, dah siap. Boleh lah makan.


Sekian.


*tips- Bahan kisar tu sebenarnya lebih buat sambal sotong kelmarin. Aku memang suka kisar lada kering and the gang lebih. Buat stok seminggu dalam peti tu. Senang. Tak adalah time nak masak, time tu jugak nak rebus lada kering, kupas bawang bagai.

Tioman Monsoon Season 2013/ 2014

Hari ni dah 28 November 2013.
Aku ada dapat banyak email, sms dari readers *ceh... dlm belas je pon email tu dah kata banyak*  tanya tentang pakej kat Tioman ni untuk cuti sekolah akhir tahun.
Kat office pun banyak je call yang nak dapat info tentang Tioman.

As usual lah ye, aku tak galakkan korang yang nak pakej 3 hari 2 malam datang sini dari bulan 12 hingga awal Februari.
Sebab utamanya tak nak nanti korang kata Tioman tak best.
Kenapa tak best? Sebab hari- hari hujan, laut bergelora, chalet tak banyak choice, tak boleh island hopping tu semua.
Actually cuaca dah start tak berapa menentu sekarang.
Tu yang kalau ada yang tanya aku kata boleh nak datang, but the risk adalah macam yang aku list kan kat atas tadi lah.
Tak adalah hujan sepanjang masa, macam hari ni pagi tadi sampai tengahari hujan, sekarang panas pula.
Ombak pun nampak ok je waktu ni.

Chalet still ada yang operate contohnya kat beberapa kampung macam Kampung Tekek, Kampung Air Batang dan Kampung Paya.
Resort  4 star pun buka je (Berjaya Tioman Beach and Golf Resort, Tunamaya Resort).
Japamala Resort pun buka.
Tapi tak kanlah korang nak datang then terperap kat bilik je kan.
Untuk yang memang saje- saje nak habiskan cuti or nak lari dari kesibukan kota ok la datang waktu ni sebab tak ramai orang so, tak sesak lah.

Feri pun sekarang ni dah start sekali sehari je jalan.
Same goes to flight.

Tapi, if korang adalah:

Peluncur/ surfer ombak, jemputlah datang ke Tioman musim ni.
Memang best nak surfing di Kampung Juara yang pantainya panjang menghadap laut China Selatan yang terbentang luas.
Tioman Surfing event pun akan berlangsung pada 30 Januari hingga  2 Februari dia Kampung Juara.
(Event ni aku update nanti)

Untuk aku yang memang bermastautin kat sini pula, aku suka je musim tengkujuh ni.
Sebab musim macam ni husband kurang sibuk.
Ye lah, tak ada flight sampai petang, kalau hujan lebat tak pergi main golf.
So, banyak sikit masa dia nak spend dengan aku kan.

Tapi yang paling aku suka, laki akan rajin turun ke laut cari ikan.
Boleh lah aku masak dan makan ikan sedap- sedap hehehe..



Wednesday, November 27, 2013

Sotong Oh Sotong dan Resepi Nasi Lemak + Sambal Sotong



Tetiba muncul nasi lemak kan.
Sebenarnya dah dari hari Ahad berhajat nak masak Nasi Lemak.

Tapi kesihatan tak mengizinkan.
Maka semalam lah baru dapat lunaskan hajat.
Itupun selepas pergi beberapa kedai cari kelapa tak dapat- dapat.
Ikut hati dan perasaan aku nak je beli santan kotak tu.
Tapi laki pula tak suka.

Balik kerja, sampai rumah terus gigih memasak.
Sotong memang penuh 1 peti beku tu sebab laki aku dah 3 malam berturut- turut pergi mencandat.
Semalam pula hari ke 3 aku masak sotong.
Mula dengan Tomyam Sotong, lepas tu Sotong Celup Tepung dan malam semalam jadi lah Sambal Sotong.
Aku masak simple je.
Nasi lemak, Sambal Sotong, Ikan Masin Tenggiri Goreng Bawang lepas tu Timun.
Masak nasi 4 cawan setengah.
Dapat la aku laki bini makan.
Lepas tu Kak Ana, Teh, Kak Pie dengan Qaseh.
Lepas tu kawan laki aku, Mat makan sepinggan.
Then Kak Dewi datang tapau bawa balik.

