Pagi tadi @ajeeLa twit- twit aku.
Aku tak balas- balas.
So dia assume aku lambat bangun tidur lagi.
*pagi ke ko twit kak? ke tengahari dah masa tu?
Aku kata, sorry lah lambat reply sebab kemas rumah.
Malam tadi aku perang kat rumah.
Dia balas dengan nada terkejut.
Harus ingat aku perang dengan laki kan?
Eh, takkanlah perang dengan laki nak bagitau kawan kan.
Aku kan pemalu.
Kitaorang perang dengan binatang ni ok!
Serius aku geli letak picture ni kat sini!!!
Bila aku kata perang.
Sila jangan bayangkan yang tikus ni banyak.
Ada satu je.
Kecik je.
Cerita bermula jam 1.50 pagi.
Waktu tu kitaorang dapat call yang tok sedara masuk ward.
Darah tinggi kot.
Tetiba macam tak sedarkan diri.
Laki aku dengan Pak Su pergilah berdua ke klinik.
Aku tak lah kan.
Sebab memang lambat kalau nak tunggu aku bersiap tengah- tengah malam kan.
Mamai katanya.
So, bila diaorang dah pergi, aku dengan mak mertua duk kat ruang tamu.
Sembang la sikit pasal tok sedara tu.
Then, tetiba kitaorang nampak ada makhluk ni lalu depan mata.
Tetiba muncul.
Tak pasti dari mana.
Dapur or dari bilik ke kan.
Apa lagi.
Amik penyapu nak belasah la kan.
Dia macam menyorok bawah or belakang sofa.
Bapak mertua pun keluar jugak dari bilik join operasi.
Kitaorang siap terbalikkan sofa.
Sembur ridsect.
Tak keluar jugak binatang ni.
The, kitaorang berenti jap. Dia pun tetiba keluar masuk belakang tv cabinet.
Angkat cabinet tu ke depan sikit.
Still tak jumpa.
Bapak mertua malas dah nak layan kitaorang.
Dia masuk bilik sambung tidur.
Sampai lah laki aku balik dari klinik dalam pukul 2.30 pagi pun kitaorang still tunggu tikus tu.
Dia pun tolong lah jugak kan.
Tarik laci. Tetiba melompat binatang tu lari ke dapur pulak.
Masuk belakang peti sejuk.
Kitaorang takut dia kena kejutan elektrik je.
Aku kan penggeli dengan binatang macam ni.
Yang aku tolong hanyalah jerit- jerit dari atas kerusi je u olls.
Mak mertua dengan laki yang gigih berperangnya.
Lama tau tunggu dia keluar dari belakang peti sejuk.
Dia pergi belakang mesin basuh pulak.
urrrrrrrrrrrrggghhh.
Belakang mesin basuh tu ada lubang.
*lubang yang kami letak saluran untuk air keluar*
Kitaorang anggap dia keluar ikut lubang tu kot.
Dia masuk ikut situ jugak kot.
Selama ni, memang tak pernah ada binatang ni kat rumah.
Gila geli ok!
End up, aku tidur dekat pukul 4 pagi.
Haruslah bangun lewat sikit.
Aku dengan laki keluar bilik, tengok rumah macam perang dunia kedua ya.
Then, gelak sama- sama.
Mak mertua tak ada dah, dia dah pi kerja.
Tapi dia dah kemas sikit- sikit.
Hari ni wajib laki aku g beli bahan- bahan untuk pasang perangkap supaya tiada insiden rumah bak kapal karam lagi.
kepada @ajeeLa.
Sila jangan ingat peperangan ini melibatkan hal rumah tangga aku dengan laki. Alhamdulillah kami bahagia .
hahahahhahahhaha.
Aku tau ko suspen tadi kan kak!
2 comments:
Haha aiyoooo kalau aku ni mmg da lari kelua rumah da...
Mati2 aku igt ko men perang2 dgn laki ko baling2 pisau dgn periuk segala.. Hahaha
imaginasi ko terlalu tinggi kak!
Post a Comment