Klik Untuk maklumat Lanjut

Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

Melawat Sahabat Di HUSM, Kubang Kerian

Last Monday aku dan 3 orang officemate + 1 driver dihantar ke Kota Bharu baru sebagai wakil pejabat melawat seorang rakan sekerja yang baru selesai menjalani operation di HUSM, Kubang Kerian bagi membuang ketumbuhan di bawah kepala lutut. Lama dah beliau menghidap ketumbuhan tu, dari awal tahun rasanya. Alhamdulillah ketumbuhan berjaya dibuang dan tulang kaki beliau terpaksa diganti dengan besi. Selepas ni beliau akan kena operate lagi untuk tampalan kulit pula. Aku ni memang minah hati mudah gegar, airmata gugur. Sedih tengok kawan jadi macam ni.

Dengarnya ia sejenis kanser juga, kanser tulang. Even operation dah berjaya, still kena chemotheraphy lagi kerana sel juga telah berada kat paru- paru beliau.Aku memang seriau dengar pasal kanser tulang sebab seorang rakan sama umur dengan aku dah pergi meninggalkan aku akibat kanser tulang. Nor Fadzlin Abdul Halim. Terlalu cepat kau pergi. Rasanya start habis SPM baru kitaorang betul- betul rapat. Miss you.





Aku doakan semoga officemate aku, Akhirruddin Bin Ali ni cepat- cepat sembuh. Nasib baik isteri berada disisi menemani. Tabah sungguh Kak Mas menjaga suami. Harapnya jika ALLAH turunkan ujian sebegini.. aku pon mampu tabah seperti Kak Mas. 

Sunday, March 4, 2012

Sendu je Hidup Macam Ni :(

Aku rasa sepi je hidup aku sejak semalam. Makan pun tak lalu u olls.
Sob..sob..
Kalau tak, biasanya seharian duk berbbm, bertweet.
Ni, sunyi sepi hidup aku. 
Tapi hari ni kira agak ok lah sebab aku dah ada phone untuk dihubungi dan sms.
Phone adalah hasil rayuan kepada bapak mertua ya.
Pinjam phone dia yang tak terguna.
Gila banyak handphone dia.
Aritu siap ada bb jugak macam kita- kita ni.
Tapi pastu dia jual.
Sebab tak reti pun nak guna sangat.
Dia rasa macam biasa- biasa je bb tu.
Sebab kitaorang malas ajar guna internet.
Jahat kan anak and menantu.

Nak pakai phone nokia N95 laki aku tu, kena ikat getah tau.
Sebab housing yang bahagian belakang patah.
Gila sadis.
So, after pilih, aku amik phone Sony Ericsson Cyber Shot bapak mertua.
Walaupun agak buruk. Tapi camera 5.0mp
Macam bb torch okeh. Clear picture.

Laki aku bebel- bebel dah.
Sebab ni kali kedua bb aku rosak.
Dia kata bb aku masalah banyak.
Aku kata nak tukar bold5.
Dia tak nak bagi sumbangan okeh!
Kena beli sendiri.
Tapi kalau nak beli android dia akan tolong.
Sebab dia kata bb banyak pakai duit sebab kena bayar BIS.

Then, bebelan dia termasuk jugak kata aku kena rasuk bb.
Macam kena pukau.
Siot.
Sebab sebelum ni, kalau mana- mana fone aku ada probs. lepas betulkan mesti aku jual.
Tapi bb ni, rosak 2 kali pun aku masih sayang.
Aku rasa bukan sebab apa, sebab beli ni totally guna duit sendiri.
Tu sayang lebih kot.

*wahai hati sila tabah ya. lama kot tak dapat hidup normal. mau 2,3 minggu*

Sunday, February 19, 2012

Kalau Sayang Diri Kamu, Sila Jangan Tiru Macam Saya....

Baru tadi.
Baru sangat berlaku.


Jam 10.30 malam.
Di Rinda Cafe.
urrrrrrrrrrrrgggggggggggghhhhhhhhhhh.
Roti Cheese + telur untuk supper.
Padahal dah dinner nasi goreng pattaya kan tadi.

Camne nak capai impian pakai baju ala retis???
Baju kebaya???


*kuburkan je lah hasrat ko Azra*

Kalau korang rasa nak badan size macam aku, sila amalkan makan malam- malam secara berulang ya.
sob...sob...
Kini aku sedang menyesali keterlanjuran aku.
Oh syaitan.. kenapa kau goda aku suruh makan lagi tadi.


Bye, nak menangis meratapi nasib.
Mesti kolesterol dan lemak jahat sedang berparty sakan dalam badan aku sekarang.

Sunday, January 29, 2012

s e k a l i . l a g i

Demam pulak hari ni.
Last demam on November aritu kan.
Hilang mood nak tengok JJCM n Melodi.


Demam kali ni adalah beserta sakit tekak, batuk sikit- sikit, selsema dan panas badan.

Get well soon Azra!!!

