Klik Untuk maklumat Lanjut

Thursday, February 23, 2012

SILA LEMPANG SAYA!!!!

Kau diet sangat kan Azra?
Konon masak tanpa minyak lah siang tadi. 
Makan sayur banyak- banyak.
Siap blender carrot juice bagai kan.
Tetiba malam ni kau makan apa?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ya, den makan sate malam ni.
Kata cousin aku ni, tak apa.
Sebab sate kan masak pakai panggang kan.
Tak ada banyak minyak macam goreng.
Pepandai je ko kan Aideen.
Yang aku melantak nasi impit berketul- ketul tu cemana pulak?
Ko nak kata tak apa jugak? Sebab pakai rebus?

sob...sob...
Sila salahkan asap sate yang berbau harum tu ya.
Niat aku turun rumah lepas maghrib tadi just nak amik picture laut je.
Tetiba bau sate kan.
Ni sampai sekarang melekat lagi bau asap sate kat baju Hard Rock aku ni.
Tu dalam pinggan first makan.
6 cucuk kononnya.
Padahal beli sedozen ya.
Nasi impitnya 4 ketul (yang peket kecik- kecik tu)
Dah habis semuanya.
Aku makan sorang.
Aideen just ambik secucuk je.



Picture ni konon Aideen candid aku makan lah.
Lepas tu gambar kabur je kan sebab dia mana reti nak set dslr ni.
Dia senyap- senyap je nak amik gambar aku.
Padan muka tak reti guna.

Yang ni aku dah nampak dia.

Tak senonoh kan aku ni, makan sambil tengok tv.
Tu yang melalaikan tu.
Niat nak makan 6 cucuk tu je.
Bila dah sambil tengok tv.
Sampai habis rupanya sate tu aku makan.
Dengan nasi, timun dan bawang pun licin semuanya.

Eh, ni picture lepas maghrib tadi kat depan rumah.



Hari ni cerah.
7.40 malam pun masih cerah lagi langit tu.
Tapi petang tadi tak sempat tunggu sunset.
Melayan sakit kepala.
Biasalah aku ni.
Time panas- panas, harus sakit kepala je kan.

2 comments:

PREMIUM BEAUTIFUL said...

Cntik pic wk2 Sen a 2... rindu nk ke sana la I :-)

Nazratul Azra said...

ada masa datang la lagi ya kak