Aku memang suka masak banyak- banyak.
Suka nak menjamu orang walaupun sedar kadang- kadang masak bukan sedap sangat pon.
Tapi bayang lah.
Tak bestnya setakat nak masak untuk aku sepinggan dan laki sepinggan.
Masak dan memberi orang makan tu satu kepuasan aku rasa.
Tak kisah kalau orang tak puji pon.
Cukuplah sekadar tengok orang makan masakan kita, kalau siap tambah tu memang lagi happy rasa.

Dah terlanjur bubuh gambar Nasi Lemak Sambal Sotong tu, aku sertakan lah resepi.
Resepi aku memang simple je.

Nasi Lemak.

Beras aku guna ni, kalau beras secawan maka cecair (santan) bersamaan 1.5 cawan
So kalau 4 cawan beras, santan tu 6 cawan la ye.

Beras mula- mula cuci, lepas tu rendam dalam air selama 20- 30 minit.
So sambil rendam tu bolehlah prepare bahan lain.
Kenapa rendam?
Aku pun tak tau kenapa.
Tapi pernah aku buat Nasi Lemak tak rendam beras, nasi jadi keras- keras sikit la.
Tak feel nasi nya.

Bahan lain nak letak masa masak nasi tu.
Serai diketuk
Halia hiris nipis dan potong panjang- panjang
Bawang putih diketuk
Bawang merah kecil hiris nipis
halba (kalau ada, aku tak letak semalam)
Daun pandan
Garam secukup rasa.

Sambal Sotong Simple

Sotong potong ikut suka korang nak tebal ke tipis. Ikut kesesuaian size sotong tu la.

Bahan Kisar
Lada kering yang dah direbus
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Belacan
(kisar guna air suam la kalau boleh sebab nak bagi belacan larut betul)

-Panaskan minyak, masukkan bahan kisar tadi. sampai naik bau dan nampak minyak dah timbul masukkan air asam jawa dan sos cili. Lepas tu masukkan sotong dan bawang besar yang korang hiris tebal sikit. Bawang ni optional sebenarnya. Tak nak letak pun tak apa. Then kalau ada sos ikan/ kicap sotong boleh je nak tambah. Kalau pekat sangat tambah lah air. Lepastu masukkan garam dan gula.

Senang je.
Laki aku tak suka Sambal yang pekat- pekat macam Sambal Tumis Bilis tu. So, kalau masak Nasi Lemak biasanya akan buat Sambal Udang or Sambal Sotong macam ni.


Sent from Samsung Mobile

Tuesday, November 26, 2013

Hari Gaji

Sebagai kakitangan kerajaan 25 hb adalah hari yang ditunggu- tunggu.
Sebab gaji akan masuk pada tarikh tu kecuali ada perayaan ke apa akan masuk awal la.
Macam last month 13 hb kot gaji dah masuk.
So nak menyampai ke 25 hb which is semalam adalah sangat menyesakkan.
Untuk orang macam aku, yang makan berdua je laki bini mungkin tak ada masalah sangat.
Tapi orang lain? anak sekolah 3 orang pun aku rasa cukup sesak kot if tak ada saving or income dari sumber lain macam wife kerja ke, ada buat part time jual burger ke kan.

Tapi untuk staff pejabat aku kat sini, kebanyakannya memang ada buat side income. Ada yang bawa taxi untuk pelancong, sea- taxi, memancing, jual burger after kerja, mekanik macam- macam la.
Tinggal kat Pulau Tioman ni tak susah, if kita rajin senanglah hidup kita.
Sebab tu aku dan husband memang ambil kesempatan sangat sementara tinggal kat sini.
Ok.
Rasanya memang tak pindah pun kan sebab husband memang orang sini.
Kecualilah, airport kat Pulau Tioman ni tutup ke apa, baru lah kena pindah tempat lain.
Atau rasanya dia tak nak pindah kot, berhenti je kerja then teruskan berniaga.

Sebenarnya aku nak cerita pasal aku.
Kebanyakan orang cakap aku kerja best, kerja sedap..pegawai N41.
Tapi sesiapa yang kerja kerajaan ke tau bebanan kerja tu berbaloi tak dengan income kau.
Aku tak kata tak berbaloi, cuma untuk yang baru nak mula hidup macam aku ni memang kadang- kadang sesak.
Bukan apa, kita baru start kerja .. basic gaji pun tak besar lagi tapi still tanggungjawab banyak yang dah menunggu.
Untungnya aku kerja kat sini tak perlu nak bersesak naik tren, berebut nak beratur beli makanan kat cafe time lunch hour atau macam sesetengah kawan aku yang kerja office hour tapi tak dapat tengok matahari sebab pagi pukul 6 da travel nak p kerja then, 8 malam baru sampai rumah sebab jammed!

Aku pun pernah cakap kat blog ni yang family aku bukan orang senang.
Rumah kat kampung ayah buat sendiri dari zaman aku sekolah rendah darjah 2 sampai umur aku 28 Sekarang ni still ada lagi ayah aku tambah buat sikit- sikit.
Mula- mula rumah kami ada dua bilik je masa 1st time kami pindah ke rumah tu.
Lepas tu ayah tambah sikit besarkan bahagian dapur.
Tambah bilik.
Now rumah dah ada 4 bilik. 2 ruang tamu. 2 beranda. 2 tandas.
Tahun 2008 masa aku nak kahwin baru ayah dapat siapkan mosaic satu rumah.

Aku pernah bercita- cita habis belajar nak kerja dan stabilkan ekonomi family pastu baru fikir pasal kahwin.
Tapi jodoh aku sampai awal.
So aku pun kahwin la.
Family pun tak ada halangan.
Tapi rasa tanggungjawab pada family masih ada even dah kahwin.

Semalam gaji.
Pukul 5.30 petang aku pergi ATM.
Beratur dalam 10 minit juga sebab ramai orang.
Tambahan pula, kat sini cuma ada 1 mesin ATM.
Aku transfer duit kat account mak untuk belanja.
Aku transfer kat account Meng Leong bayar ansuran motor aku.
Aku transfer ke Maybank account aku untuk tabung sikit- sikit (nak guna time sakit).
Aku transfer bayar bil telefon.
Aku transfer bayar PTPTN.

Last tengok balance, tinggal separuh gaji.
Cukup lah aku nak bawa balik kampung.
Nak bawa adik- adik pergi shopping barang sekolah untuk next year.


Itu untuk aku yang cuma ada ansuran motor.
Lagipun memang hidup kat sini senangnya bawa motor.
Macamana pulak orang lain?
Yang kena bayar ansuran kereta?
Yang kena bayar personal loan sebab pinjam masa nak kahwin?
Yang kena beli susu anak 4 tin sebulan?
Pampers anak?
Ansuran rumah?


Dulu aku selalu condemn orang yang terlalu berjimat.
Aku selalu kata kedekutnya orang tu, anak nak beli air kotak MILO pun tak bagi.. Mahal katanya (kat sini RM2.00 kot).
Sebenarnya kita kena buang kot perasaan perasan nak condemn- condemn or pertikai apa yang orang buat.
Lain orang lain caranya.
Kalau kita selesa dengan cara hidup kita, just go on lah.
Tapi jangan sesekali nak condemn orang lain.

Bila dah bekerja kita jumpa macam- macam jenis manusia.
Manusia yang kita tau kemampuan dia tapi memilih jalani hidup dengan cara berbeza.
Ada orang, gaji besar tapi berjimat tak beli kereta sebab dia fikir jarang nak guna sebab tinggal kat sini.
Ada orang, gaji sederhana tapi beli harta cukup semua rumah, kereta sebab nak mudah di hari tua nanti.
Ada orang gaji kecil tapi sanggup buat pinjaman sebab nak buat majlis kahwin yang besar- besaran.

