Selamat menyambut Tahun Baru 2012 semua. Thanks kepada yang masih sudi membaca hasil nukilan saya yang tak seberapa dalam blog ni****chewah, budget tulis novel ke apa kan.. Hahhahahha.
Saya jarang sambut tahun baru sebenarnya. Saya macam kurang berminat la. Sebab, bila bertambah tahun maka bertambahlah usia saya. Saya kalau boleh nak sweet 17 je. Oh no! 2012 ni maknanya dah 10 tahun saya tinggalkan usia 17 tu.
Sangat merindui moment tu. Masa zaman agak nakal. Zaman hati memberontak. Zaman lepak- lepak lorong dengan kawan- kawan. Zaman kena rotan dengan cikgu sebab masuk sekolah lambat. Zaman malas ke sekolah. Zaman jadi ketua kelas. Zaman macam- macam lagilah.
Tapi apa boleh buat, kita takkan boleh melawan ketentuan ilahi. ALLAH memang dah tetapkan setiap manusia akan jadi tua. Bumi pun akan jadi tua kan.
Enough la. Lain kali cerita pasal kisah lampau ya.
Sempena malam new year ni saya tak ada plan apa- apa pun. Just pergi rumah jiran. Ada birthday party her daughter. Lepas tu ingat nak terus balik, tapi terjebak pulak main acara tiup belon, rebut kerusi, kotak beracun tu semua. Sampailah detik 12 malam, diaorang memang dah standby bunga api.
Makan pun sedap. Ada BBQ ayam, sosej, bihun goreng, nasi, kari pelanduk, kuih apam. Macam- macamlah lagi. Sedap.
Ok. Dah lah mengarut kan. Dah pukul 1 pagi pun. Hope this year will bring us more happiness. Doakan hasrat kami suami isteri tercapai ya!!!
No comments:
Post a Comment