Ramai orang sekeliling aku kata aku tak normal.
Sebab aku kan orang kampung.
Jarang kot orang kampung tak makan durian.
But, seriously aku tak makan durian dah.
Picture bawah ni lah last aku makan durian secara gigihnya.
Sekarang ni kalau orang makan dan orang pelawa makan, aku just amik secalit untuk jamah.
Tu je yang mampu.
Masa ni tahun 2008.
Zaman duduk KL dulu.
Time ni, bos opis bawak kami celebrate Merdeka kat Cameron.
On da way nak balik tu jumpa orang jual durian.
Kegilaan lagi masa ni makan durian.
*kurus lah masa ni..hik..hik...*
Dulu, aku hantu durian.
Kalau malam- malam buta pukul 1, 2 pagi dengar bunyi durian jatuh *umah aku kat kampung keliling dulu ada banyak pokok durian* harus aku dengan adik lari keluar rumah nak pi cari. Ye lah, kalau tak ambik takut monyet or vavi yang ambik kan.
Durian ni, sekali makan sorang pun 2, 3 biji boleh aku habiskan.
Kalau musim durian, habis semua kawan- kawan sekolah aku heret datang rumah.
Makan durian sebanyak- banyaknya.
Mak aku dah lah jenis baik hati.
Kalau kawan- kawan aku datang, harus dia siap masakkan pisang goreng *ayah ada kebun pisang*.
Siap ada mee goreng lah.
Mak memang serius rajin.
Anak je malas, ikut sapa tak taulah kan.
hahahhahahhah
Tapi bila ada sekali tu, aku sampai demam teruk sebab kegilaan makan durian.
Terus aku stop.
Tapi aku tak rasa demam tu sebab makan durian.
Sebab baunya.
Aku memang allergic pada bau.
Hidung aku ada masalah lah.
Orang kata resdung.
Tapi aku tak taulah iye ke dak.
Kalau ada anak orang yang masih pakai pampers tu 'kareb' (sila terbalikkan ejaan. Perkataan tu kami sebut masa zaman uni dulu. Macam sopan sikit nak menyebutnya dari perkataan sebenar) mesti aku yang bau dulu.
Kalau ada orang kentut pun, aku yang selalu bau dulu.
Bau boleh menyebabkan aku pening sampai muntah.
Serius!
Sila percaya.
Kalau tak caya, boleh tanya orang yang serumah dengan aku sekarang ni.
Bapak mertua aku, mak mertua aku dan laki aku memang suka durian.
Diaorang kalau makan durian mesti duk kat dapur tu.
Lepas tu kalau tak habis, diaorang tinggal la kan kat dapur.
Aku harus tak boleh tidur satu malam.
Sebab bau tu masuk direct kat hidung walaupun aku dah tutup hidung pakai selimut.
Then, start la pening. Muntah.
Satu lagi buah cempedak.
Gila sape tak suka kan makan cempedak goreng.
Tapi janganlah makan dalam rumah.
Memang hilang mood aku nak tidur.
Bau- bau lain macam minyak wangi yang orang pakai banyak sangat pun buat hidup saya tak tenteram.
Kadang minyak wangi sendiri pun hidung tak boleh terima.
Kalau dah kata minyak wangi pun jadi masalah.
Apatah lagi minyak petrol dan diesel.
Confirm muntah.
Ha, satu lagi.
Bau padang yang orang baru mesin rumputnya.
Aku akan terasa macam pahit- pahit kat tekak.
Nape ek macam ni?
Laki aku dulu kata aku mengada.
Tapi dah memang aku sentiasa macam ni.
Sila redha je lah kanda.
Eh, sekarang ni ada budak menurun perangai aku kuat makan durian.
Tapi sekarang ni dia kecik lagi.
Mana tau dah besar nanti ada penyakit macam aku kan.
Dah kata adik beradik.
Pada yang tak tahu, ni adik bongsu aku.
Farish Hakimi.
Sekarang umur dia 4 tahun.
Masa mak mengandungkan dia, mak kata mak bosan tak ada kawan kat rumah.
Nak main- main dengan cucu, akak aku jarang balik kampung.
Anak- anak lain dah besar- besar jarang duduk rumah.
So, ambik keputusan beranikan diri untuk hamil pada usia 45 tahun.
Alhamdulillah anaknya sihat.
Dia selalu ikut aku and laki jalan- jalan.
So, kadang ada kawan- kawan yang jarang jumpa tanya ''anak ke?"
Aku iyekan je.
hahahahhahahhaha.....
4 comments:
aku ingat aku je bdk kampung yg x makan dOyan.. ghupenye ade jgk yg lain :)
oh ye ke... hahhaha.. ada jgak geng aku kan
i alergik durian. bau pun tak suka.. tapi kalau masak tempoyak mmg makan. haha
azra, kalau durian tu tak berapa berbau, then orang letak dl bubur ke.. masih boleh la terima sikit2..
Tapi kalau nak makan fresh- fresh mmg tak lah..
hahahah
Post a Comment