Thursday, January 26, 2012

B r u n c h . E m o

Mood kan dari pagi tadi tak berapa stabil, bagun tido terus mengadap lappy. Lepas tu tengok tv. Bila lapar barulah cari makanan kat dapur, tapi sebelum tu call laki dulu suruh makan kat kedai je lunch hari ni sebab bini mood ke laut.
Dia pun cakap memang hari ni dia lunch kat kedai sebab balik keje pukul 6.
Urrrrggghhh. Cemana aku boleh lupa arini dia balik pukul 6?
Malas + tak ada benda sangat dalam peti tu, aku buat sandwich je. Lapis bawah tu Tuna+ onion+ mayo. Yang atas tu letak mushroom omelette. Makan ni je dulu. Nanti kalau lapar lagi masak benda lain pulak.

Tuesday, January 24, 2012

a k u . r i n d u . p e r e m p u a n . i t u

Tengah duk layan picture dalam laptop ni.
Konon nak susun and asingkan gambar la.
Tetiba nampak gambar perempuan ni.
Walaupun baru ni ada pergi jumpa perempuan ni, tapi tak puas.
Dia gula hati saya.
Susah senang kami selalu sama- sama.
Perempuan, kau ingat tak masa kita kat bukit balik kerja tahun lepas.
Yang time ada ular tu.
Yang aku terjerit- jerit ketakutan tu.
Tak dapat bayangkan macamana kalau waktu tu aku sorang- sorang je kan jalan kat situ.

Sejak kau tak ada, jujur aku nak cakap yang aku mula malas nak pergi kerja.
Ye la, aku tak ada kawan nak jalan sama- sama.
Pergi dan balik kerja.
Kau baliklah sini.
Buat apa lah kau duduk kat Kuantan tu.
Dah la kau selalu terseksa kat sana.
Kan?
Terseksa sebab tak dapat makan masakan ibu, tak dapat duduk sembang bergosip dengan aku, tak dapat main dengan adik Tasnim, tak dapat gaduh dengan Yaya.
Banyak lagi yang kau tak dapat kat sana kan.
Aku tau kau bosan jugak kan kat sana.
Ye, aku faham, kat sana kau dapat shopping lebih dari aku.
Ala, tapi tu satu je kelebihannya.
Kat sini dulu pun kita shopping kan.
Shopping online.
hmmmmmmmmmmmm....

Serius memang aku sedih masa kau ambik keputusan nak terima offer kerja kat Kuantan tu.
Tapi nasib baik aku selalu pergi Kuantan.
Dapat jugaklah jumpa kau.
Tapi selalu jumpa pun kejap je.
Kalau kat sini, kau boleh datang rumah aku.
Kita karaoke sama- sama.
Buat kek.
Main anak patung kertas tu.
*kau jangan nangis tau baca tulisan aku ni*

Kau ingat tak semua gambar ni?

Ni masa kita pergi open house kat Kampung Juara. Kita paling vogue kan selain anak- anak raja tu.

Ni masa dah balik. Tudung you pun dah melayang sebab kita tunggu orang cari siput lama sangat kan.

Picture ni muka kita sama- sama kilat kan. kat majlis kawen Liza.

Ni gambar kita kat port gossip. Kita pakai baju yang kita beli kat internet sama- sama. Tapi I dah tak muat baju ni sebab I dah makin kurus gemuk.

Ni pulak dalam lif MegaView hotel. Laki I pergi kursus. Kita gossip- gossip dalam bilik hotel sebelum jalan kat bandar.

Tapi part ni yang aku paling suka.
Kau makan banyak gila hari tu.
Makan kan hobi kita sama- sama kan.
Mula- mula kita makan kat Kenny Rogers, Megamall.

Lepas tu konon nak minum petang sikit je. Tapi, makan banyak jugak kat Laksa Shack, ECM.

Malam tu kita makan kat dataran Gambut pulak.
*Sedih je tempat makan ni dah tak ada kan. Diaorang pindah mana ek?*
Kau makan sizzling. 
Kau makan sampai habis pastu kata ayam tu macam nak basi.
Padahal kau dah makan abis kan.

Selain tu banyak lagi yang kau makan kat situ, sate, cucuk- cucuk steamboat tu.
Menggila kan kau makan hari tu.

Aku tau sebabnya.
Sebab kau gembira kan jumpa aku.
Sebab tu selera makan kau menjadi- jadi.

Kau pun selalu jadi penasihat aku.
Aku pun penasihat kau jugak kan dalam membeli- belah.
Masa ni kita try baju kat ECM.
Aku suka sangat baju ni.
Kau pun suka.
So, aku belilah.

Ohhhhhhhh.... banyaknya yang aku rindukan tentang kau perempuan.
Kau selalu merungut pasal rambut kau sikit lah, tipislah.
Tapi sebenarnya rambut kau lawa sangat.
Aku suka sangat rambut kau.
Rambut kembang- kembang original.
Aku dah tak nak rebonding rambut dah.
Sebab nak rambut macam kau tau.

Aku tau, saat  aku menulis ni pun kau rindukan aku kan.
Nanti kau ambiklah cuti lama sikit, balik sini ya.
Kita habiskan masa sama- sama.
Kita swimming, snorkeling, karaoke, main paper doll.
Nanti aku masak untuk kau.
Aku masakkan makanan kegemaran kau dan buat air favourite ko.




Yang Merinduimu,
Azra 
Y_Y