Klik Untuk maklumat Lanjut

Friday, December 30, 2011

o m b a k l a h . s a n g a t

Ok. 
Dah tengok dah tadi Ombak Rindu ni via Astro First HD.
Tengok tadi start pukul 9.40 malam.
habis 11.40 kot.
Kira dalam dua jam lah kan.
Ok lah, sebab selalunya ada filem sejam empat puluh minit dah habis.
Tengok cerita dalam HD best jugak.
Selalu saya tengok HD rancangan masak- masak 706 tu je. Sebab semua sayur ke bahan masakan nampak sangat real dan menggeramkan hati saya.
Kalau cerita pulak, channel 721 tu memang saya suka Drama mat saleh. Tapi HD, tak ada subtitle. Kadang- kadang saya tak berapa faham. Maklumlah MUET saya band 4 je. Tak tercapai band 6. hahahahhah....
Untuk filem ni, tengok dalam HD membuatkan saya rasa kulit muka saya lagi cerah dan cantik dari Maya Karin. Sebab saya nampak muka dia biasa- biasa je dalam cerita ni. Lepas tu, ada satu scene atas katil saya nampak betis dia ada parut. Lisa punya parut kat tangan dan muka pun nampak jelas.
tapi yang peliknya muka Aaron menjadi semakin macho dan handsome. hahahahahhaha.....

Keseluruhannya, saya rasa saya lagi feel baca novelnya kot.
Tapi rasanya dulu bukan saya beli novel ni.
Saya baca dalam majalah Remaja.
Tiap- tiap bulan kot beli majalah sebab nak baca cerita ni sampai habis.

Cerita kalau dah best, buat filem ke, teater ke memang akan bestlah jugak kan.
(tapi ada jugak yang tak best sebenarnya sebab salah pilih pelakon ke apa kan)
Sebab kita dah tau cerita tu kan.
Jadi bila menonton filem kita nak lebih menghayatinya.

I say yes to Aaron Aziz as Hariz.
Aaron macam ada soul Hariz tu kot.
Then, saya rasa dia nangis betul kot.
Tak pakai eye-mo.
Then, dia macam ok je kalau watak romantik ataupun garang atau tegas atau berlagak.
Bagi je semua kat dia semua boleh.
Saya sukalah dia.
Dalam Nora Elena jadi Seth Tan best, dalam Pisau Cukur jadi penyiasat best, jadi samseng dalam KL Gangster best, watak dalam Datin Ghairah pun macam best jugak kan.
Kiranya, dia adalah Rosyam Nor nombor dua selepas Rosyam Nor yang asli.
Boleh gitu?
Selain Aaron korang boleh bayangkan tak siapa yang boleh bawa watak Hariz?

Maya Karin sebagai Izzah, bolehlah. 
Tapi dia kan kalau bercakap masih ada slang Jerman kan.
So, kuranglah feeling sebab pada saya Izzah adalah perempuan kampung macam saya.
Mana ada perempuan kampung yang slang macam tu kan.
Ok, adalah..... contohnya kalau parents dia memang mix ke kan.
Tapi should find someone yang lebih sesuai kot.
Siapa ek?
Kalau saya letak Fazura macam bias pulak kan sebab saya memang peminat #1 dia.
Tapi ok lah kot.
Tak pun, ...... hhhh.....saya tak dapat fikir lagilah sekarang.

Lisa?
Walaupun muka dia yang comel tu yang buatkan saya selalunya suka tengok dia.
But, for this film... saya rasa dia tak best. Menjengkelkan.
Dia tak sesuai lah kot untuk watak berat macam ni.
Dia kan ala- ala Hello Kitty, cute- cute je kan.
Mana best jadi orang garang.
Lepas tu masalah saya dengan Lisa untuk filem ni, dia macam terlalu mencuba tau nak jadi pemarah or keras hati ke apa lah kan. Lepas tu konon menjerit dengan penuh perasaan. Tapi saya tak terasa apa pun dengan jeritan dia tu.
Nampak sangat macam dibuat- buat.
Tak natural.
Apa yang dia cakap, baik dalam Bahasa Inggeris or Melayu, saya tak berapa faham. 
Dan itulah yang selalu potong feel saya.
Sebab saya akan macam tertanya- tanya..eh, dia cakap apa ek tadi?
Cuma last part. Dah nak ending tu, yang masa dia nak minta cerai dari Hariz. Yang tu jelas patah perkataannya tapi emosi bagi saya adalah zero. Sepatutnya moment tu macam ala- ala sedih. Tapi tak menjadi nampaknya. Walaupun Mila bercakap dalam keadaan macam nak marah, tapi sepatutnya penonton rasa sedih sebab dia yang keras hati tu sanggup undur diri secara baik. Tapi tak sedih pun.
Tapi seriously, kalau dia berlakon macam dalam cerita lain contohnya Sekali Lagi, Zoo, I'm not single saya sukalah. Macam kena je dengan dia. Dia kan cute dan sempoi. Walaupun cerita- cerita tu ada adegan marah- marah tapi lebih natural.
Kalau nak ganti orang lain untuk watak Mila, kamu rasa siapa?
Saya ada seorang tapi tak nak bagitau.
hahahhahha...

Pelakon lain, macam Azizah Mahzan sebagai Datuk Sufiah tu ok ok je lah.
Cuma gaya percakapan agak menjengkelkan.
Selalu cerita- cerita lain dia tak bercakap macam ni kan?
Julia Ziegler tu pun ok lah dari lain- lain cerita yang dia berlakon. Tapi kalau tukar pelakon lain pun boleh.
Bront pun saya suka jugak. Entah lah. Bront ni ada something tau kalau berlakon. Saya tak pernah tak suka.
Cuma yang saya tak boleh terima adalah, suara pembaca berita tu. Ala, pemberita yang buat liputan masa Mila kat airport tu.
Tak ada sangat ke pelakon extra yang suaranya sedap sikit?

Saya nangis cuma 3 kali untuk filem ni.
1st masa Hariz dan Izzah bagitau Pak Dollah dan Mak Jah tu yang diaorang dah kawen. Nampak sangat diaorang rasa ringan sebab beban merahsiakan perkahwinan dari semua orang akhirnya lepas.
2nd masa Izzah kejar Hariz lepas Hariz marah- marah dia then jatuh kat jalan tu. Yang diaorang ingat Izzah keguguran. Ni paling banyak airmata mengalir.
3rd, masa pak Dollah bagitau yang Hariz adalah anak dia.
Masa yang Hariz dan Izzah berbaik tu, mula- mula macam dah nak nangis.
Tapi bila Mila sampai kat situ, potong feel lah.

Itu sahaja part yang buatkan saya nangis bersungguh- sungguh.

So, saya cuma bagi 7/10 je kot.

Nanti kalau ada rasa nak buat drama bersiri untuk cerita ni. Sila kekalkan Aaron sebagai Hariz ya. Pelakon lain bolehlah nak tukar. 

Ada yang marah ke?
Tak kan.
Sebab, ini pendapat masing- masing kan.

Ok.
That's all.
Review for Ombak Rindu dari saya.
Saya bukanlah pengkritik profesional.
So, korang terima je lah ye.




3 comments:

DaZzlingLilLy said...

akak tak tgk lg,nak kena beli kat astro jugak nnt

Nazratul Azra said...

beli kak... nak baca review akak pulak. Sometimes filem yang meletup2 ni pada pandangan kita tak berapa best pun. hahahhahahha.... Tapi Aaron Aziz memang best... seriously!

Sharif Azreena said...

xtgk lagi. tp semua mcm kata cerita ni best. tp mungkin lain org lain pendapat. huhuhu....