Sorry for being busy lately.
So many things to be done before end of the month.
Macam petang tadi, aku ada buat sikit shoot picture chalet jiran.
Urrffgghhhhh...
Cuaca panas gila pulak petang tadi kan.
Tapi sebab dah janji kena tunaikan okeh!
Jiran aku mintak tolong amik gambar sikit, then aku akan edit mana yang patut.
lepas tu dia mintak tolong buat web.
No.
Aku kata tak pandai nak buat web.
Sila upah orang yang pandai.
Ohhh.. tapi sebenarnya dia maksudkan blog.
Sebab dia kata yang macam aku punya.
So, aku kata kalau blog bolehlah.
Dia tanya lagi nak bayar berapa.
Aku kata seikhlas hati pakcik lah.
Nanti pakcik tengok hasil kerja saya, then pakcik decide sendiri nak upah saya berapa ya.
Aku tak berani nak letak harga sebab aku bukan profesional photographer ya.
Aku jugak bukan web designer atau orang yang pro dalam bab- bab ni.
So, aku just tolong je.
Lagipun aku bukan ada kerja sangat kan.
Apa salahnya buat amal jariah.
huk..huk..
Bila dah habis ambik gambar tadi, aku duduk dekat pengkalan baru kami.
Oh, ok.. yang entry wordless wednesday tadi adalah picture orang tengah buat kerja membina pengkalan.
Pengkalan tu tempat parking bot bapak mertua dengan laki aku.
Diaorang share buat tempat tu.
Sebelum ni menumpang kat tempat orang.
This year baru ada modal nak buat.
Mahal ok upah.
Beribu- ribu lemon ya.
Aku kata kat laki aku yang harga tu sungguh tak masuk akal.
Sebabnya, benda nampak simple.
Korek- korek pasir, angkat batu, pindahkan.
Tapi ye lah kan.
Kena faham kos 'binatang korek pasir dan batu' tu nak masuk pulau ni berapa.
Itupun nasib baik orang yang buat tu tak mintak upah ikut jam.
Sebab time nak buat kerja adalah tunggu air laut surut.
Tapi ni baru separuh jalan.
Belum siap.
Petang tadi tetiba mak mertua aku suruh amik gambar kat situ.
Daripada duduk- duduk tak ada kerja, ikutkan je kehendak.
hahahahahah....
Picture ni semua no edit ya.
Layan.
*maafkan susunan gambar yang porak peranda*
Ni lah in law aku. kata Abah 'ni posing filem Hindustan' sebab kat pokok- pokok.
Dia memang peminat Hindustan tegar ya.
Kalau satu cerita yang dia minat, Astro tayang 3 kali sehari pun dia tengok jugak.
Ma kat sebelah tapak pembinaan.
Chewah Puan Zainoon ni. Suka sangat amik gambar sekarang.
Engineer Pengkalan A.A Port.
Ni Makcik Yah. Happy go lucky.
Posing lagi.
Tapak pembinaan.
3 sekawan feat. Abok (Iskandar)
Sunset.
Ma posing celah daun kelapa pulak.
Sunset lagi. Kawasan ni akan jadi lagi cantik bila dah siap and ada boat berlabuh.
Ma, abah n Syahmi nak pi kerja. Ya, pi kerja naik speed boat kecik ni. Kalau aku nak pi jaga kedai souvenir laki pon aku kena naik sekali bot ni ya tuan- tuan dan puan- puan.
Tu yang kat belakang nama dia Wak Rahman. Pekerja setia Panuba Inn Resort dari zaman dulu hingga kini.
Nampak kan kepayahan kami duduk kat pulau ni.
Sampai senget bot sebab nak posing.
Abah n Ma memang tiap- tiap hari berulang pi resort.
Pagi, balik petang dalam pukul 4.30.
Then, pukul 7 malam pergi semula, balik pukul 10 malam.
Korang boleh survive tak hidup macam ni?
hehehheheh...
*jangan tertipu dengan pendayung yang Syahmi pegang tu ya. Bot ni pakai enjin*
2 comments:
rasa cam aman damai jer dok situ sis...
lagi2 best leh tengok sunset yg begitu indah tiap2 hari :)
Itulah kan.. Alhamdulillah la saya diberi peluang tinggal kat sini. kalau hari cerah, memang tiap- tiap petang duk tunggu sunset.
Post a Comment