Klik Untuk maklumat Lanjut

Tuesday, November 26, 2013

Hari Gaji

Sebagai kakitangan kerajaan 25 hb adalah hari yang ditunggu- tunggu.
Sebab gaji akan masuk pada tarikh tu kecuali ada perayaan ke apa akan masuk awal la.
Macam last month 13 hb kot gaji dah masuk.
So nak menyampai ke 25 hb which is semalam adalah sangat menyesakkan.
Untuk orang macam aku, yang makan berdua je laki bini mungkin tak ada masalah sangat.
Tapi orang lain? anak sekolah 3 orang pun aku rasa cukup sesak kot if tak ada saving or income dari sumber lain macam wife kerja ke, ada buat part time jual burger ke kan.

Tapi untuk staff pejabat aku kat sini, kebanyakannya memang ada buat side income. Ada yang bawa taxi untuk pelancong, sea- taxi, memancing, jual burger after kerja, mekanik macam- macam la.
Tinggal kat Pulau Tioman ni tak susah, if kita rajin senanglah hidup kita.
Sebab tu aku dan husband memang ambil kesempatan sangat sementara tinggal kat sini.
Ok.
Rasanya memang tak pindah pun kan sebab husband memang orang sini.
Kecualilah, airport kat Pulau Tioman ni tutup ke apa, baru lah kena pindah tempat lain.
Atau rasanya dia tak nak pindah kot, berhenti je kerja then teruskan berniaga.

Sebenarnya aku nak cerita pasal aku.
Kebanyakan orang cakap aku kerja best, kerja sedap..pegawai N41.
Tapi sesiapa yang kerja kerajaan ke tau bebanan kerja tu berbaloi tak dengan income kau.
Aku tak kata tak berbaloi, cuma untuk yang baru nak mula hidup macam aku ni memang kadang- kadang sesak.
Bukan apa, kita baru start kerja .. basic gaji pun tak besar lagi tapi still tanggungjawab banyak yang dah menunggu.
Untungnya aku kerja kat sini tak perlu nak bersesak naik tren, berebut nak beratur beli makanan kat cafe time lunch hour atau macam sesetengah kawan aku yang kerja office hour tapi tak dapat tengok matahari sebab pagi pukul 6 da travel nak p kerja then, 8 malam baru sampai rumah sebab jammed!

Aku pun pernah cakap kat blog ni yang family aku bukan orang senang.
Rumah kat kampung ayah buat sendiri dari zaman aku sekolah rendah darjah 2 sampai umur aku 28 Sekarang ni still ada lagi ayah aku tambah buat sikit- sikit.
Mula- mula rumah kami ada dua bilik je masa 1st time kami pindah ke rumah tu.
Lepas tu ayah tambah sikit besarkan bahagian dapur.
Tambah bilik.
Now rumah dah ada 4 bilik. 2 ruang tamu. 2 beranda. 2 tandas.
Tahun 2008 masa aku nak kahwin baru ayah dapat siapkan mosaic satu rumah.

Aku pernah bercita- cita habis belajar nak kerja dan stabilkan ekonomi family pastu baru fikir pasal kahwin.
Tapi jodoh aku sampai awal.
So aku pun kahwin la.
Family pun tak ada halangan.
Tapi rasa tanggungjawab pada family masih ada even dah kahwin.

Semalam gaji.
Pukul 5.30 petang aku pergi ATM.
Beratur dalam 10 minit juga sebab ramai orang.
Tambahan pula, kat sini cuma ada 1 mesin ATM.
Aku transfer duit kat account mak untuk belanja.
Aku transfer kat account Meng Leong bayar ansuran motor aku.
Aku transfer ke Maybank account aku untuk tabung sikit- sikit (nak guna time sakit).
Aku transfer bayar bil telefon.
Aku transfer bayar PTPTN.

Last tengok balance, tinggal separuh gaji.
Cukup lah aku nak bawa balik kampung.
Nak bawa adik- adik pergi shopping barang sekolah untuk next year.


Itu untuk aku yang cuma ada ansuran motor.
Lagipun memang hidup kat sini senangnya bawa motor.
Macamana pulak orang lain?
Yang kena bayar ansuran kereta?
Yang kena bayar personal loan sebab pinjam masa nak kahwin?
Yang kena beli susu anak 4 tin sebulan?
Pampers anak?
Ansuran rumah?


Dulu aku selalu condemn orang yang terlalu berjimat.
Aku selalu kata kedekutnya orang tu, anak nak beli air kotak MILO pun tak bagi.. Mahal katanya (kat sini RM2.00 kot).
Sebenarnya kita kena buang kot perasaan perasan nak condemn- condemn or pertikai apa yang orang buat.
Lain orang lain caranya.
Kalau kita selesa dengan cara hidup kita, just go on lah.
Tapi jangan sesekali nak condemn orang lain.

Bila dah bekerja kita jumpa macam- macam jenis manusia.
Manusia yang kita tau kemampuan dia tapi memilih jalani hidup dengan cara berbeza.
Ada orang, gaji besar tapi berjimat tak beli kereta sebab dia fikir jarang nak guna sebab tinggal kat sini.
Ada orang, gaji sederhana tapi beli harta cukup semua rumah, kereta sebab nak mudah di hari tua nanti.
Ada orang gaji kecil tapi sanggup buat pinjaman sebab nak buat majlis kahwin yang besar- besaran.

Kan, aku dah kata tadi.... lain orang lain caranya.

Untuk aku yang bernama Azra ni.
Alhamdulillah ALLAH kurniakan suami yang senang bertolak ansur.
Aku mengaku aku suka nak beli macam- macam benda.
Tapi masih lah ikut kemampuan.
Aku suka belanja kawan- kawan or family makan.
Aku suka share apa yang aku ada dengan orang lain terutamanya family.
Sebab aku tau... mak ayah banyak sangat dah berkorban untuk aku selama aku bawah tanggungan diaorang.




No comments: