Klik Untuk maklumat Lanjut

Saturday, April 28, 2012

Rezeki Orang yang Bersabar

Entry ni tak ada kena mengena dengan interview yang aku beru pergi ok.
Ni rezeki lain.
Yang ada add fb aku mesti perasan kot malam tadi aku ada post picture barang make-up.


Ada SK-II, Shiseido, Kose, Lunasol, RMK dan beberapa brand dari Jepun lagi yang aku pun tak pernah ambil tau.
Barang- barang termasuk, moisturizer, loose powder, spot corrector, eyeshadow, blusher, mascara, lipstick, lip gloss etc.

Jangan salah anggap.
Bukan aku dapat durian runtuh ke apa nak beli barang mekap mahal- mahal ni banyak- banyak.
Gila!
Kena maki free- free je dengan laki.
hahahhahhaha.


Begini ceritanya.
*macam pertandingan bercerita kanak- kanak je kan*

Ada guest ni.
dari Jepun.
Memang dah masuk tahun ni 5,6 tahun berturut- turut datang stay kat chalet depan rumah aku ni.
Dia keja kat Magazine kat Jepun sana.
Editor bahagian kecantikan.
So, last year kitaorang (aku dengan makcu) ada sembang- sembang dengan dia pasal produk penjagaan dan kecantikan kulit.

Ambik kau, sekali dia hantar email last month booking bilik dengan ayat ni sekali
'I will bring make-up range from Japan brand including SK-II for you'

Tak ke ketar aku dengan makcu.
Matilah nak kena bayar kat dia.
Siap berdoa, janganlah dia bawa normal size.
Bawaklah barang sample je.

Sekali, semalam dia datang then keluarkan satu beg barang.
Ingat nak pilih- pilih.
Sekali dia suruh ambil semua.
Kami cakaplah, mana mampu nak amik semua.
Mahal ni.
Dia tanya kenapa pulak.
Bukan dia nak suruh bayar pon.
Eh?
Ye ke?

Memang.
Semua tu dia bagi kami free je :)
hahahhahahha.
So, Dua perempuan gila ni, malam- malam buta main barang mekap.

Makcu pulak, pagi tadi berseri- seri aku tengok muka dia.
Siap berblusher okeh nak pi kemas bilik chalet.


Alhamdulillah.
Ini lah yang orang kata rezeki.
Bila kita buat baik dengan orang.
Even orang yang tak dikenali sekalipun.
Setahun sekali je jumpa.
Insyaallah, ada kebaikan jugak untuk kita nanti.

BTW, Tqvm kepada guest itu.



7 comments:

Sharif Azreena said...

bestnya.... untunglah kan. rezeki yang xdijangka..

Nazratul Azra said...

ha'ah.. alhamdulillah.. masih senyum sampai sekarang ni.. hahahhah.. igt dia just nak bagi 1, 2 barang je. rupanya banyak ni

nissa said...

hye kak azra stay pulau tioman dekat kampung mane eh? sbb aritu sy stay kat K.g Salang..best sgt !! :)

Nazratul Azra said...

Hai Nissa, akak duduk kampung air batang atau lebih dikenali dgn nama kampung ABC. :) nnt dtg lagi stay sini ya

ct noryzan said...

wahh kelass ko noks..syok ek ade guest yg baik hati macam tu kan..kelass guest tu

Nazratul Azra said...

best mmg best... ada guest yg baik dgn laki n bapak mertua aku, tiap2 tahun dtg bawakkan souvenir, mug, tshirt.. ehhehe

Unknown said...

mintak sket.. bestnye klo dpt mcm tu gak..