Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, April 2, 2012

Selamat Pengantin Baru Orang Asing

Selamat berApril semua.
Sekejap je kan dah habis suku pertama 2012.

Last Saturday, ada wedding kat kampung aku ni.
Kenduri kahwin macam biasa, ada makan nasi minyak bagai.
Tapi yang kahwinnya bukan orang tempatan.
It's Korean+ US.
Jojo+ Thomas.

Motif nak buat kerja kawen kat tempat orang?
Diaorang ni memang dah sayang Tioman.
Dah lama dah diaorang berulang- alik masuk Pulau Tioman ni.
Diving purpose.
Stay pulak kebiasaannya kat chalet pakcik aku.
Tu yang kitaorang jadi kenal and dia memang rapat lah jugak dengan makcik pakcik aku tu.

Aku just dapat pergi majlis makan siang tu dengan resepsi malam.
Masa sarung cincin tak dapat tengok coz diaorang buat dalam air.
Gila cool kan.
Mentang- mentang sama- sama minat diving.
Jealous okeh!

Ni kompilasi *macam tajuk album je kan* gambar majlis siang.
Lauk- pauk adalah super best. Daging lembut, ayam masak macam masak merah tapi ada macam rasa rendang...sedaplah. Then tu acar ke rojak aku pon tak faham. Tapi memang sedap. Yang tak berapa sedap hanyalah dadih mango tu. Macam pahit- pahit sikit rasanya.

Ni lah pengantin perempuannya, JoJo.

Pengantin bersama Makcik Yah+ Makcu+ Farisya.

Kan sebelum ni aku cakap kulit aku terbakar kan. Tu nampak tak? Hitam kan muka aku.

Maxi skirt ni sebenarnya dah setahun lebih kot aku beli. Tapi baru 1st time pakai sebab lupa. lol

Gambar ni buat aku nampak pendek. tempat ni ala- ala photobooth la.

Ni picture aku dengan anak ikan aku. hahahhahah... bebel- bebel budak ni kena amik picture aku kat tengah panas.


Malam tu, tetiba dapat tau ada kenduri doa selamat. So, sebelum nak pergi meronggeng aku pi kenduri dulu.
Lauk kenduri pun sedap.
Tuan rumah buat kenduri coz rumah baru dia dah siap.
Lepas tu chalet diaorang pun akan beroperasi tak lama lagi.
Kenduri start lepas Isya'.
Aku balik dalam pukul 9.50.
Siap- siap kat rumah. Tukar baju semua kan. Ye lah, takkan nak pi tengok Reggae band pakai baju kurung kan. Tak ngamlah.
Alang- alang dah pukul 10 malam, aku tunggu laki balik dari resort.
Ingat nak pergi sama- sama.
Tapi dia malas nak pergi lagi. Penat.
So, aku pergi sendiri lah.
Sampai kat Nazri's Place, dah habis satu slot pun diaorang nyanyi. 
Tak pe, total ada 4 slot kot.
Sempat jugaklah aku amik picture sikit- sikit.
Laki datang dalam pukul 11.15.

Ni gambar masa aku mula- mula sampai. Layan cousin aku. papa dia baru belikan Canon tu. Tapi dia belum pandai guna sangat. Tu yang menuntut dengan aku yang ilmu tak semenggah ni. Btw, nama kitaorang hampir sama tau. Aku, Nazratul Azra. Dia Saidatul Azraa.
Papa dia adik beradik dengan mak aku. 
Sebab papa dialah aku terjebak duk kerja kat pulau ni dulu masa habis STPM. 
Then terjatuh cinta pulak dengan orang sini. 
hahahahhahha.

Eh, baju ulang tayang 2 malam lepas punya ek. Maklumlah baju baru, asal kering je nak pakai lagi. :)


Ajmal kuat sangat berjoget. Dari masa sampai kat sini memang dia tak berhenti- henti goyang. Sampai nangis- nangis tak nak balik. Diaorang kata, menurun papa dia. Sebab paksu tu masa muda memang kaki ronggeng.

Ma, Makcu and Mak Dah.

Ni lah band yang menghiburkan kami malam tu.

Pak Su tu dalam hati mesti cakap, bapak borek anak rintik. hahahhaha. Ajmal memang popular malam tu sebab ramai tourist amik gambar dia berjoget.


Sampai juling mata Ajmal berjoget. Farisya pulak malu- malu nak joget. Biasalah perempuan kan.

Ramai mat saleh yang joget. Orang kampung ada jugak, tapi yang muda- mudi lah. Sebab orang lama tak suka sangat lagu reggae. Diaorang suka band yang nyanyi lagu joget, dangdut, rock tu semua.

Lepak dengan Tahfiz dulu sebelum laki sampai. Budak ni baru form 3 tapi gila tinggi and besar badan dia.

Eh, perantin ni tak tukar baju tau dari siang. Kalau kita, harus 5 pasang baju satu majlis.

Haaaaa.... laki dah sampai. Tapi dia bukan layan sangat pun aku nak bergambar Y_Y. Eh, nampak tulang- tulang tu lah. Tapi nape tak kurus? 

Ni abang dive center Ray's Dive. Nama aku tak tau.

Ni pulak Andy. Keje sebelah rumah aku.

Yang ni Fahmi. Best kan diaorang pandai main api ni. Kalau adik ipar aku si Boboy ada, memang dia pemeriah acara main poi ni. 



Best tau majlis ni sebab buat kat beach. Tapi aku tak dapat makan kek.. huuuuaaarrggghhhh... sampai lambat kan. Kek cantik dan sedap tau (aku tau sedap sebab orang yang buat kek tu memang sentiasa buat kek sedap). 

Aku balik awal, 12.45 kot dah balik.
Majlis abis dalam pukul 3 pagi.

Ok, penat dah.
Jumpa lagi di next entry.
:)


No comments: