Ok.
Akhirnya.
This is my 1st recipe.
Tadi terlanjur kawan- kawan datang, saya masak nasi ayam.
Mudah dan ringkas.
Kalau masak lain- lain makanan, rumit sikit kan.
lagipun tak ada banyak bahan nak masak.
So, akhirnya tersedialah nasi ayam untuk kawan- kawan.
Nasi ayam saya sekarang dah masuk salah satu makanan favourite husband.
Alhamdulillah setakat ni belum ada complain dari dia.
Picture yang 1st tu masa saya masak nasi ayam pertama untuk husband.
Yang lagi dua tu, nasi ayam hari ni.
Saya tak pandai nak bagi sukatan, kebanyakannya saya main agak- agak je untuk perasa. Untuk resepi kali ni, saya buat untuk 1 ekor ayam. Beras 3 cawan.
1. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah. Anggaran semua tu dalam separuh blender. Lepas tu ambil 2/3 dari bahan yang dah diblender tu untuk perapan ayam pertama. Yang lebih tu simpan untuk masak nasi.
2. Ayam yang dah dibersihkan, perap bersama bahan yang dah dikisar tadi selama anggaran 30 minit.
( Sementara ayam diperap 1st round, jangan mengada nak duk depan laptop main facebook. Sila buat kerja lain macam potong timun, salad dan tomato.)
3. Sambil tunggu ayam tu juga, boleh guna masa untuk buat sambal cili. Saya gunakan lada merah besar dan cili padi. Jumlah ikut suka kamu. Ikut kemampuan lidah tahan pedas. Blender cili dan lada tu bersama bawang putih dah tomato. Selepas itu, masak atas api kecil sampai mendidih. Kemudian masukkan garam dan gula serta cuka. Sampailah dapat rasa yang awak mahukan. Macam saya, saya suka pedas- pedas manis.
4. Selepas 30 minit. Masak air dalam periuk sampai mendidih. Kemudian, masukkan ayam yang dah diperap tadi. Masukkan sekali bahan yang kamu guna untuk perap tu untuk dapatkan rasa yang sedap. Masak ayam sehingga separuh masak atau agak lembut. (Saya suka masak lama sikit sebab nanti goreng kejap je).
5. Ayam yang dah direbus tu diletakkan dalam mangkuk yang besar. Kemudian perap dengan kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Gaul rata dan biarkan selama lebih kurang setengah jam hingga 45 minit. (jangan buang air rebusan sebab nak guna untuk masak nasi dan sup)
6. Untuk nasi. (contoh untuk masak 3 cawan beras ya). Tumis bahan yang dah di blender tadi (lebihan untuk perapan 1st tu). Tumis guna marjerin ya bukan minyak masak. Marjerin dalam 3 sudu. Masukkan juga buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan daun pandan. Selepas naik bau. Masukkan air rebusan ayam tadi. (Untuk 3 cawan beras, saya guna 4 cawan air rebusan) . Kemudian masukkan sekotak kecil susu full cream. Yang low fat pun boleh dan kiub ayam atau serbuk pati ayam serta garam n gula. Kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam beras yang telah dicuci. Masak seperti biasa. Masa masak kalau nasi nampak macam kurang air, tambahlah ye. sebab kadang- kadang, lain beras lain sukatannya kan. Saya guna beras wangi cap Lagenda. Rasalah nasi tu jugak. Kalau macam tawar, tambahkan garam n marjerin.
7. Untuk sup. Saya suka tapiskan air lebihan rebusan tadi. Sebab suami saya suka sup yang clear je. Kalau tak nak tapis pun tak apa. Panaskan air tu, masukkan kacang tanah. (tak nak pun tak pe, tapi kami suka sebab kacang tanah ni ada rasa manis- manis sikit). Bila dah hampir mendidih, masukkan kiub ayam atau serbuk pati ayam. Tambahkan garam sebagai perasa. Dah siap nanti baru tabur daun bawang dan daun sup.
Tapi saya tak suka bau daun sup. Sebab tu kadang- kadang saya tak letak.
8. Bila dah settle semua, bolehlah goreng ayam. Jangan buang campuran kicap, minyak bijan, madu dan sos tiram tu. Sila panaskan dan tambah air untuk dapatkan kuah kicap yang sedap.
Ok dah siap.
Mudah kan. 8 step je.
Kalau kamu nak adjust resepi ni ikut citarasa kamu pun ok je. Tapi saya rasa inilah cara paling senang dan sedap untuk buat nasi ayam.
Kalau dah try buat, sila bagitau resultnya ya.
Selamat mencuba!!!!
tips; Kalau buat nasi ayam memang saya suka guna beras wangi sebab lembut dan gebu. Ayam pula, jangan potong terlalu kecil sebab nanti macam tak berapa sedap bila makan rasa kejung je. Tak rasa lembut pulak.
No comments:
Post a Comment