Klik Untuk maklumat Lanjut

Thursday, December 4, 2014

Melawat Sahabat Di HUSM, Kubang Kerian

Last Monday aku dan 3 orang officemate + 1 driver dihantar ke Kota Bharu baru sebagai wakil pejabat melawat seorang rakan sekerja yang baru selesai menjalani operation di HUSM, Kubang Kerian bagi membuang ketumbuhan di bawah kepala lutut. Lama dah beliau menghidap ketumbuhan tu, dari awal tahun rasanya. Alhamdulillah ketumbuhan berjaya dibuang dan tulang kaki beliau terpaksa diganti dengan besi. Selepas ni beliau akan kena operate lagi untuk tampalan kulit pula. Aku ni memang minah hati mudah gegar, airmata gugur. Sedih tengok kawan jadi macam ni.

Dengarnya ia sejenis kanser juga, kanser tulang. Even operation dah berjaya, still kena chemotheraphy lagi kerana sel juga telah berada kat paru- paru beliau.Aku memang seriau dengar pasal kanser tulang sebab seorang rakan sama umur dengan aku dah pergi meninggalkan aku akibat kanser tulang. Nor Fadzlin Abdul Halim. Terlalu cepat kau pergi. Rasanya start habis SPM baru kitaorang betul- betul rapat. Miss you.





Aku doakan semoga officemate aku, Akhirruddin Bin Ali ni cepat- cepat sembuh. Nasib baik isteri berada disisi menemani. Tabah sungguh Kak Mas menjaga suami. Harapnya jika ALLAH turunkan ujian sebegini.. aku pon mampu tabah seperti Kak Mas. 

No comments: