Klik Untuk maklumat Lanjut

Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Sunday, April 21, 2019

I Am Back!!!

Bismillahirrohmanirrohim.

Aku tak tau la mana datang kekuatan nak menulis balik. Tapi rasa berkobar-kobar tu tinggi sangat. Ada ke orang nak baca lagi blog di tahun 2019 ni?

Aku terpanggil nak menulis semula, bila sedar terlalu banyak benda aku nak share. Tentang kehidupan seharian, tentang kerja, tentang keluarga, tentang cita-cita dan 1001 benda lagi. Bebrapa tahun kebelakangan ni semua aku share di Instagram dan FB. Tapi makin lama aku rasa makin tiada keseronokan untuk berkongsi di sana. Terlalu banyak judgement dari manusia. Kadang aku sendiri rasa tak puas bila share sesuatu. So I just make a simple caption whenever upload a pic at ig or fb. 

Di sini, aku lebih terbuka, lebih ikhlas dan jadi lebih seronok untuk berkongsi. Semoga aku terus istiqomah walau hanya menaip dari handphone sahaja. Tahun 2019, masuk tahun ke 11 aku berkahwin... masih sama, masih berdua. Belum ada rezeki nak memiliki zuriat. Alhamdulillah kami masih gembira, masih bahagia. Tahun ini juga merupakan tahun ke 7 aku bertugas sebagai Penjawat Awam. Masih gembira menjalani hari-hari ku. 

Innshaallah, aku akan teruskan menulis. Berkongsi segalanya di sini.


Till then, XOXO.
♥️ Kak Ton 

Thursday, November 28, 2013

Tioman Monsoon Season 2013/ 2014

Hari ni dah 28 November 2013.
Aku ada dapat banyak email, sms dari readers *ceh... dlm belas je pon email tu dah kata banyak*  tanya tentang pakej kat Tioman ni untuk cuti sekolah akhir tahun.
Kat office pun banyak je call yang nak dapat info tentang Tioman.

As usual lah ye, aku tak galakkan korang yang nak pakej 3 hari 2 malam datang sini dari bulan 12 hingga awal Februari.
Sebab utamanya tak nak nanti korang kata Tioman tak best.
Kenapa tak best? Sebab hari- hari hujan, laut bergelora, chalet tak banyak choice, tak boleh island hopping tu semua.
Actually cuaca dah start tak berapa menentu sekarang.
Tu yang kalau ada yang tanya aku kata boleh nak datang, but the risk adalah macam yang aku list kan kat atas tadi lah.
Tak adalah hujan sepanjang masa, macam hari ni pagi tadi sampai tengahari hujan, sekarang panas pula.
Ombak pun nampak ok je waktu ni.

Chalet still ada yang operate contohnya kat beberapa kampung macam Kampung Tekek, Kampung Air Batang dan Kampung Paya.
Resort  4 star pun buka je (Berjaya Tioman Beach and Golf Resort, Tunamaya Resort).
Japamala Resort pun buka.
Tapi tak kanlah korang nak datang then terperap kat bilik je kan.
Untuk yang memang saje- saje nak habiskan cuti or nak lari dari kesibukan kota ok la datang waktu ni sebab tak ramai orang so, tak sesak lah.

Feri pun sekarang ni dah start sekali sehari je jalan.
Same goes to flight.

Tapi, if korang adalah:

Peluncur/ surfer ombak, jemputlah datang ke Tioman musim ni.
Memang best nak surfing di Kampung Juara yang pantainya panjang menghadap laut China Selatan yang terbentang luas.
Tioman Surfing event pun akan berlangsung pada 30 Januari hingga  2 Februari dia Kampung Juara.
(Event ni aku update nanti)

Untuk aku yang memang bermastautin kat sini pula, aku suka je musim tengkujuh ni.
Sebab musim macam ni husband kurang sibuk.
Ye lah, tak ada flight sampai petang, kalau hujan lebat tak pergi main golf.
So, banyak sikit masa dia nak spend dengan aku kan.

Tapi yang paling aku suka, laki akan rajin turun ke laut cari ikan.
Boleh lah aku masak dan makan ikan sedap- sedap hehehe..



Thursday, October 25, 2012

Tak Ada Open House Untuk Aidil Adha

Salam Aidil Adha
atau
Hari Raya Qurban
atau 
Hari Raya Haji.