Kan, aku dah kata tadi.... lain orang lain caranya.

Untuk aku yang bernama Azra ni.
Alhamdulillah ALLAH kurniakan suami yang senang bertolak ansur.
Aku mengaku aku suka nak beli macam- macam benda.
Tapi masih lah ikut kemampuan.
Aku suka belanja kawan- kawan or family makan.
Aku suka share apa yang aku ada dengan orang lain terutamanya family.
Sebab aku tau... mak ayah banyak sangat dah berkorban untuk aku selama aku bawah tanggungan diaorang.




Sunday, November 24, 2013

Sakit Perempuan


As Salam semua.
Dari semalam aku tak sihat.
Teruk la PMS kali ni.
Lama dah tak merasa teruk-teruk macam ni. 
Mula-mula pening je. 
Ok lagi aku tahan je lah.
Lepas balik dari kenduri kahwin kawan,  sampai rumah terus masuk tandas... nak buang air besar sebenarnya. . Tapi tetiba muntah pulak.
Dah lepas tu berterusan keluar masuk toilet. 
Period pulak sikit-sikit je.
Malam dalam pukul 8 suruh laki belikan makanan. 
Bokeh pulak dalam tak sihat minta dia belikan lauk tomyam sayur dengan ikan masin goreng bawang+cili. 
Lepas tu pakai stokin terus tidur.
Actually aku ada kursus 3 hari start esok. 
Tapi terpaksa cancell kan dengan bos. 
Harapan semoga bos tak marah la.
Bukan apa. 
Hari ni feri cuma ada sekali jalan je. 
Pukul 8 pagi tadi.
Memang tak larat nak bangun bersiap.
Kalau ada feri petang-petang ke boleh juga keluar nanti. 
Mana lah tau petang nanti ok ke kan.
Nak sambung tidur ni. 
Hope bangun tidur nanti akan okey semuanya.

Sent from Samsung Mobile

Friday, November 22, 2013

Final AJL

Baru habis tengok separuh akhir Muzik- Muzik 2013. Nah, senarai 12 lagu yang layak ke final. Pandangan aku... ok je semua lagu yang dapat. Cuma kesian kat Yuna la coz balik jauh- jauh dari obersea sebab nak perform tapi tak dapat p final. 

Hazama -Penglipur lara (eh, lagu ni ke lagu Relakan Jiwa yang dapat tadi? Tak dengar sebab duk dalam toilet tadi)
Black -Takkan Terpisah
Hafiz -Bahagiamu Deritaku
Salaam Muzik -Aku Pelat
Noh & Aizad -In Love With You
Stacy -Bosan
Awi Rafael & Altimet -Kalau Aku Kaya
Hyper Act -Hanya Aku
Azlan & The Typewriter -(aku termiss plak tajuk lagu diaorang ni)
Najwa Latiff, Sleeq & Sham Kamarul -Sahabat
Jaclyn Victor -Ikut Rentakku
Alyah - Kau Yang Terindah


***Scha ni makin lama makin lawa tengok dia. Tapi nape makin cekeding ya?

***Good night. Layan PMS sambil tonton Maharaja Lawak Mega. 




Sent from Samsung Mobile

Kek Birthday


Birthday kali ni aku ada 2 biji kek

Satu ni Pavlova.
Aku beli sendiri.
Tengok wording kat kek atas tu pon boleh tau kek beli sendiri hahahah..
Sebenarnya memula tak terfikir nak letak any wording. Tapi dah tuan kedai tanya.
Aku pun cakap la pavlova ni untuk birthday aku.
Boleh ke nak tulis Happy Birthday To Me.
Dia kata apa salahnya.
Maka.. hehheh... dapatlah begini





Satu lagi kek, husband yang beli kat Berjaya Tioman Beach and Golf Resort. 
Nama penuh lagi.


Yang ni kek Vanilla Blueberry. Kawan golfer dia yang buatkan. Sedap.


*entry kek ni saje nak cuba blogging guna phone semula. Sebenarnya macam lupa dah. Tapi kita try je.
Hope cantik la keluar kat blog nanti.

Sent from Samsung Mobile

Bangkit Dari Koma

Tak Payah nak seram sangat.
Tak ada sesia pun yang accident then koma.
Aku ni yang koma sebenarnya.
Patutnya sejak kerja lagi lah banyak blog update.
Sebab banyak event sana- sini.
Banyak p berjalan.
Ini tidak.
Setahun sekali baru nak update.
Sejak- sejak dah potong broadband sebab konon nak masuk wifi kat rumah terus tak berblog.
Walaupun aku tau tak adalah readers tegar ke apa kan kat sini, tapi patutnya still kena update sebab dah wujud kan blog ni.

Tiba- tiba pagi Jumaat ni rasa insaf dan terus log in blogger.com ni.
Insyaaallah lah.
Kita cuba semula.

Paling kurang pon patutnya aku boleh update 1, 2 picture dari phone tiap- tiap hari kan.
Ok.
Kita cuba.. kita cuba ya.

***Btw, hari ni Anniversary perkahwinan aku yang ke5. Tak ada apa- apa celebration pun sebab dua hari lepas husband dah celebrate birthday aku.


*Untuk 3 bulan ni jangan tanya aku tentang Trip Tioman ya.
Sebab dah masuk musim tengkujuh.
Resort banyak tutup dan tak amik booking.
TQ.

Tuesday, February 5, 2013

Short Update: Cuaca di Tioman

Lately ada banyak dapat email dari readers bertanya tentang Tioman.
Jujur aku cakap.
Kalau cuti korang memang berbudget tak berapa tinggi, tak payah datang lagi this week.
Sebab ada yang datang 3 hari dua malam, tapi jadi 5 hari 4 malam dah.
Sejak Ahad lepas tak ada feri masuk ke Tioman.
Dengar cerita hari ni ada.
Tapi tak pasti jadi masuk ke tak.
Tapi yang boleh aku bagitau, hujan hari ni dari subuh sampai ke petang ni belum ada tanda nak berenti.
Beberapa kawasan kat area Kampung Tekek dah banjir kilat.
Depan rumah aku pon semalam ada pokok tumbang pukul 6 pagi.
Nasib la pokok kelapa tu tumbang ke arah laut, kalau ke arah darat habis ranaplah pondok buruk aku tu.

Insyaallah Khamis or Jumaat nanti aku bagi sikit lagi short update.
Itupun kalau ingat or sempat.
Aku faham ramai yang nak datang weekend ni sebab cuti CNY kan.

Till then, XOXO
(bajet artis sangat nak xoxo ni)
*_*

Thursday, January 3, 2013

Bimbi dan Bonni . JAUH

Lately ni sejak duduk rumah sendiri atau pun sejak bekerja aku jadi orang yang kuat tengok tv.
Ada kesempatan je nak tengok tv.
Tak suka nak beriadah, keluar lepak dengan kawan- kawan.
Sampai makan pun kalau tak masak kalau boleh suruh laki bungkus je sebab tak nak bersiap untuk pi kedai.
Masalah apa kau ni Azra?
Pembawakan budak kan?
Eh?
Tak pregnant pon lagi.. camne nak pembawakan katanya.

Sekarang ni kalau ada nampak iklan cerita baru tak kisah lah drama bersiri atau telemovie macam best, mesti set dalam phone untuk bunyi alarm.
Aku kan pelupa sikit.
Tapi Cerekarama memang lama dah tak layan.
Bukan apa, antara faktornya TV3 selalu iklan lama- lama ibarat kami penonton memang suka sangat dengan commercial break dan niat tengok tv untuk tengok iklan.
Faham tak, iklan lama- lama ni potong mood tau.
Kadang baru airmata nak keluar, dah iklan 7,8 minit.
Beku airmata tu tau tak.
Sebagai penonton kami faham jugak iklan tu perlu, dan iklan salah satu sumber income terbesar kepada stesen tv, tapi.... hmmmmm...

