Saya tetiba rasa nak makan Pizza hari ni.
*kalau rasa dah menyampah tengok entry pasal makan, sila muntah dan blah sekarang*
Tadi petang after Asar tanya Aideen dia nak teman saya makan pizza tak?
Ajak dia sebab laki aku ada part time malam ni.
Aku suruh dia ajak abang dia sekali si Aqeef.
Dia on je aku ajak makan.
Cer kalau dia tolak, aku tak pergi lah makan coz kedai ni agak jauh.
Takut nak pi bawak motor sorang- sorang.
Mula- mula ingat Aqeef nak ikut.
Rupanya tak jadi sebab Umi dia dah masakkan mee.
Fine.
Aku dengan Aideen pun ok je.
Venue makan pizza adalah tempat biasa, Sunset Bar.
*Macam salah je nama ni. Sunset Bar ke Sunset cafe?*
Ok, it's Sunset Corner lah!
Pakai baju laki ya. Itu adalah tanda kami hampir sesaiz.
Sunset Corner ni location dia kat pantai.
Malam- malam memang ramai lah pelancong lepak- lepak sini.
Tapi aku malu nak amik gambar pelancong.
Nanti diaorang ingat aku reporter ke paparazzi ke kan.
Aideen marah ok aku amik gambar dia.
Dia kata baju tak cantik.
Kalau ko pakai baju cantik pon, tak ada peminat ko ye yang baca blog aku ni.
Walaupun aku kategori berisi, dagu terbelah still ada ok.
Maknanya, tak adalah muka aku ni penuh lemak sangat kan.
Sebab lekuk yang patut masih ada ditempatnya.
*Dagu lekuk macam Yusry kan*
Kalau aku lelaki pasti dah jadi kegilaan ramai wanita ayu macam Lisa.
hahahahhahha...
Sibuk dengan phone 24-7.
Laki aku siap sound yang aku sekarang ni biar tak ada laki, jangan tak ada bb.
Berbisa kot ayat tuh.. hik..hik..
Ni minuman kitaorang.
Fresh Mango Juice untuk aku.
Banana Milkshake for Aideen.
Patutnya aku nak letak picture ni last tau.
Sebab ni last order tadi.
Banana Boat Ice Cream.
Konsep sini macam layan diri lah.
Mula- mula kita pi kat kaunter untuk order.
Then pi pilih tempat duduk.
Nanti bila order dah siap, diaorang akan jerit panggil nama kita.
Baru kita pi amik kat kaunter.
Bayar lepas makan lah.
Pizza ni aku yang order.
Malas nak cerita.
Yang penting pilihan aku harus ada pepperoni, pineapple, tuna.. vege... arrgghhh.. campurlah segala bahan yang ada kat situ.
Aideen tengah gigih buang sayur dan nenas dari pizza dia.
Aku kutip lah semua tu.
Masa order tadi aku lupa plak nak cakap kat budak pizza tu letak sayur separuh je.
Masa ni Aideen dah siap makan, apalagi... gedik suruh dia snap picture aku.
Habis licin.
Nak tido.
Bye!!!
*sorry, sebenarnya tak ada idea nak tulis apa. Lagipun kebelakangan ni tak ada aktiviti menarik sangat. Insyaallah entry lebih berilmiah akan menyusul nanti ya*
2 comments:
hahahahahahahahahahaha
gelak guling2 aku baca entry nih.. ok lepas ni seminggu ko takleh makan nasi. makan sup sayur je. kbai!
sampai hati nak suruh makan sup sayur je. baru ni kan cuba berdiet, hampeh.. tiap- tiap petang kena migrain. Sebab tak biasa lapar.. sob...sob... Nak masak nasi goreng tengahri ni. ahahhahah
Post a Comment