Klik Untuk maklumat Lanjut

Tuesday, April 17, 2012

Longchamp lagi?


Last week sampai.
Kegilaan kan!
hehehhehhehhe.
Tak adalah.
Longchamp ni makcik aku nak.
Orang kampung sekarang pun dah pandai tau nak beli branded item.

Aku memang kenan kat kaler ni.
So, belilah  lepas dapat gaji baru ni.
Bila dah sampai, makcik aku kata dia suka.
So, jual kat dia lah.
Yang kaler fuschia aritu pun tak jadi nak buat koleksi.
Ada orang nak.
Pun selamat dijual.
Orang kat sini banyak duit tau.
Bila- bila masa je nak beli itu ini boleh.
Ye lah, rata- rata orang sini kan bisnes.
Cuma diaorang kurang tau pasal jenama.
Kebanyakannya just tau brand yang ada sekitar Kuantan or JB.

Aku ni kira macam membawa perubahan tau.
*perasan okeh*
Ye la, macam MIL aku.
Dulu dia just beli handbag jenama Polo yang ada kat Parkson tu.
Up sikit pon, Sembonia, Bonia tu semua.
Tapi sejak ada aku, baru start intai- intai brand lain sebab menantu adalah peminat handbag tegar.
*walaupun duit untuk beli tak ada, tapi aku tau banyak*

Last time, makcik yang beli Longchamp Fuschia kaler tu dah suruh aku orderkan sling bag Nine West untuk anak dia. 
Ni aku tengah duk survey Coach handbag pulak untuk dia.
Kadang- kadang, diaorang ni tak kenal jenama. Macam makcik tu lah.
Nine West? tak pernah dengar pon.
So aku kena terangkan dulu, brand ni dari mana.. popular kat mana.. sesuai umur berapa... bila mata dan telinga dah terbuka. Barulah boleh beli.
hehehhehhe.

Now, dah ada beberapa orang yang bercita- cita nak beli designer handbag pulak.
Dan aku kenalah jadi their personal shopper!!!
Disebabkan aku ni business minded sikit, haruslah amik sikit komisyen itu ini.
Macam tu lah cara nak cari duit poket bagi orang yang tak ada kerja tetap macam aku.

Eh, cerita- cerita, lupa plak.
Yang sebelah bag tu, kaler pink tu dress baru.
Thepoplook lagi.
Jeweltone Maxi Dress.
Best jugaklah dress ni.
Tapi aku kena pakai dengan belt.
Sebab kat bahagian pinggang ada getah.
Tak cantik la kalau aku tak pakai belt.
*dah pakai belt pon belum tentu aku cantik*

:)

No comments: