Memang confirmlah aku rindukan family aku.
Mak, ayah, akak, anak- anak sedara, adik- adik, nenek.
Tapi yang kat bawah ni semua aku dah tak dapat nak ulang.
Ni semua kenangan.
*ada ke yang perasan sejak akhir- akhir ni aku selalu post pasal rindu- rindu kat orang. Motif? aku pun tak tau kenapa. Sejak makin tua ni, sensitip la sikit. Feeling kesedihan je.*
Aku ada beribu picture dalam external hard disk tu.
Tapi serious, kalau setiap kali aku tengok balik semua gambar tu, nangis.
banyaknya airmata aku.
cis.....
Nah, kalau ada banyak masa, layanlah semua gambar ni.
Aku rindu nak berulang naik bas selama 10 jam. Johor- Kedah, Kedah- Johor.
Aku ada beribu picture dalam external hard disk tu.
Tapi serious, kalau setiap kali aku tengok balik semua gambar tu, nangis.
banyaknya airmata aku.
cis.....
Nah, kalau ada banyak masa, layanlah semua gambar ni.
Aku rindu geng kerja kat Tour51. Semuanya, geng opis, geng driver, geng tour guide. Siap dengan bos kat sini pun aku rindu. Ni lah opis paling sempoi dan best sebab aku boleh nangis, ketawa, makan semua dengan diaorang. Nak mencarut pun boleh kat opis ni. Tak ada siapa marah sebab semua pun kaki carut kan!.
Left to right; Deqnoor, Kak Syima, aku dan Wei Wei.
Kak Syima je yang masih setia kat Tour 51 ni sekarang.
Aku rindu nak highlight rambut. Dulu salon kegemaran aku kat Alor Setar tu namanya Young Women. Aku selalu dapat diskaun sebab bawak ramai kawan buat rambut kat situ. Tu nampak kaler ape tu kat rambut?
Aku rindu rambut highlight kaler pink ni jugak. Buat sendiri ye!!!! hahahaha
Aku rindu Tasik Guthrie. Selalu lepak petang- petang. Kalau rajin aku main canoe kat sini. Kalau malas, aku tengok je gelagat orang kat sini.
Aku rindu Langkawi!!!!!
Aku rindu Penang!!!
Aku rindu nak pakai camni waktu buat presentation ok! Suka over tau. Orang lain pakai baju kurung je kot.
Aku rindu Langkawi!!! eh, tadi kan dah rindu? ya, nampak sangat aku rindu sangat kat Langkawi kan. Banyak sangat kenangan. Kenangan dengan Lis masa buat assignment. Buat ke? Kenangan clubbing kat Ground Zero, Awana Porto Malai dengan group kelas marketing *kantoi*. Kenangan berkayak selama 5,6 jam kat Sg. Kilim. Kenangan kena gigit pepijat *padan muka sebab nak tidur bilik murah* kenangan honeymoon. Macam- macam lagi kot kenangan kat Langkawi.
Aku rindu main bowling dengan kawan- kawan. Siap ada yang sanggup ponteng kelas ok masa ni!!!
Aku rindu tengok nama aku kat monitor ni. Ya, aku tau setiap kali main bowling, tak kira dengan siapapun mesti nama aku tercorot. Aku memang tak pandai main boling la.
Aku rindu buat assignment dengan korang. Buat ke tak sebenarnya?
Aku rindu gurau senda dengan botak!!! Dia abang yang baik untuk kami semua.
Aku rindu nak tengok pelangi kat jalan ke Perlis. Tapi tak ingat area mana. Tapi selalu la nampak pelangi kat sini. Sanggup kan berenti tepi jalan nak amik gambar.
Aku rindu nak dengar announcement "kelas cancel' then kitaorang akan fikir nak lepak mana ni, kelas cancel.
*pic ni, aku dengan Botak tengah feeling konon- konon uni kitaorang kat Cameron Highlands. Ada kabus- kabus waktu pagi*
Aku rindu buat presentation.
Aku rindu jugak kat geng opis Nantha Travel. Masa ni bos belanja pi Cameron. Siap bagi duit poket ya!