Ikut sedap koranglah.
Yang penting esok aku pi raya je.
Tak buka rumah untuk tetamu.
Sebab utamanya adalah, mak and family tak jadi raya kat sini.
Then, aku pon tak cuti lagi.
Masih kerja lagi hari ni
Ni pun tulis blog pakai komputer opis.
Kantoikan diri sendiri kan.
T_T
Tapi rasanya takde opismate baca blog aku ni.

So, mana ada masa nak prepare juadah kan.
Kalau masak pun, masak sikit untuk aku makan dengan laki.
Laki pun esok keje.
Eh, memang laki aku suka sangat kerja time orang lain cuti.
Workaholic kononnya.


Hari Raya haji kat sini meriah.
Macam Aidil Fitri jugak.
banyak rumah open untuk tetamu.
Sangat berbeza dengan aku beraya kat Johor.
Nanti dah abis raya aku upload picture ya.

Bye.

Monday, June 18, 2012

KITA DAH KERJA

Alhamdulillah, aku dah start kerja Jumaat lepas bersamaan 15 June 2012 bersamaan 25 Rejab 1433h.


Tu dia Puan Azra kita on her very 1st day.
Aku telah diterima bekerja sebagai Pegawai Tadbir (Pengurus Pembangunan Masyarakat) Gred41 di Lembaga Pembangunan Tioman.

Hambik kau, kalau boleh nak tulis sekali job description kat sini.
Walaupun jawatan aku ni hanya kontrak buat masa ni, tapi aku still sangat teruja.
Hahhahahhah.

Serius aku teruja nak kerja.
Lagipun selama ni aku mana pernah bekerja kat bahagian pentadbiran kan.
Masa kat travel agent banyak buat kerja luar.
Kalau duk dalam opis pun paling kuat buat filing je.
Pastu kerja cikgu kontrak tu kerja macam cikgu biasalah.
Then, kerja- kerja lain pun sama je, banyak buat outdoor kan.
*kecuali masa rajin buat banana cake n aiskrim malaysia, tu je yang duk dapur*

Inilah 1st time aku dapat office sendiri.
So, harus gedik- gedik nak ubah itu ini.
Lagipun berhabuk habis ofis ni, dah berbulan- bulan kosong.
1st day hari tu aku just vacuum carpet then susun- susun fail.
Hari ni aku minta tolong beberapa pekerja lelaki untuk ubah susunan perabot dalam opis aku ni.

Kalau ikut hati aku, Sabtu lepas nak keluar ke Mersing.
Konon nak beli bunga lah, frame lah.
Laki kata tak payah.
Sebab kalau aku keluar sorang, harus balik nanti entah apa- apa je benda mengarut yang aku beli.
So, dia kata nanti je beli.
Tunggu nak keluar buat medical check-up semua tu, baru beli.
Harus aku nak pi SSF kan.
Sebab kat Kuantan bukan banyak sangat pilihan kedai nak beli.



Ni pulak picture hari ni.
Kiss untuk korang semua yang telah doakan aku masa pi interview hari tu.
Laki pagi- pagi tegur merahnya makngah.
Aku kata semangat.
Kan hari Isnin semua orang macam lemau je kan.

Bawah ni pulak pose gedik ala- ala ayu sangat kononnya.


K. Dah, dah..... nak buat kerja.







Saturday, June 9, 2012

Pengumuman

PENGUMUMAN.
SAYA, NAZRATUL AZRA DAH TAK AMBIK MANA- MANA BOOKING UNTUK HOLIDAY DI TIOMAN ISLAND YA.

KALAUPUN SAYA ADA REVIEW TEMPAT- TEMPAT PENGINAPAN, RESTAURANT, SNORKELING SPOT KE APA YANG ADA KAT TIOMAN NI, BUKAN UNTUK TUJUAN PERNIAGAAN.

SEMUA TU JUST NAK BAGI INFORMATION KAT KORANG SEMUA.
KALAU SEKADAR NAK TANYA OR MINTAK PENDAPAT TENTANG PERCUTIAN KAT SINI, AKU OK JE. EMAIL JE, NANTI AKU BALAS LA.

TAK LARAT NAK AMIK BOOKING SEMUA TU LAGI SEBAB ADA JE YANG KADANG DAH BOOKING BERIA EMAIL 10 KALI, BILA DAH NAK SAMPAI TARIKH.. TETIBA CANCEL. AKU DAH TAK SANGGUP MENGADAP OWNER CHALET YANG KADANG NAK MARAH SEBAB DAH RESERVEKAN BILIK.

TERIMA KASIH.

Friday, February 10, 2012

d a h . s e t t l e

Alhamdulillah.
Semua barang- barang untuk GA aku dah pos.
Aku start hantar barang semalam.
Then, hari ni aku pi lagi mini pos tu.
Hantar baki barang.
Semua aku guna Pos Ekspress ya.
Tapi, tak kira di mana kamu berada.
Kat Kuala Lumpur ke, Labuan ke, Selangor ke, JB ke... memang lambat lah sikit barang- barang tu sampai.
Sebab esok baru semua barang tu akan dihantar ke luar menggunakan feri ya.
So, kemungkinan proses penghantaran Isnin lah dari Mersing.

Mana- mana yang belum bayar duit postage tu, bolehlah bbm, email or PM fb aku untuk no account.
No rushing dear.
Ikut koranglah bila- bila nak bagi duit tu.

*Itu je untuk waktu ni.
*Aku sedikit down dari semalam disebabkan masalah peribadi.
*Malas nak share kat sini, sebab ada gunting dalam lipatan rupanya. Si gunting tu baca jugak blog aku.


**Doakan perasaan aku cepat sembuh ya. Boleh aku update dengan jayanya nanti**

Monday, February 6, 2012

Giveaway Ke? Aku bagi free je

Aku pun tak tau benda ni consider GA ke tak?
Saje nak bagi kat korang.
Tapi, korang bayar la postage.
Boleh?

Standard la pos dari sini guna Pos Ekspress dan GDex sahaja.
Korang pilih lah nak guna yang mana.
Pos Ekspress RM6-10.
GDex RM15-20.

Kiranya aku bagi ni sempena jualan penghabisan stock la.
malas nak tunggu lama- lama lagi kat kedai ni.
Korang pilih la ya.
Then kalau nak, email aku, or PM kat fb ke, BBM ke, ikut keselesaan korang.
Yang ada phone number aku, sms pun boleh.

Tapi, benda ni terbuka untuk follower sahaja ya.

GA1- Baby Moon walk. Buat latih anak yang nak belajar jalan ye.
satu dah taken. tapi ada lagi satu ni.

GA2- cincin sakti 3 ketul.
TAKEN!

GA3- baby jumper size 3 month jenama Carter's
*size 3month dah taken. aku bagi size 6 month plak*

GA4- lip gloss kaler raspberry + eye shadow kaler buttermilk.
Taken!

GA5- Baby jumper jenama Carter's size 6 month
Taken!

GA6- owl necklace
TAKEN

GA7- Love necklace
Taken

Ni je dulu buat masa ni ya!!!!

Tengoklah nanti next week ke kalau rajin and ada lagi barang- barang yang tak berapa faedah untuk aku simpan, aku buat lagi ye.


Sunday, January 29, 2012

s e k a l i . l a g i

Demam pulak hari ni.
Last demam on November aritu kan.
Hilang mood nak tengok JJCM n Melodi.


Demam kali ni adalah beserta sakit tekak, batuk sikit- sikit, selsema dan panas badan.

Get well soon Azra!!!

Tuesday, December 6, 2011

T I O M A N . I S L A N D ( announcement)

Semalam kan dah menabur janji nak update pasal Tioman kan.
So, inilah dia.
Tapi kali ni tak ada gambar ke apa, sebab musim- musim hujan ni tak kuasa nak turun dari rumah atas kayangan ni ke tanah semata- mata nak ambil gambar.

Sekarang ni kat Tioman sedang dilanda musim tengkujuh. Actually start monsoon season ni dari pertengahan bulan November lagi. Tapi asyik delay je kan nak update. Then, saya pun aritu keluar dari pulau ni almost 10 hari. Cuaca memang tengah tak menentu. Kadang- kadang hujan dari malam sampailah esok petangnya. So, macam tak ada aktiviti sangatlah nak buat kat sini time macam ni. 

Jadual feri pun ada perubahan. Dah tak ada feri sehari 3, 4 kali. Sehari adalah sekali sahaja. Masuk pulau sekali. Keluar dari pulau sekali. Itupun hanya Jeti Mersing sahaja. Dari terminal Jeti Tanjung Gemok tak ada ya. Then, sometimes perkhidmatan feri terpaksa dihentikan 2,3 hari sebab angin kencang. Kalau hujan lebat tak apa lagi. Tapi kalau angin kencang memang terpaksa la feri cuti sebab bahaya. Bila angin kuat, laut pun bergelora.

