Klik Untuk maklumat Lanjut

Wednesday, May 8, 2019

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan. dah masuk hari ketiga kita berpuasa untuk tahun ini. Hari pertama hari tu memang tak dapat bersahur dengan husband sebab aku baru balik outstation Ahad petang dari Kuala Lumpur. So, stay Kuantan 1 malam sebelum driver datang ambil pagi Isnin.

Sampai Kuantan sempatlah aku bershopping barang dapur sikit di Jaya Grocer. Beli apa-apa yang payah nak dapat kat pulau ni. Sayur pun aku beli sebab kat sini agak terhad pilihannya. Memang beli banyak barang, tapi officemate kata dia sanggup tolong angkut.. heheheh.


Ni baru separuh yang aku beli. Korang tengoklah, Daun Pandan pun beli. Bukan apa, kat rumah aku cuma ada tanam pokok Serai je, macam Daun Pandan ni kalau nak guna kebiasaannya minta rumah kawan-kawan. Tapi kadang malu juga kan asyik minta yang orang. So, harga pun 60 sen je tu. Apa salahnya beli je la.

Aku suka membeli kat Jaya Grocer ni sebab barang-barang biasanya memang nampak elok, susunan cantik, lantai kat bahagian barang basah pun kering bersih je... tak macam sesetengah tempat. Ya, ada barang yang agak pricey, tapi beli ikut keperluan lah kan. Dah kalau benda tu memang kau tau mahal, tapi kat tempat lain tak ada dan kau sangat memerlukan, beli je la. 

Petang, 1 Ramadhan tu aku balik Pulau Tioman naik feri jam 2.00 petang. Alhamdulillaj pukul 4.30 petang sampai kat rumah. Sempat-sempatkan je lah masak menu ringkas. Jadi aku pilih masak Nasi Lemak berlaukkan Sotong Sambal dan Ayam Goreng. Lega rasa dapat masak hidangan untuk suami di hari pertama puasa. 


Lepas upload di FB, ramai pulak mesej tanya resepi Sambal Sotong tu. Mengujakan ke gambar sambal tu? Oh, btw diaorang minta resepi sebab biasanya ada yang masak Sambal Sotong jadi liat, sambal berair, cair, warna tak cantik. Nanti ada masa aku share pulak la resepi kat sini. Lama dah bertahun tak de share resepi kan.

Oklah, Next post nanti aku nak cerita tentang trip Medan pula ya. Banyak yang nak diceritakan dan gambar yang nak dikomgsikan. Mungkin akan buat post day by day punya cerita lah kot. 

Till then, 
💗 Kak Ton


Monday, April 22, 2019

Explore Medan 2019

Sepanjang hampir 7 tahun aku kerja kat sini, this is our 1st time buat rombongan ke luar negara. Bawah pengurusan Kelab Keluarga kami ya bukan tanggungan pengurusan.

Alhamdulillah dapat bawa staff  ke luar negara. Disebabkan ini kali pertama, kita pi dekat-dekat sahaja la ya. Test dulu bawa diaorang ke Medan sebelum ke destinasi lebih jauh andai ada rezeki lagi.  Dalam Kelab Keluarga, aku ni Naib presiden sebenarnya. Walaupun kadang aku ni garang dengan staff, diaorang tetap undi calonkan aku dan undi.

Tak semua yang join sebenarnya. 31 orang sahaja daripada 50 yang ada. Asalnya aritu 39 orang dah daftar, tapi atas beberapa sebab ada yang terpaksa cancel untuk sertai kami. Korang doakan perjalanan kami selamat pergi, semasa di sana dan pulang. Aku tukar duit pun tak banyak, 2 juta je la.  Macam tak rasa ada nak beli apa sangat pun. Lagi pula tabung travel aku nak guna ke tempat lain untuk pi holiday dengan laki aku masa Anniversary atau Birthday aku. Tambah pula nak masuk Ramadhan kan.. lepas tu Raya. Besar modal tu.

So tadi aku buat taklimat sikit, last minute punya bebelan la sebab diaorang akan keluar dari Pulau Khamis nanti. Aku pula esok pagi-pagi nak keluar dah, Outstation dulu sebelum p holiday. Meeting di Kuantan, harap tabah la tak habis duit di Kuantan dulu sebelum p Indonesia nya hahahah. Macam-macam la aku ingatkan kat staff benda-benda nak bawa, do’s and don’t masa nak naik flight etc. Macam mak bebel ke anak tu la, tapi ni anaknya hampir separuh semua umur lebih dari aku dah. Yang nak pencen pun ada.

Alright panjang pula bebelan. Nak kemas baju la pulak. Bawa bag besar supaya senang sumbat apa-apa barang belian luar jangka hahahah.


Till Then, XOXO
♥️ Kak Ton

Sunday, April 21, 2019

I Am Back!!!

Bismillahirrohmanirrohim.

Aku tak tau la mana datang kekuatan nak menulis balik. Tapi rasa berkobar-kobar tu tinggi sangat. Ada ke orang nak baca lagi blog di tahun 2019 ni?

Aku terpanggil nak menulis semula, bila sedar terlalu banyak benda aku nak share. Tentang kehidupan seharian, tentang kerja, tentang keluarga, tentang cita-cita dan 1001 benda lagi. Bebrapa tahun kebelakangan ni semua aku share di Instagram dan FB. Tapi makin lama aku rasa makin tiada keseronokan untuk berkongsi di sana. Terlalu banyak judgement dari manusia. Kadang aku sendiri rasa tak puas bila share sesuatu. So I just make a simple caption whenever upload a pic at ig or fb. 

Di sini, aku lebih terbuka, lebih ikhlas dan jadi lebih seronok untuk berkongsi. Semoga aku terus istiqomah walau hanya menaip dari handphone sahaja. Tahun 2019, masuk tahun ke 11 aku berkahwin... masih sama, masih berdua. Belum ada rezeki nak memiliki zuriat. Alhamdulillah kami masih gembira, masih bahagia. Tahun ini juga merupakan tahun ke 7 aku bertugas sebagai Penjawat Awam. Masih gembira menjalani hari-hari ku. 

Innshaallah, aku akan teruskan menulis. Berkongsi segalanya di sini.


Till then, XOXO.
♥️ Kak Ton