Aku rindu jalan- jalan hujung minggu dengan housemate. Ni kurang dua orang dalam picture. Lis dan Sue tak ada. Tempat nak lepak, depends pada apa yang nak dicari. Kadang lepak Sungai Wang, kadang pi Berjaya Times Square. Kadang sanggup Midvalley tu. Tapi KLCC memang tak lah sebab hari- hari dah pi KLCC. Kata opis Wisma Sentral kan. Sebelah KLCC tu. Opis lagi satu kat Angkasa Raya, pun sebelah KLCC. Masa aku kat Nantha Travel je jauh sikit opisnya, kat Cheras nun.
Aku rindu nak buat poco- poco. Tapi sampai sudah memang aku tak hafal pun stepnya.
Aku rindu kelas Event. Tiap kali kelas Event memang macam takut- takut kot semua student. Takut dengan lecturer katanya. hahahhahhahha.
Aku rindu kawan- kawan sekolah menengah juga!!! Dulu tiap- tiap tahun wajib raya sama- sama. Tapi sejak aku tercampak bermastautin jauh ni, tak dapat jumpa diaorang.
Aku rindu Planet Hollywood ya. Dulu selalu lepak sini. Request lagu adalah wajib. Lagu apa? lagu Here Without You by 3 Doors Down.
Aku rindu zaman rajin camping. Ni masak breakfast ni.
Aku rindu Adem jugak. Dia yang selalu masak sebenarnya. Aku tolong- tolong je. hahahahhah..... Ada sekali nak buat breakfast nasi goreng, tapi nasi terlembik sampai nak jadi bubur.
Ya, nasi sudah menjadi bubur.
Akhirnya pagi tu semua orang kena breakfast bubur nasi ya. Tapi sedap je. Sambutan hangat je dari semua orang.
Aku rindu white water rafting. Apa? Korang ingat aku lembik ke? Aku berjiwa kental ya. Aku yang pakai helmet merah tu.
Aku rindu Kak Nadia jugak. Mana dia sekarang? Kawen tak dia dengan Nasir tu?
Aku rindu karaoke jamban kat C-mart. Lain kali aku cerita pulak pasal kitaorang (aku dengan Lis) nak kena culik lepas karaoke. Ini betul- betul bukan cubaan ok!
Aku rindu nak berulang naik bas selama 10 jam. Johor- Kedah, Kedah- Johor.
Aku rindu suasana macam ni jugak!!! Ni kat Hutan Sintok. Aku tumbuk cili untuk masak ok saat orang lain masih tido.
Aku rindu jungle trekking. Eh, korang perasan tak tiap kali gambar aku buat aktiviti outdoor aku pakai sandal tu? Nape tak pakai kasut? Sebabnya, aku takut pacat. Kalau pakai kasut, aku tak nampak pacat tu. Mana tau nanti kot- kot buka kasut je, pacat da gemok hisap darah aku. So, aku suka pakai sandal sebab kalau ada pacat naik, aku boleh terus buang.
*ok tipu. Bukan aku buang. Aku suruh orang lain yang buangkan*
Aku rindu Salted Lemonade kat Old Country. C-mart. Betulkan Lis, nama kedai tu Old Country?
Eh, dah lah.
Penat nak nangis ni.
Korang percaya ke aku taip ni sambil nangis?
Ya, aku nangis ok.
Kan aku kata sekarang aku ni cepat sensitif.
T_T
5 comments:
Wehhhh meleding ko dulu... Mana eton yg meleding nih?? Hahaha
ade lagik 1 ko tertinggal. bilik supiah kat blog G, kOlej Petro ko x rindu ke.. hehe
kak ajee; camne nak dptkan badan meleding camtu semula ek? melendut dah yg sekarang ni.. ahhaha
jannah; aku x da gambar kat bilik tu!!! huhuhu.. byk kenangan kat situ.
Wang rinduu jgk.tmpat2 kt uum, seriuos xtipuu.rindu :(
Ana!!!! I cari fb u tapi x jumpa sbb tak tau nama penuh u.
Post a Comment