Sebab jadual fery yang tak menentu, lepas tu cuaca yang tak elok kebanyakan resort dan chalet tutup. Normally diaorang akan buka untuk new season pada pertengahan February. Tapi dari desas desus yang saya dengar, untuk season 2012 ni kebanyakan resort akan start operasi semula pada pertengahan bulan January sebab diaorang nak kejarkan Chinese New Year punya holiday. Hope time tu cuaca dah ok lah ye. Sebab macam kesian kat orang yang datang melancong tapi tak dapat buat aktiviti sebab hujan je.

Walaupun resort banyak tutup, tapi ada yang tetap buka. tapi musim macam ni memang jangan nak cari yang jual pakej la. Semua jual bilik je. sebab pakej kan sekali dengan aktiviti. Kalau dah hujan je hari- hari nak snorkeling or trekking macamana kan. Bilik pun diaorang jual murah je. Macam, bilik yang biasanya harga RM 150 dapatlah harga RM100 or RM 80 je. Bilik kipas yang RM 50, dapatlah menginap dengan separuh harga kan. Tapi risiko besar la time macamni nak holiday. Bayangkan awak amik cuti 3 hari. Tiba- tiba time nak balik tu feri tak ada. Contoh perkhidmatan feri tak ada selama 4 hari. Macamana? silap- silap kena buang kerja. hhehhehehehh...

Untuk bab makan pulak. Restaurant memang banyak tutup la. Contoh kat Kampung saya ni Kampung Air Batang (ABC Village) cuma ada 2 je kot kedai makan yang buka. Yang lain semua tutup. Dan semua orang pun time musim macamni suka duduk kat luar (tanah besar semenanjung la). Tapi kalau kat Kampung Tekek tu banyak variety la sikit kedai makannya.

Walaupun perkhidmatan feri sedikit bermasalah waktu ni, perkhidmatan kapal terbang ada je setiap hari. So, mana- mana yang nak datang naik flight boleh je. Flight dari Singapore dan Subang sahaja. jangan nak ngada- ngada pergi airport lain then tanya nak beli tiket ke Tioman. Memang tak lah kan. Flight Berjaya Air sahaja.Tambang pun ada diskaun kot sebab tak ramai orang naik. Kalau nak stay kat Berjaya Hotel boleh je sebab diaorang punya hotel memang tak tutup lah. Open je sepanjang tahun.

So, dah baca ni harap- harapnya tak adalah tiba- tiba orang call saya nak tanya pakej percutian musim cuti sekolah ni. Sebab sepanjang musim tengkujuh ni, ada jugaklah 4,5 orang dah call tanya pakej. Memang tak adalah. Tapi kalau kamu backpackers yang sama- sama nak merasai musim tengkujuh bolehlah contact saya.

Bagi yang nak booking pakej untuk next year pun dah boleh je. Just bagitau saya details macam bila nak datang? berapa orang? nak tempat yang macamana ( which is tempat yang sunyi ke, happening ke, romantic ke kan...) Lepas tu jangan lupa bagi budget jugak. Sebab, lain orang lain kemampuannya kan. Start this season, Azra prefer korang email je kot. Tak payahlah guna sms or call. Sebab email macam detail sikit kan. Boleh tulis panjang- panjang.
Bagi yang tak tahu. Ni Azra bagi email ya.

hazeriazra_8185@yahoo.com

Ok. Itu sahaja buat masa ni. Bye.



Saturday, December 3, 2011

l i n k . b a c k

Saje nak bagitau.
Sesiapa yang ada letak link blog saya kat blog kamu, bagitaulah saya ya.
Nanti saya link balik.
Itu je.
Nak bagitau boleh letak kat comment post ni ataupun email saya lah ye.
hazeriazra_8185@yahoo.com


Thanks.
Have a nice weekend.

Thursday, November 17, 2011

b y e !

Sikit je saya nak cakap.

BYE!!!!!

Saya nak pi holiday lebih kurang 10 hari. Bukan nak holiday jalan- jalan sangat ya. Nak pergi majlis kahwin saudara mara dan kawan- kawan.

hingga bertemu lagi (",)