Setelah beberapa hari aku teringin, *ok baca betul ya teringin bukan mengidam ok* nak makan singgang ikan bersama nenas macam yang aku selalu makan masa kecik dulu, akhirnya semalam aku dapat jugak ikan.
Yang kelakarnya, masa kawan bagi ikan tu, kami sama- sama ingat ikan tu ikan selar.
Sebab adik dia yang kata ikan selar.
Aku pun, semalam sampai rumah terus letak dalam peti.
Tak buka pun bungkusan plastik tu.
Ambik kau, tetiba pagi tadi buka plastik, nak prepare ikan tu tengok ikan selayang rupanya.
hahahhahahh
Sape suruh main percaya je cakap budak darjah tiga kan.
Tapi ikan selayang pun ok je.
Singgang ni adalah yang bewarna jernih je ya. Bukan warna kuning tu.
Masa kecik, inilah lauk kegilaan.
Tak dapat ikan tu pun tak apa, yang penting dapat makan nenas.
Nah resepi:
Sikit je step nak masak singgang ni. Cepat, mudah, ringkas dan sihat.
1. Masukkan air dalam periuk. Lepas tu masukkan semua bahan ni. Bawang besar (aku suka potong besar- besar. Tak suka hiris halus). Bawang putih (ketuk je). Halia (aku hiris tebal- tebal). Lengkuas (aku masukkan seketul terus). Cili (tak payah potong. kalau nak rasa pedas korang potong lah). Asam keping ikut tahap kemasaman yang korang nakkan. Serai adalah ikut suka nak letak ke tak.
2. Bila nampak air dalam periuk tu dah berasap sikit, macam hampir mendidih lah kan, aku masukkan ikan dan nenas. Jangan lupa bahan perasa iaitu garam. Gula aku tak isi sebab nenas kan dah manis.
Nenas aku setengah biji ok. Memang favourite. Tapi nenas yang bukan dalam masakan macam dalam rojak buah ke, or nenas yang orang jual sepotong- sepotong kat kedai tu aku tak makan.
Ikan yang telah salah diberi nama oleh Akim.
Aku masak dalam kuali. Nampak tak, nenas 3 kali ganda lagi banyak dari ikan. Ikan tu kecik- kecik. Ada 6 ekor sebenarnya dalam tu.
3. Bila dah mendidih dan ikan tu nampak dah masak, matikanlah api. Siap!
Senang kan!!!Sila masak macam ni kalau tengah tak ada idea or tengah malas. Btw, masa masak tadi aku siap tambah asam keping lagi 2 sebab nak masam betul. Sedap*sila jangan lempang aku sebab puji masakan sendiri*
Ni picture first round aku makan.
Konon 2 ekor je kan.
Oh, lupa nak bagitau. Aku makan lauk ni je dengan nasi.
Tak nak ada lauk lain.
Sebab nanti rasa singgang tu terjejas.
hik...hik....
Selamat mencuba!!!
(",)
4 comments:
lapar u!!!! kecur air liur ni
ptg ni jugak cari nenas. sila buat utk makan malam. hehehhe.
*I masak sempena teringin sgt nak makan, then sibuk tgk grammy awards.. masak ni je lah yg paling senang. campak- campak, tinggal dlm periuk
kat labuan ni orang panggil ikan selayang tu ikan termenung.. sebab mata nya besau.. hahaha
kak ajee, bukan ke ikan mata besar or mata uji rashid tu ikan lolong... ikan lolong baru kami panggil ikan termenung
Post a Comment