Tajuk cerita adalah tempoh aku keluar dari pulau ya.
Keluar hari Rabu, Jumaat aku balik sini dah.
Tidur Kuantan satu malam, lepas tu kami tidur kat Mersing pulak.
Tujuan utama kitaorang keluar memang la sebab aku nak pi interview.
Tapi menyempat jugak pergi ke Kuantan sebab laki nak pi Celcom Center.
Then, sebab nak restock barang kedai sekali.
Supplier memang dari Kuantan.
So, nak tak nak memang ke Kuantan lah kita ya.
Interview aku hari Khamis.
Rabu pagi dah keluar dari sini.
Sampai Mersing, pinjam kereta cousin, terus naik ke Kuantan.
Masa sampai kat Pekan, laki kata lapar.
Pusing- pusing satu Pekan cari rumah Fazura eh, cari kedai makan la... tapi tak pasti apa yang best nak di makan. Suddenly nampak A&W.
Laki tanya nak makan tak?
Aku pun apa lagi, lama sangat tak pernah makan A&W.
As usual, kat situ tak kan nak order air lain kan.
Walaupun dah lama aku tak minum minuman bikarbonat ni.
A&W root beer memang aku tak sanggup nak tolak.
Siap dengan ice cream bagai kan.
Kalau banyak masa, harus aku order gelas besar.
Ni, nak makan pun terkejar- kejar.
Aku makan Coney dog.. laki makan burger.
Dia kata burger dia tak sedap. hahahhah.
Lepas tu, curi coney aku kan!
Sepanjang zaman bercinta sampai dah kahwin, inilah kali pertama kitaorang makan kat A&W tau.
Next time kita pi lagi ye bang.
Tapi saya nak duduk 2 jam kat situ.
Nak minum air saiz large dua gelas.
Lepas makan terus jalan kat Kuantan.
Pergi celcom, amik ipong 4s dia *jealous*.
Lepas tu ke tempat supplier souvenir.
Pergi Proton konon nak test drive Preve.
Tapi bila dah sampai situ, duk soh..seh..soh..seh.. dengan salesman.
Lupa nak test.
Boleh gitu???
Settle tengok- tengok Preve, kitaorang pergi Robinson Tailor.
Tempah baju raya dia.
Ok, dari tadi dia je kan.
Ya, memang semua urusan dia je pun kat Kuantan ni.
Kitaorang check in kat hotel murah je.
RM116 untuk bilik dengan dua katil queen size sebab bilik standard penuh.
3 hotel ok kitaorang pergi cari bilik.
Tapi penuh je.
Check in kat Greenleaf hotel.
Not bad la.
Cuma bilik air macam kecik sikit.
Nanti ada masa, aku buat review.
Picture gedik mengada ni saje je letak sebab nak tunjuk kat kawan aku yang rambut Nazratul Azra ni dah panjang. Tapi kata dia dah macam KLS tengok aku pose macam ni, dengan rambut macam tu dan warna kulit nak sama KLS.
Ni kat lobi hotel.
Sebenarnya lobi diaorang agak cantik jugak.
Ada part air terjun buatan, sofa kulit+ fabrik yang best dan lawa, chandelier besar, kerusi rotan...tapi aku malu nak snap picture banyak- banyak.
Ramai sangat orang kat lobby waktu ni.
Tutti Frutti ni beli masa nak pergi check in hotel.
Konon nak makan kat bilik.
Tapi sebab Kuantan sekarang kadang jalan jam macam KL, habis aku makan dalam keta.
Dah la laki asyik mintak buah longan dengan strawberry aku.
:(
Malam tu just jalan ECM kejap.
Beli underwear.
Cari screen protector untuk ipong laki.
Casing.
Lepas tu kitaorang makan.
Kalau kat ECM ni, tak ada kedai lain lah yang laki nak makan.
Harus Black Canyon Cafe.
Aku minum Ice Lemon Tea saje malam tu.
Chicken soup ni free sebab aku order steak.
Laki pulak minum Phuket Paradise.
Ni Salmon Steak aku.
Ni muka orang terlebih seronok dapat makan makanan best.
Maklumlah, kat tempat aku kan agak susah nak merasa semua ni.
Laki pulak, nasi dengan sayur campur yang best dan ayam perap yang best.
Setakat ni, yang aku tak suka kat BCC ni cuma nasi goreng diaorang je.
Macam lembik sikit la.
Sebab guna bears yang sama macam nasi putih ni kot.
So, agak lembik dan agak muak dibuat nasi goreng.
Aku suka makan sini sebab laki aku boleh terima makanan kat sini.
Aku suka western food.
Laki pulak tekak Melayu + Siam.
So, kat sini semua ada.
Nak steak ada, tomyam pun ada.
Seriously laki memang suka sangat Tomyam kat sini, lebih dari Tomyam Secret Recipe.
Sekarang ni, kalau nak ikutkan, memang dah lama kitaorang tak makan kat SR.
Memang prefer BCC ni lebih lagi.
Panjang dah kot entry ni.
Aku sambung part II esok pulak ye.
Ada pulak orang termuntah nanti membacanya.
Good Nite :)
2 comments:
gamba ko yang last tu macam da kurus sket la ton.. ke edit?? hahaha tp yg pakai baju pink tu mmg agak KLS versi sedikit bam bam bam.. hehehe
*larikkkkkkk*
memang x da maknanya kurus kak!!! aku pasrah dengan ketinggian 166cm, berat aku 69kg :( sob..sob..
Post a Comment