Selain tu, aku malas layan Cerekarama sebab almost every week nak cite sedih- sedih sangat.
Penat tau nak kena nangis.
Kalau cerita kelakar pon, kurang menepati selera aku.
Sebab kelakar yang tak normal adalah tak kelakar pada aku.
Susah nak terangkan la.

Then, kalau cerita tu pelakon pakai baju tak lawa pun aku tak suka.
Macam, eh.. apa keje tukang jaga wardrobe tu?
Tu belum kira mekap yang muka putih kelabu tapi leher kaler lain.
paling aku perasan baru ni kat Astro 134, Adam Hawa, si Azi tu.
Mekap retis tolong la balancekan bedak yang ditepek tu dengan warna tangan dan leher ya.
Dah la siaran tu HD, memang jelas la.

Baru ni ada cerita Bimbi dan Bonni.
Cerita tentang bimboo.
Laki memang anti sangat kalau aku tegok cerita macam ni.
Cerita kelakar, tapi dalam pada kelakar aku nangis jugak kat some part.
Diaorang ni autisme sebenarnya.


Pelakon Sharifah Sakinah dengan Marsha.
Gedik diaorang best kot.
Terutamanya si SS tu.
Dah la aku suka dia.
Terutamanya sejak dia berlakon cerita lawak- lawak ni.
Dia jerit best, dia bercakap best, dia gedik best, dia ketawa best.
Serba serbi lah.

Btw, yang tak tau si SS ni sebenarnya adik kepada pelakon Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahira tau.
Dia kurus dan tinggi.
Macam aku dulu- dulu......eh?


Marsha pun best je.
Biasalah untuk watak camni memamng Marsha ok je kan.
Baju pun cantik jugak.
Termasuk baju pengawal keselamatan tu.
hahahhahah...
Semalam kat opis aku duk panggil opismate aku sorang ni Bimbi.
Dia panggil aku pulak Bonni.
Boleh gitu.
Budak- budak opis yang lain- lain yang tak tengok cerita ni mula blur- blur.

Selain tu.
Weekend lepas jugak aku tengok cerita yang agak berfaedah.
JAUH.
Adaptasi novel Aisya Sofea.
Pelakon favourite yang jadi hero.
Adi Putra.
Heroin pulak Fouziah Ghous (FG).
Sebelum ni aku tak lah suka sangat FG ni berlakon.
Biasa- biasa je.
Tapi untuk cerita ni dia best la.
Macam sesuai je dengan Adi Putra.

Suka dengan Adi Putra ni sejak zaman dia jadi Carl Lesmana kat TV1 drama Tak Tercapai Akalmu.
Masa tu dia berpasangan dengan Lisdawati.
Sejak tu tak kira lah dia berlakon jadi samseng ke, baik ke, biang ke, jahat ke, memamg aku sedih kalau ter missed  lakonan dia.

Jalan cerita drama Jauh ni memang ibarat kisah cinta yang normal.
Kau dah bertunang dengan orang lain, atas pilihan keluarga.
Lepas tu jatuh cinta dengan orang lain.
Tinggalkan keluarga demi mengejar cinta dan cita- cita.
Akhirnya bahagia.



Perghh...
Dah macam duta Astro pulak aku ni.
Bukan apa.
Sejak akhir- akhir ni banyak jugak lah drama yang best kat Astro.
Ada drama bersiri baru tajuk Duri.
Tapi kurang layan la untuk aku.
Maybe belum sampai part aku suka kot.

TV3 pulak, pukul 7 malam tu best.
Setia Hujung Nyawa.
Adaptasi Novel juga.
Dalam novel best.
Tapi kurang layan jugak sebab maghrib kan.

Then, latest ada Ruby, 10- 11 malam TV3.
Tengok iklan macam best.
Sebab ada Beto.
Hahhahahha...

Ok.
Kalah kerja blogger hiburan hari ni.
Banyak sangat nak cerita kan.

Sebelum terlambat.
Wishing you Happy New Year ya pembaca semua.
Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan.