Klik Untuk maklumat Lanjut

Sunday, February 19, 2012

n a k . b u a t . b a j u

Aku nak buat baju baru.
Tapi tak nak kurung biasa or kurung Pahang.
Kebaya sila jangan mimpi dengan bentuk badan macam anak 8 ni.
No kaftan- kaftan sebab macam rimas kot aku rasa.
Ada nanti kalau pakai kaftan, masa rasa rimas tu aku angkat kain tu.
hik...hik...

Aku dah lama gila tak buat baju yang macam berdesign sikit.
Macam berfesyen- fesyen kan.
Last pakai baju yang agak cantik adalah baju kahwin.
Ya, baju nikah, dan potong kek aku design sendiri.
Then hantar kat tailor tolong realisasikan.
So, itu bermakna tahun 2008 kan.
Lepas tu terus pakai kurung je.
Sebab tak confident dengan diri sendiri yang sama size dengan tong drum.
Tapi semalam macam tetiba dapat semangat yang mana orang gemok pun boleh bergaya.
ahhahahhaah.....

Ni hasil contengan aku.


BURUKKAN?
Memang la, sebab aku bukan designer.
Aku suri rumah.
hahahhahahhahha.
Konon nak baju ala- ala gitu lah.
Ke dah tak in baju macam tu? 

Cousin laki aku nak kawen bulan 5 ni.
Tema adalah purple.
Tengok dalam almari memang tak ada baju purple.
*ok, tipu. Ada tapi dah pakai 4,5 kali*
Tetiba teringin nak buat baju guna lace.
Korang paham tak tulisan ala doktor aku tu?

Bahgian dalam tu aku nak buat maxi dress.
Senang kot macam tu.
So, guna satin lah kan.
Yang luar konon macam ada corak- corak tu korang sila anggap tu corak lace ya.
Anggap je french lace yang harga semeter 300 ke.
*Padahal aku nak beli yang murah- murah je*

Dress dalam tu aku nak guna purple.
Tapi tak pasti tone nya macamana.
Soft or dark aku tak decide lagi.
Yang lace tu pun.
Tak pasti nak guna warna apa.
Purple jugak ke? Tapi lainlah dari dressnya which is more soft or darker than the dress.
Or aku nak amik lace tu kaler putih?
Hitam boleh tak?

Eh, chop. Satu lagi nak tanya korang.
Yang konon macam reben tu perlu ke?
Ke tak payah?

Aku seriously tak pasti laki aku boleh terima tak aku nak buat baju camni.
Harus dia kutuk aku kan.

*lukisan aku tu konon bentuk badan ramping kan. Macam Rozita Che Wan versi boobs kecik ya*



4 comments:

|| a - j . E . E || said...

ok santek je.. approved!! sila proceed!

Nazratul Azra said...

iyelah tu kak, ko approved, ni pegawai bank aku ni entah terima ke tak ni. ada dia bagi aku 50 hengget je nak beli kain kat kedai

nqr said...

eh cantik la weiii... so tailor yg reti buat ada jmpa tak?

Nazratul Azra said...

ada tailor kat kampung i sana, dia memang tukang jahit kat butik pengantin. tapi kena balik kampung dulu, discuss dgn dia, then baru beli material semua. lama sangat dah tak melawa.. ahahhah