Klik Untuk maklumat Lanjut

Saturday, March 3, 2012

Mari Berangan Tanpa Ikut Kemampuan

Aku tengah bersedih sebab bb rosak.
Tapi still nak update.
Tapi tak ada idea.
Tapi tetiba rasa nak kongsikan dengan korang handbag idaman.
Semua handbag ni adalah hanya mampu dia alam mimpi ya.
Itupun kalau diaorang sudi singgah.

1. Menjadi idaman aku sejak tahun 2008 adalah, Miu Miu Coffer. Tapi harga kalau tak salah 6k ke atas. Insyaallah sebelum tutup mata akan ku cuba milikinya.


2. Tempat kedua pula, Marc jacobs Stam Bag. Dulu, minat biasa- biasa je kat si Stam ni. Tapi Farhana menjadi punca kegilaan aku sebab asyik duk mintak aku surveykan harga untuk dia. Akhirnya aku terjebak jugak. Harga untuk normal size kat Malaysia ni adalah RM6990. Mampu? Aku tak mampu setakat ni.


3. Seterusnya dalah LV Mahina. banyak- banyak design LV, ni lah yang aku paling minat. Kalaulah dah dapat ni baru nak LV yang lain. Tapi kemampuan tak taulah tahap mana. Kalau Neverfull tu mungkin kumpul duit beberapa bulan dapat nak beli. Tapi syaratnya, tak beli benda lainlah macam baju- bajuan ke kan.



4. Gucci Boston Bag. Kalau boleh nak exactly kaler macam ni. 



5. Bag yang kelima aladah kemungkinan untuk dilempang oleh laki 99% kalau mintak. Hermes Birkin Orange Ostrich. Mungkin hanya akan berjaya print gambar, then framekan kat bilik.



Ok, sila lempang aku untuk sedarkan aku dari mimpi.
Eh, ke aku kena jual PB jugak baru boleh beli handbag mahal- mahal ni?
hahahhahah.

Tajuk pun dah 'mari berangan tanpa ikut kemampuan'.
Kalau aku letak bag Longchamp Le Pliage apa kejadahnya kan.
Sebab walaupun baru ada satu, tapi masih mampu.
Ni yang tak mampu lagi setakat ni.

Nanti kalau ada masa aku lepek lagi beberapa idaman hati.
Banyak ok yang belum masuk senarai.
Y_Y


Post a Comment