Klik Untuk maklumat Lanjut

Wednesday, September 8, 2010

RAYA DAH DEKAT OI!!!

i've prepare nothing except my baju raya for this coming raya.
ayat macam agak sedih kan. tapi memang betul, selain baju raya, x ada perkara lain yang saya sediakan untuk hari raya ni. this is my first year beraya dengan family in law. tapi diaorang tak beraya sakan macam yang selalu saya lalui di Johor. disebabkan pulau tioman ni kawasan pelancongan, hari raya pertama pun orang still kerja.

my FIL n my MIL kerja pada hari raya pertama dan seterusnya. saya nak bersalam n bertangisan dengan siapa nanti?
suamiku yang tercinta juga kerja pada hari raya pertama hingga keenam.

jadi, pada hari raya nanti hanya saya dan adik ipar (boboy) yang akan ada kat rumah. nampak gayanya kami berdua akan duduk depan TV sambil menghabiskan kuih raya dan kerepek-kerepek yang ada sambil menonton rancangan yang ada kaitan dengan raya.

hari ni dan hari-hari sebelum saya masih di kedai seperti biasa. esok baru saya akan tutup kedai, sebab nak kemas rumah. tapi tak de lah beria nak kemas sampai tukar langsir bagai. mungkin cuma mop lantai, cuci tingkap, bersihkan laman rumah. hari raya nanti kebiasaannya tak ada orang beraya di rumah kami. sebab kalau ikut cerita dari diaorang ni, keluarga kami, makcik yah n pak su akan beraya bersama di rumah tok. so, saya cuma perlu bawa kuih-kuih raya n duit raya ke rumah tok. hari raya pertama, tak ada orang beraya di kawasan kampung kami. semua akan ke kampung tekek untuk beraya. masuk raya kedua pula baru orang datang beraya ke tempat kami. kalau ikut rancangan tahun ni kami akan menyajikan mee rebus jawa kepada tetamu.

tapi, memang lain macam lah raya kat sini. sepanjang bulan Ramadhan ni, tak nampak satu rumah pun pasang lampu pelita. yang buatkan saya rasa raya dah dekat cuma bunyi-bunyi mercun je. saya pun tak ada terbau orang bakar kuih raya. so, untuk membuatkan saya rasa dekat dengan raya, malam tadi saya pun buat kuih raya...heheh...buat cornflakes madu je. kuih raya yang paling senang. itupun mak mertua kata, tak payah lah buat banyak-banyak sebab takut tak terhabis.

after berbuka semalam, saya pun memulakan operasi buat cornflakes madu. mula-mula buat sorang je. lepas boboy balik dari surau dia pun mula tolong isi cornflakes ke dalam cup (dan ke dalam mulutnya juga).

ni rupa cornflakes yang dah di gaul dalam kuali dengan bahan-bahan lain.



ni pula, saya bersama cornflakes madu dan baju kelawar



lepas siap susun atas tudung periuk (rumah saya x da banyak loyang, so guna jelah tudung periuk ni) masukkan ke dalam oven sekejap untuk dibakar.

gambar after siap tak sempat pulak nak snap coz ramai pula orang datang rumah bersembang( tukang rasa masakan saya, aideen dan aqeef yang datang)  hehehhee...sebenarnya, cornflakes madu ni di buat pun sebab boboy yang mengidam nak sangat makan. sebagai kakak ipar yang baik dan bertanggungjawab*chewah* saya pun menunaikan hasratnya.

ok. cukuplah cerita pasal kuih ni. just an additional for my preparation for hari raya ni, i 've got a new parfume from my father in law. disebabkan rezeki dia yang murah bulan lepas so dia belanja semua anak-anak termasuk saya. mula-mula dia nak belikan saya baju. tapi sebab takut saya tak berkenan dan tak nak pakai he ask me for other things. disebabkan minyak wangi saya (estee lauder sensuous) dah hampir kekeringan saya pun minta lah dia belikan a new parfume for me...chewah..bagai orang ngantuk di sorongkan bantal kan. minyak wangi nak abis..ada pulak orang baik hati nak belanja. so, budget untuk minyak wangi tu boleh lah saya top up untuk beli a new wallet.


inilah minyak wangi baru saya, CKin2U

uiks..mesti ada yang peik kenapa saya tukar minyak wangi. sebenarnya saya sangat suka bau estee lauder sensuous saya yang dah habis tu. * ni picture masa saya baru beli.



baunya memang best!!! tapi my cousin pun dah beli macam ni, my MIL pun dah beli lotion sensuous ni. so, takkanlah kami satu family nak pakai parfume yang sama kan? sebagai langkah terbaik untuk mengelakkan kecelaruan emosi, saya pun bertukar ke bau yang lain. tetiba rasa menyesal pulak. patutnya bila ada orang nak belanja saya mintak lah yang agak mahal kan macam miss dior cherrie ke, gucci flora ke ataupun annick goutal (ish, mana ada kat kuantan jenama annick goutal ni). btw, tak kisah lah yang penting a thousand thanks for you abah for belanja me.

ooppss. one more thing yang saya top up untuk raya ni adalah
.
.
.
.
.
.
..
.
.

..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehe
.
.
.


my SK II cleanser.

(",)

"SALAM LEBARAN, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA NAZRATUL AZRA"

anda pula bagaimana? apa persiapan raya yang dah dibuat?


 


No comments: