Klik Untuk maklumat Lanjut

Saturday, February 4, 2012

k e m b a l i . s e p e r t i . b i a s a

Start hari ni.
Hidup dah kembali kepada suasana biasa.
Tak sukalah.
Aritu laki kata dia kan start keje part time resort semula on March.
Tetiba hari ni dah start.
Sob...sob... Y_Y sedih uollsss.

Dah lah aku ni hidup diperantauan kan.
Ayat ko, perantauan lah sangat ye Azra!

Bila dah waktu macam ni, memang sikit sangatlah waktu bersama suami.
Siang kerja, malam pun kerja.
Susah payah dia nak cari duit.

So, sebab mood belum stabil.
Malam ni malas nak pi jalan- jalan cari makan.
Aku buka peti, nampak ada ayam je.
Pastu sayur pun cuma ada sawi dengan tomato.
Nak masak bihun goreng, baru je 2,3 ari lepas makan.
Then, nampak ada perencah tomyam.
Masak tomyam lah malam ni.


Tu dia Bihun Tomyam den yang tak semenggah.
Pakai perencah jenama Adabi tadi.
Tak ada bahan sangat pun naka masak.
Just amik peha ayam seketul. Cincang. Sayur pun tomato dengan sawi je kan.
Sila abaikan cili tu. 
Props je. Aku tak amkan pun pedas- pedas sangat ni.
Tapi as usual, sedap je pun.
*motif nak puji diri sendiri?*

Lepas kenyang makan, baru online.
Hari ni alhamdulillah line internet elok je.
Laju je macam biasa.
Dapatlah buat beberapa task kat The Sims dengan Mall World.
Hidden Chronicles aku tak berapa minat, tapi layan je lah.
The Sims orang lain dah sampai 300k, 500k.
Aku, 100k pun tak dapat lagi sebab gila malas nak buat task.
Yang aku rajin, tukar wallpaper, lantai, beli makanan.

Masuk hari ni, dah 3 hari aku buat massive clearance kat kedai.
Alhamdulillah dah separuh habis barang- barang kat kedai tu.
Siap dah ada orang booking nak beli meja dan rak- rak aku tu.
Layan.
Aku jual separuh harga perabot- perabot tu.
Then ada yang beli baju tadi macam tak percaya je aku jual RM5.
Kata penghabisan stock.
Motif nak jual mahal- mahal buat apa kan.

Then, ada beberapa barang yang aku dah ketepikan.
Ada yang nak bagi kat kawan.
Then, ada yang aku nak buat giveaway kot.
Tapi kalau giveaway tak kan nak bagi banyak- banyak.
Bagi seikhlas hati lah kan.

Tengoklah, tak esok, lusa lah aku buat contest ke apa.

Kalau tak ada aral melintang, 10hb nanti aku start kerja semula kat souvenir shop laki aku.
Harus hitam terbakar semula kulit aku sebab kedai kat tepian pantai gitu.
Then, nak pergi dan balik kena naik speed boat.
Tan lah kulit  aku balik kampung nanti.
Eh, jap ek.. aku cari gambar kedai tu.
Rasa ada.
Tak besar mana pun kedai. 
Tapi selain jual souvenir, kitaorang ada buat sewa alatan snorkeling and boat trip.

Ok, ada sikit- sikit picture ni.
Ambik dalam fb album aku.

Ni kat depan kedai. Aku gemok dan hitam ye masa ni. Bila aku kata akan hangus kulit, aku memang tak bohong. Sebab memang tepi pantai betul kedai ni.

Ni anak angkat aku. Leah Lily. Mak dia selalu diving kat sini. So time mak dia dive, aku akan babysit dia. Lumayan oooooo mak dia bagi aku gaji. Sehari setengah je aku jaga. Dapat RM150. hahahhaha. Aku tak mintak pun. Serius ikhlas aku jaga. Tapi budak ni memang senang jaga sebab dia cuma makan roti sekeping as breakfast. Tengahari makan coklat or jajan. Lepas tu bagi air kotak. Then, pagi sampai petang dia tak ada sibuk nak kencing or berak. Cuma dia ni banyak cakap sangat. 

Comel kan my little Leah Lily. Mak dia mix American+ Thailand. Bapak dia pure American la. Tapi sayang, last year diaorang dah divorce. Mak dia pun dah ada bf baru. Dah bawak datang sini last year.

Location kedai aku dekat Panuba Inn Resort. Ni terlompat kegembiraan kononnya. Picture tahun 2009 kot.

Ni dalam kedai. Kedai ni biasa- biasa je. Tak adalah hot sangat. Tuannya je bajet hot. hahahahhahha...

Ni kawan aku, Lis. sempat jugak dia melancong kat sini. nanti datang lagi ye Lis. Sekarang Lis tengah pregnant. Due bulan March.

Eh, nak cerita pasal tomyam je tadi.
Panjang pulak jadinya.
Jumpa lagi.
Bye!!!!!!!!!!!
XOXO




2 comments:

nqr said...

ehem ehem qyum tanya budak tu sapa. hahahhhaa!

Nazratul Azra said...

hahahha.. playboy sorang ni. pantang nmpak awek cun kan.
Tu anak angkat i. Nama Leah Lily.
Dia duk KL.
Sekarang umur 7 tahun.
Cakap kat Qaiyyum, budak ni pandai dah cakap melayu sikit- sikit. Senang sikit nak sembang.