Klik Untuk maklumat Lanjut

Saturday, March 24, 2012

Snorkeling Trip at Tioman Island

Apalah ertinya datang Pulau Tioman ni tanpa pergi snorkeling trip kan.
Kat sini bukan macam Langkawi ada macam- macam attraction lain.
Mall tak ada, kedai- kedai souvenir ada lah.
Kebanyakan orang yang datang bercuti kat sini tujuannya lebih kurang sama.
Nak rest, relax, jauh dari hiruk pikuk kota.
Kat sini yang agak serabut dengan kereta cuma kat Kampung Tekek dan Kampung Juara.
Kampung lain, hanya ada motosikal dan basikal ya.

Hari ni nak cerita tentang trip snorkeling.
Normal price untuk trip adalah RM85 seorang. 
Kanak- kanak 5- 12 tahun RM45.
Harga ni tak termasuk snorkeling gear.
As untuk trip yang aku ada (bot FIL dengan bot husband) kitaorang charge RM10 untuk sewaan snorkel dan  mask. Life jacket kami bagi percuma. Fin ( tapak itik) terpulang kat korang nak guna ke tak. Pada aku tak payah guna pun tak apa coz itu untuk menambah kelajuan berenang kan.
Tapi kan kita nak main dengan ikan dan tengok coral, so buat apa nak laju- laju kan.

Tapi if korang ada lebih dari 10 orang untuk 1 trip tu, harga kita boleh nego lah kan.

Untuk trip ni kita bagi nama 'Sunny Day Trip'
Biasa start dalam pukul 10 pagi dan tamat dalam jam 3.30 hingga 4 petang.

Sunny Day Trip ni cover 4 tempat.

First stop adalah di Pulau Tulai atau lebih dikenali sebagai Coral Island.
Kat sinilah terdapatnya long beach yang mana pasirnya seperti tepung okeh. Putih dan halus.

Air pulak memang crystal clear lah kan.
Kat beach ni selalu tourist akan berenang menikmati pasir putih dan air yang jernih ni. Then, kat kawasan sini jadi tempat untuk amik gambar lah kan.
Kat pantai ni tak ada coral yang hidup.
Kebanyakannya dah mati sebab perubahan cuaca.
Tapi still ada ikan yang cantik.


Pulau Tulai ni tak berpenghuni ya.
Kalau kita datang bawak makanan, memang kena bawak balik semula bekas plastik or kertas tu.
Memang tak ada apa- apa facilities kat sini.
Yang ada kat sini hanyalah
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Biawak!


Biawak memang antara haiwan popular kat pulau Tioman.
Nak tengok yang saiz besar- besar boleh tengok kat Kampung Salang.

Lepas stop kat sini about 30- 45 minit, kita gerak ke lokasi seterusnya untuk snorkeling and fish feeding.
2nd stop, Teluk Genting.


Aku rasa picture ni bukan Teluk Genting, macam kat Monkey Bay. Sorry ek kalau salah. Tapi tempat dia adalah macam sama je. Masih ada banyak coral yang hidup. Snorkeling kat sini amazing sikit. If korang bernasib baik waktu snorkeling tu akan berjumpalah dengan ikan yang besar sangat. Besar macam badan kita. Tapi jangan takut or terkejut. Dia tak kacau kita. Dia ikan pemakan coral.


 Pihak Taman Laut Malaysia juga menyediakan platform untuk korang lepak or nak terjun ke apa kan kat sini. Ikan memang banyak kat kawasan ni.

Senang je nak mengurat ikan kat sini supaya datang kat korang. Campak je cebisan roti expired (biasanya roti ni korang boleh request kat resort or beli) confirm ikan datang dengan banyaknya.
Ikan pun memilih jugak ya, dia suka makanan berkhasiat macam roti ni. Kalau korang campak makanan ringan macam Twisties ke kan, diaorang tak berapa nak layan tau.


Tempat hentian ketiga pula adalah di Kampung Salang.
Kat sini korang boleh lah pergi cari lunch.
Harus lapar gila kan lepas swimming and snorkeling.
Kat sini ada banyak juga restaurant untuk korang pilih.
Antaranya Salang Dream Restaurant, Salang Sayang dan Salang Indah. 
Kalau tak nak makan berat, stall burger pun ada.
Bar dan cafe ada jugak.
Korang jangan tertipu dengan kecantikan chalet atas bukit tu ya.
Chalet tu tak beroperasi pun.
Tapi nice lah untuk kita amik gambar kat beach kampung ni sebab ada chalet tu.

Biasanya stop kat Salang ni lama jugak, dalam 2 jam kot.
Korang sempatlah nak swimming and snorkeling kat sini.
Lunch kena bayar sendiri ya.
Tak termasuk dalam pakej.

Last stop pulak adalah di Sekipong Bay atau pun Monkey Bay.
Pilihan antara dua tempat ni bergantung pada cuaca.


Air masih juga tinggi tahap jernihnya ya.
Kalau dari atas bot ni nampak macam dekat je coral tu.
Tapi sebenarnya ilusi je sebab air jernih kan.

Amacam, terasa nak snorkeling sekarang jugak tak?
hehehehheheh.

Ni pulak picture lain- lain yang sempat aku snap sepanjang trip Rabu lepas.






*nah iklan sekali Resort Pak sedara.


lastly, gambar tuan blog harus ada kan.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT***sebelum ikut trip snorkeling, silalah pakai sunblock. Kalau tak nak macam aku, lepas balik trip, seminggu taknak keluar rumah jumpa jiran- jiran sebab takut tak dikenali


Kalau ada yang rasa trip ni macam terlalu mahal.
Jangan risau, kita ada trip yang murah sikit.
Tapi cover tempat lain.
Insyaallah ada kelapangan, nanti aku bagi info lagi ya.
Post a Comment