Klik Untuk maklumat Lanjut

Tuesday, December 6, 2011

T I O M A N . I S L A N D ( announcement)

Semalam kan dah menabur janji nak update pasal Tioman kan.
So, inilah dia.
Tapi kali ni tak ada gambar ke apa, sebab musim- musim hujan ni tak kuasa nak turun dari rumah atas kayangan ni ke tanah semata- mata nak ambil gambar.

Sekarang ni kat Tioman sedang dilanda musim tengkujuh. Actually start monsoon season ni dari pertengahan bulan November lagi. Tapi asyik delay je kan nak update. Then, saya pun aritu keluar dari pulau ni almost 10 hari. Cuaca memang tengah tak menentu. Kadang- kadang hujan dari malam sampailah esok petangnya. So, macam tak ada aktiviti sangatlah nak buat kat sini time macam ni. 

Jadual feri pun ada perubahan. Dah tak ada feri sehari 3, 4 kali. Sehari adalah sekali sahaja. Masuk pulau sekali. Keluar dari pulau sekali. Itupun hanya Jeti Mersing sahaja. Dari terminal Jeti Tanjung Gemok tak ada ya. Then, sometimes perkhidmatan feri terpaksa dihentikan 2,3 hari sebab angin kencang. Kalau hujan lebat tak apa lagi. Tapi kalau angin kencang memang terpaksa la feri cuti sebab bahaya. Bila angin kuat, laut pun bergelora.

Sebab jadual fery yang tak menentu, lepas tu cuaca yang tak elok kebanyakan resort dan chalet tutup. Normally diaorang akan buka untuk new season pada pertengahan February. Tapi dari desas desus yang saya dengar, untuk season 2012 ni kebanyakan resort akan start operasi semula pada pertengahan bulan January sebab diaorang nak kejarkan Chinese New Year punya holiday. Hope time tu cuaca dah ok lah ye. Sebab macam kesian kat orang yang datang melancong tapi tak dapat buat aktiviti sebab hujan je.

Walaupun resort banyak tutup, tapi ada yang tetap buka. tapi musim macam ni memang jangan nak cari yang jual pakej la. Semua jual bilik je. sebab pakej kan sekali dengan aktiviti. Kalau dah hujan je hari- hari nak snorkeling or trekking macamana kan. Bilik pun diaorang jual murah je. Macam, bilik yang biasanya harga RM 150 dapatlah harga RM100 or RM 80 je. Bilik kipas yang RM 50, dapatlah menginap dengan separuh harga kan. Tapi risiko besar la time macamni nak holiday. Bayangkan awak amik cuti 3 hari. Tiba- tiba time nak balik tu feri tak ada. Contoh perkhidmatan feri tak ada selama 4 hari. Macamana? silap- silap kena buang kerja. hhehhehehehh...

Untuk bab makan pulak. Restaurant memang banyak tutup la. Contoh kat Kampung saya ni Kampung Air Batang (ABC Village) cuma ada 2 je kot kedai makan yang buka. Yang lain semua tutup. Dan semua orang pun time musim macamni suka duduk kat luar (tanah besar semenanjung la). Tapi kalau kat Kampung Tekek tu banyak variety la sikit kedai makannya.

Walaupun perkhidmatan feri sedikit bermasalah waktu ni, perkhidmatan kapal terbang ada je setiap hari. So, mana- mana yang nak datang naik flight boleh je. Flight dari Singapore dan Subang sahaja. jangan nak ngada- ngada pergi airport lain then tanya nak beli tiket ke Tioman. Memang tak lah kan. Flight Berjaya Air sahaja.Tambang pun ada diskaun kot sebab tak ramai orang naik. Kalau nak stay kat Berjaya Hotel boleh je sebab diaorang punya hotel memang tak tutup lah. Open je sepanjang tahun.

So, dah baca ni harap- harapnya tak adalah tiba- tiba orang call saya nak tanya pakej percutian musim cuti sekolah ni. Sebab sepanjang musim tengkujuh ni, ada jugaklah 4,5 orang dah call tanya pakej. Memang tak adalah. Tapi kalau kamu backpackers yang sama- sama nak merasai musim tengkujuh bolehlah contact saya.

Bagi yang nak booking pakej untuk next year pun dah boleh je. Just bagitau saya details macam bila nak datang? berapa orang? nak tempat yang macamana ( which is tempat yang sunyi ke, happening ke, romantic ke kan...) Lepas tu jangan lupa bagi budget jugak. Sebab, lain orang lain kemampuannya kan. Start this season, Azra prefer korang email je kot. Tak payahlah guna sms or call. Sebab email macam detail sikit kan. Boleh tulis panjang- panjang.
Bagi yang tak tahu. Ni Azra bagi email ya.

hazeriazra_8185@yahoo.com

Ok. Itu sahaja buat masa ni. Bye.



No comments: