Klik Untuk maklumat Lanjut

Sunday, March 25, 2012

Puas Ke? (jawab secara ikhlas)

Hari tu aku ada cerita kan, yang kami (aku n laki) nak beli kereta baru.
Honda Accord yang dah agak berusia tu dah jual bulan December lepas.
So, dua malam lepas kitaorang discuss lagi pasal beli kereta.


Picture ni kenangan terakhir.

Lepas jual memang tak adalah kami terus hunting kereta baru.
Sebab laki kata bukan nak pakai terus kan.
Kalau nak keluar sesekali pakai keta pak mertua je lah.
Target bulan May dah ada kereta baru.
Memang impian nak pakai Honda Civic. 
Kalau boleh Type-R

(source; google)

Memang idaman muda mudi lah kot.
Ye lah, nak mimpikan BMW kang nanti orang kata over.

Tapi kalau beli keta ni, memang mampu amik second je lah.
Amik baru tak mungkin.
Laki pun bukan keje gaji pegawai tinggi kan.
Aku pulak suri rumah.
Puas survey, paling murah dapat harga 96k untuk second hand tahun 2009.
Ye, kalau ikutkan memang mampu.
Maybe bulanan dalam seribu lah kan.
Tapi bila aku dah puas fikir panjang gunakan otak yang waras.
Aku rasa tak berbaloi.
Memang, aku jugak yang kata kat laki hidup ni kena puaskan hati.
So dia kata dia akan rasa puas kalau dapat guna Civic.
Tapi kepuasan tu maksima ke kalau kereta kita bayar mahal- mahal tapi setahun pakai tak sampai 40 hari?

Korang cer tolong kirakan tahap kepuasan tu.
Contoh sebulan bayar kereta 900 ++ kira seribu lah kan sebulan.
Setahun untuk bayar ansuran kereta RM12k.
Belum campur road tax dan insurance.
Servis lagi.
Tukar tayar lagi.
Then, kami sekarang tinggal kat pulau.
Jarang nak keluar.
So, kereta akan tinggal di Mersing atau Rompin.
Tinggal suruh orang jaga takkan biar macam tu je kan. Mesti orang akan guna sekali dua. 
Husband pulak, cuti tahun 20 hari.
Ok, tambah cuti lain- lain contohnya 10 hari lebih.
So total lebih kurang 30 hari lebih la.
Amik la 40.
40/365 hari.
Berapa percent dalam setahun kita cuma guna kereta?

PUAS HATI KE MACAM TU?

Kalau ikut jiwa muda ni, memang akan tetap beli.
Tapi rasanya tak perlu kan.
Hasil perbincangan, aku cuba bagi solution supaya kitaorang just beli kereta tempatan yang jauh lebih murah.
Macam contoh, amik kereta Persona dah ok kot.


Boleh beli yang baru.
Tak payah amik second.
Bulanan pun tak lah mahal sangat.
Maybe 600 lebih kot.
Hampir separuh penjimatan dari beli Civic tu kan.
Balance tu boleh simpan.
Mana tau tahun ni ada rezki aku pregnant ke apa kan.
Dapat juga menyimpan untuk anak.
Nanti ada anak bukan sikit- sikit belanja.
Susu, pampers..pfffttt... mahal semua tu kan zaman sekarang.

Malam tu, aku rasa laki macam sedikit resah kot.
Sebab dia macam susah nak tidur.
Maybe dia terfikir jugak kebenaran kata- kata aku ni.

Ya.
Memang dia memikirnya.
Sebab semalam, lepas balik kerja dia kata dia dah call Proton.
Tanya pasal kereta.
Alhamdulillah, ALLAH bagi juga dia berfikir secara rasional.
Maybe memang akan amik kereta Proton je.
Tapi, dia nak tunggu April.
Kereta baru.

Kereta ni.
P3-21A atau pun Proton Tuah namanya.

Aku setuju je kalau amik kereta ni.
Harga pun tak lebih 75k kalau tak silap.
Dapat yang baru.
Kalau Civic tadi, 2nd hand. 96k.
Banyak kan bezanya.

Bila aku tanya balik kat dia, nanti dia puas hati ke kalau pakai kereta bukan idaman.
Dia kata maybe akan puas jugak, sebab simpanan bulanan akan bertambah sebab ansuran kereta tak mahal sangat.

Untuk aku, aku tak kisah sangat.
Asal kereta selesa dan tak banyak ragam.
Buat apa nak pakai kereta mewah- mewah kalau terpaksa pejam mata kena lepaskan semua keinginan lain macam nak pergi melancong, beli barang branded, beli aset lain macam tanah dan rumah.
Semua jadi tak mampu sebab asyik nak kejarkan bayar kereta mahal.
Lagipun, aku tengok ada je kawan aku yang gaji 3-4 ribu sebulan pakai Saga BLM je. Bini pulak kerja gaji 2-3 ribu pakai Viva.



*Harapan aku, hope suami dapat buat pilihan yang tepat*



Post a Comment