Klik Untuk maklumat Lanjut

Tuesday, February 28, 2012

Macam- macam Gelagat Pelancong

Semalam petang, waktu macam dah nak maghrib lah kan.
Aqeef (sepupu) datang rumah tanya charger bb.
Aku peliklah. Sebab Umi dengan papa dia pakai Nokia kot.
Dia kata ada pelancong nak pinjam.
Aku tak kisahlah.
Tapi sambil bebel- bebel nape dia pi melancong tak nak bawak charger semua kan.
Kalau aku, harus aku check satu- satu barang.
*iye lah sangat. Rasanya laki aku yang selalu buat double check ni*

Sekali Aqeef cakap, pelancong ni datang sehelai sepinggang je.
Just bawak diri, beg duit, phine dengan baju yang dia tengah pakai je.

Bila dengar macam tu, aku ingat beg dia hilang ke, kena rompak ke kan.

Rupanya salah jugak tanggapan aku.

Macam ni ceritanya.

Pelancong tu ada kerja kat Mersing.
Then tengah jalan kat bandar, jumpa kawan lama dari Sepanyol.
Eh, aku belum kata kan yang pelancong pinjam charger bb ni orang Melayu (lelaki).
Dia orang Melayu, kawan dia tu memang orang Spain.

Then, sembang- sembang, kawan Spain dia kata nak pergi Tioman.
Terus belikan dia tiket Ferry.
Si Spain ni laki bini.
Yang Melayu ni sorang.
Dia pun sebab lama sangat tak jumpa kawan, terus ikut je.
So, stay bilik depan rumah aku.
Satu malam je pun.
Just nak borak- borak dengan member lama tak jumpa.

Sebab tu dia tak ada bawak charger or barang- barang lain.
Ni pagi tadi pukul 7 dah Assalamualaikum....Assalamualaikum kat rumah aku nak pulang charger.

Korang rasa cerita ni kelakar tak?
Boleh pulak kan pi vacation secara tetiba dengan tak buat persediaan apa- apa termasuk tak bagitau sesiapa yang rapat dengan kita.
Maghrib tu dia sibuk sangat nak cari charger sebab nak call wife, gf or family dia . Nak bagitau yang dia ada kat Tioman ni.

Manusia oh manusia.
Post a Comment