Mula-mula saya terkejut.
kenapa diaorg buat pemeriksaan fizikal bulan puasa ni.
bukan ke nanti ada kena lari-lari dan berkawad.
tapi dalam hati tengah riang gembira sebab terpilih.
eh..eh..
apa ni. maaf lah x story dari awal.sebenarnya beberapa bulan yang lepas saya ada menduduki peperiksaan yang SPA(suruhanjaya perkhidmatan awam) buat di cherating untuk jawatan penguasa imigresen dan pegawai pembangunan masyarakat.
alhamdulillah, saya lulus dan terpilih untuk menjalani pemeriksaan fizikal. so, 25 ogos hari tu, saya ke jabatan imigresen, kuantan untuk tujuan itu. ada 30 orang candidate semuanya. hanya 6 orang yang lulus dan layak menduduki psychological test * sayalah antara 6 orang yang bernasib baik tu...hehe..
just nak share dengan kawan-kawan bahawa diaorang memang agak strict. masa pemeriksaan mata, kalau salah lebih dua kali out! masa timbang badan, kalau kurang 500gram pun out! masa ukur tinggi, kalau kurang 1cm pun out! tapi saya bernasib baik semuanya saya lulus. cuma BMI saya agak mengerikan. maximum is 26 and mine is 25....hampir-hampir obesiti gitu!!!
lepas je pemeriksa kata
' awak tunggu kat luar ya, pukul 12 nanti kita akan teruskan dengan ujian psikologi'
wah!!! itu menandakan saya lulus. hati berbunga riang waktu tu. saya pun keluar dari bilik pemeriksaan dengan muka tenang je. tak de pun orang tanya saya lulus atau x*maklumlah, bukan kenal pon...x kan diaorg nak tanya....hehhehe
5 minit lepas diaorang tengok saya duduk rileks je, seorang gadis punn tanya...'awak lulus ke?
saya pun dengan malu-malu+bangga sikit menjawab..'a'ah, lulus'
hheheh..mengada kan saya.
habis je dengan test psikologi tu saya pun call hubby. oopppss...i thought he is going to service our car..rupanya dia tidur dalam kereta sementara tunggu saya kat dalam tadi. after bagitau yang saya lulus, segar terus dia dan kami pun mula berangan macam-macam. berangan nak beli rumah, berangan nak tukar kereta, berangan nak....byk la yang kami angankan. (",)
tapi sebelum berangan banyak lagi saya perlu lakukan sesuatu ke atas diri saya. saya perlu menurunkan berat badan saya sedikit. kata pegawai pemeriksa tadi, badan saya dah o.k...cuma berat perlu diturunkan 2,3 kilo sebelum temuduga. hmm... apa lagi yang patut saya buat untuk kurus sikit. makan dah kawal*sejak minum RX-Lite dah x berapa mengada nak makan itu ini... ,hari-hari saya trekking masa nak pergi kerja..percaya x? setiap hari untuk ke kedai saya, saya perlu trekking di anak bukit yang bernama bukit Mensoh. nak bagitau jarak x tau lah. tapi anggaran perjalanan dalam 10 minit la.
ni gambar pagi tadi. sambil berjalan kat bukit sambil bergambar...hehe..mengada kan!!! mula-mula naik bukit boleh senyum n relax je.
bila dah separuh jalan, mula hidung kembang kempis bernafas macam orang semput. bukan apa, bahaya tau jalan kat sini sorang-sorang sebab kadang-kadang ada banyak monyet yang jahat.
inilah sebahagian laluan. kawasan ni banyak batu yang besar-besar. so, kalau after hujan takut sikit nak jalan sini sebab kadang-kadang si tedung....eeeee...ya ALLAH jauhkan lah aku dari terserempak dengan haiwan tu. dahlah aku ni penakut.
selepas merentasi anak bukit tadi, sampailah saya ke kawasan taman laut. kat sinilah tiap-tiap pagi saya tunggu husband ambil saya. dia masuk kerja pukul 8.00 pagi, saya pula buka kedai jam 10.00 pagi...hehe..sesuka hati kan nak buka kedai pukul berapa. tapi kalau time rajin 9.30 dah buka kedai.
berbalik kepada cerita nak kurus tadi. alhamdulillah, bulan ramadhan tahun ni taklah mengada sangat nak makan macam-macam. makan ikut keperluan bukan nya nafsu. tapi masa keluar dari pulau last week......
ehem...ehem...
berbuka kat secret recipe bagai. makan bukan 1 order, tapi 2, 3 jenis makanan...sekali tu je lah. masa kat kampuung (simpang renggam) pulak, encik suami sesuka hati mengorder makanan masakan emak saya. nasi jagung, paceri nenas, ayam masak merah, nasi lemak, macam-macam lagilah. emak pulak, layankan je menentu dia yang mengada-ngada tu. hehe...saya pun ape kurangnya, bubur jagung, laksa penang....hehe.
terlanjur dah balik simpang renggam, suami tak lepaskanlah peluang bershopping sakan kat pasar ramadhan. tiap-tiap hari dia wajib beli murtabak rahim, roti john, kerang goreng kicap dan air tebu...manakala menu ayam percik dan ayam golek selang sehari mesti ada. aku pulak, sibuk cari air katira...tapi agak hampa sebab tak de yang sedap sangat.
*kenapalah Malaysia ni ada banyak sangat makanan yang sedap?*
okey, enough about makan. saya berharap kawan-kawan doakan saya terpilih ya untuk dipanggil temuduga nanti. mungkin awal bulan oktober kot. harap-harap lepas temuduga nanti saya diterima bekerja.
~ada lebih kurang sebulan je lagi sebelum temuduga. sangat berharap dapat turunkan berat badan~
(",)
5 comments:
chaiyok2 kene diet lebih sket tuh :p
kak xpe da de rx lite msti ley trn..hee...tp 2 da mlntk bagai xtw na cte r an..heee..anyway chaiyok2!!!
kak ajee&aiena
ni tgh mengawal la ni nafsu..heheh..sy bukan nak kurus..cuma nak turun skit je, biar seimbang
semOga berjaya tOn...mengurangkan berat badan dan temuduga...hehehe...
thanks min..hehe
Post a Comment