Sekarang ni, tekak main mengada nak order macam- macam ok.
Kalau ada isi tu kira berfaedah la jugak kan.
Ini, sebab mengada.
Mula- mula rasa malas nak layan.
Tapi sebab fikir, argghhhh... bukan susah pun kan nak buat.
Buat simple sudah.
Gigih aku konon nak pi kedai beli oren.
*eh, belum bagitau kan tadi nak buat kek oren*
Tapi akhirnya tersangkut kat umah makcik aku, makan nasi lemak sedap.
Gila sedap sambal dia.
Nanti nak belajar buat.
Puas makan, aku pun cerita kat dia sebenarnya nak pi kedai beli oren.
eh, dia kata dalam peti dia ada oren sebijik.
Rezeki jangan di tolak ya.
Orang bagi free ambik je lah kan.
Balik rumah, terus capai segala bahan then buat lah.
Masa dah masak tu, gila pelik aku tengok kek aku tinggi sebelah.
Ni aku dah pusingkan loyang, kalau tak bahagian yang ternaik tu kat depan.
Tak pernah sejarah aku buat kek jadi cam ni.
Huk..huk...
Cousin kata tadi,
"kak, akak letak baking powder separuh loyang je ke...hahahhah"
Gila jahat soalan dia kan.
Tapi bila dah keluar dari oven, ok je.
*sila abaikan yang bahagian kena curi tu, sebab keluar je dari oven terus korek pakai sudu dengan gelojohnya sebab nak rasa*
Aku tak pernah buat kek oren ni.
Just ingat- ingat je mak aku buat dulu.
Nak menggoogle resepi pukul 8 pagi? Memang tak lah kan.
Malas.
Sebab kalau waktu tu dah start on lappy, jawabnya semua kerja rumah akan terbengkalai.
Yang ni bahagian vontot kek masa aku keluarkan dari loyang.
Aku suka gila waktu ni sebab nampak cantik je.
Selama ni buat kek mesti bawah nak bertompok kecoklatan sikit sebab lambat kuar dari oven.
Lalai.
Buat kek sambil main game memang akan leka ok.
Lupa ada kek dalam oven.
Nampak agak cantiklah kan.
*for the 1st timer buat kek Oren*
tetiba part rasa tu, erkk... sedap.... tapi macam ada pahit- pahit sikit.
Fikir punya fikir, akhirnya aku dapat jawapan.
Masa belah oren tu.
Aku malas nak beria buang bahagian putih- putih tu.
Kan pagi masa tu, lepas makan nasi lemak pulak.
Harus mengantuk sikit kan.
*ok, good....salahkan nasi lemak*
Pengajarannya, lepas ni nak buat apa- apa kena bersungguh ok!
Jangan amik jalan mudah.
Makcik aku tanya tadi, kenapa kek aku rendah je. Tak tinggi macam aku buat banana cake selalu.
Aku jawab, aku pun tak pasti kenapa.
Padahal tepung sikit sebenarnya.
Malas nak pi kedai beli tepung masa tu.
Untuk loyang aku ni, selalu buat banana cake untuk jual tu aku guna 3 cawan tepung.
Ni tadi ngam- ngam dua cawan je.
Tu yang tak cukup tebal kot.
Kalau aku cakap kat dia yang aku malas nak pi kedai beli tepung, harus berdas- das bebelan dia kat aku.
***walaupun kek ni tak sedap mana, tapi dah habis ya. sambutan agak menggalakkan. Tapi, aku malas nak bagi resepi lagi sebab tak berapa sedap. Nanti kalau orang buat tak sedap mula kata aku bagi ajaran sesat kan***
2 comments:
baru nak request resepi.. hahah cepat buat skali lagik. kali ni kasi power sket.. hihi
Entah bilanya nak buat sekali lagi kan.. hahahahahh
Post a Comment