Klik Untuk maklumat Lanjut

Friday, January 20, 2012

S u a t u . K e t i k a (part 1)

Saat menulis entri ni, 
Aku menangis.
Menangis bukan sebab sedih ke apa.
Sebab teringat kegembiraan sepanjang menjalani kehidupan di bumi pinjaman ALLAH s.w.t.

Tak ada sebab, atau permintaan dari orang lain untuk aku tulis entri ni.
Hanya nak kongsikan kisah hidup aku dengan korang semua.
Tapi aku divide part by part la.
Yang ni 1st entri aku cerita zaman kanak- kanak la.

Aku lahir kat Pontian, Johor.
Beranak kat rumah ok.
Bukan kat hospital.
Mak kata masa nak lahirkan aku, dia tengah tengok tv.
Cerita kelakar.
Tengah sakan gelak- gelak, terasa nak terberanak.

So, keluarlah aku.
Budak tembam.
Tapi putih selepuk macam anak cina kata diaorang.
Mak dan ayah kata, masa tu semua orang cakap aku gemuk gila.
Tak nampak leher.


Ni gambar masa dah dekat sebulan kot.
Dah normal sikit la. 
Tak adalah gemuk sangat ke apa kan.

Nama aku, Nazratul Azra tu pakcik aku yang bagi.
Masa tu dia tak ada anak lagi.
Tu sibuk- sibuk nak bagi nama kat aku kot.
hahahhahahha...

Masa kecik dulu, aku duduk rumah kampung.
Rumah papan.
Aku bukan orang senang masa kecik.
Rumah yang kitaorang duduk tu pun, rumah tauke tempat ayah aku keja.
Walaupun rumah tak besar mana, tak lawa mana, tapi aku happy sangat duduk situ.
Masa tu, ayah aku keje kebun je.
Keje ikut Cina.
Kebun sawit, kebun nenas.
Rumah kitaorang pun belakangnya banyak pokok sawit.

Mak pulak keje kilang.
Dekat je dengan rumah kitaorang.
Sambil- sambil tu mak ambik upah jahit baju.

Cuba tengok picture bawah ni.

Yang ada tulis nama Atun tu akulah.
Telinga capang ye, trademark sampai ke tua ni.
Semua orang tau aku anak tukang jahit.
Sebab apa?
Sebab baju gaun aku tu mak jahit sendiri.
Guna kain lebihan baju orang.
Budak sebelah aku tu pulak, mak aku jahit jugak baju tu.
Tapi siapa ek nama dia?
Lupalah.
Yang belakang, nama Zura tu kakak aku.
Dari kecik sampai besar, dialah musuh ketat aku.
Selalu gaduh dengan dia.
Dia suka sangat cubit aku masa mengaji.
Tapi bila masing- masing dah kawen ni, barulah tak ada gaduh.
Matang kot. 
ke, tanda- tanda penuaan?
hi..hik...

Eh, tulisan dalam gambar tu aku tak pasti siapa yang tulis.
Nak kata tulisan aku, memang tak lah kot.
Tulisan aku buruk.

Masa kecik, kat kampung tu sepupu paling aku rapat ada dalam gambar tu.
Nama Farid.
tapi aku panggil Abg. Ujang je.
Dia tua setahun dari aku.
Kitaorang selalu buat semua benda sama- sama.
Mancing ikan haruan n keli kat parit, main basikal, kutip cendawan sisir kat pokok getah, mandi parit.
Semua kitaorang buat sama- sama.
Sampai kadang- kadang nak g buang air besar pun sama- sama.

Kenapa rapat sangat dengan dia?
Sebab mak kan kerja, mak dia pun, so kitaorang sama- sama membesar kat rumah atuk.
Rumah atuk just selang 3 buah rumah je dari rumah aku.

Antara benda yang paling kitaorang takut masa kecik, bunyi helikopter atau kapal terbang.
Kitaorang akan berlari ketakutan peluk mak uda.
Kitaorang bayangkan yang kapal or heli tu akan campak bom kat kitaorang.
hahahahhahah....
Tapi bila dah tak takut dengan semua tu.
Aku selalu lambai- lambai, jerit, panggil kapal terbang suruh turun ambik aku.
Gila kan!
***eleh, korang pun sama macam aku kan masa kecik dulu.

Aku sedih masa tahun 1991 kot kalau tak silap.
Sebab family mak long (family abg. Ujang) pindah felda.
Felda kat Segamat.
Jauh.
Sian aku tak ada kawan.
Tinggal aku, adik aku Daus, ngan anak Pak Imam, si Salleh tu je yang rapat n selalu main sama.

Umur 6 tahun, Saleh masuk sekolah tadika.
Aku tak masuk pun.
Sebab tadika yang sesi pagi penuh.
Kena masuk sesi petang.
Last- last mak tak hantar pun aku kat tadika.
Sebab petang kan susah nak hantar.
Mak kerja.
So, aku belajar kenal huruf dan mengeja kat rumah je.

Masuk darjah 1.
Aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Kayu Ara Pasong, Pontian.
Aku kena masuk kelas Penggawa.
Sebab kan cikgu ingat aku tak tau benda, sebab tak sekolah tadika.
Kelas yang 1 lagi nama dia Bentara.
Konon yang dah pandai eja masuklah kelas tu.

Hari pertama sekolah, aku tak nangis.
Tapi hari kedua nangis.
Aku pun tak tau kenapa.
Padahal tak ada pun orang buli aku ke apa.

Sepanjang dalam kelas tu, aku menunjukkan pencapaian yang bagus.
Aku antara yang paling terror mengeja.
Darjah 1 tu aku dah pandai eja, contoh perkataan yang susah macam 'nyanyi'.
Ada orang sampai ke tua ni selalu salah eja 'nyanyi' kan.
So, sebab aku pandai sangat lepas periksa setengah tahun aku dipindahkan kat kelas Bentara.
hik...hik...
Masa tu aku dapat nombor 2 kot.
Tu yang pindah kelas tu.

Masa zaman aku, darjah 1 belum kena sekolah agama.
(kat Johor semua murid kena masuk sekolah agama ya)
Orang lain, masa darjah 1 tu petang diaorang masuk kelas Fardhu Ain.
Aku tak pun.
Sebab tak ada orang nak hantar.
Masa aku sekolah rendah darjah dua, barulah masuk sekolah agama darjah 1.
Sekolah agama ni, kalau kita ada tak lulus matapelajaran macam Ibadat n Tauhid tak boleh naik kelas tau.
Contoh kalau korang tiap- tiap kali exam tak lulus Ibadat, sampai ke tua lah duk dalam darjah 1 sekolah agama.

Sekolah agama aku kat Sekolah Agama Tanjung Air Hitam.

Sebab sekolah rendah n sekolah agama kat sekolah yang berlainan, aku ada lebih ramai kawan dari orang lain.

Gambar ni masa aku darjah 2.
Sepupu aku tunang.

Masa ni, kat sekolah agama tengah exam amali solat.
Sebab ayah aku dah datang tunggu nak bawa aku balik awal dari sekolah, Ustazah suruh aku buat Solat Maghrib sebab senang.
Orang lain kena Solat Subuh.
huhuhu...
Dah la masa tu memang tak hafal Doa Qunut.

Aku sekolah kat Pontian sampai darjah 4 je.
Bulan 7 kot aku pindah.
Aku sayang semua kawan- kawan aku kat SKKAP n SATAH.
Masa nak pindah ada jamuan.
Kat sekolah agama la paling sedih.
Sebab semua kawan bagi ucapan kat aku.
Still ingat la kawan- kawan sekolah agama aku,
Siti Hajar, Aisyah, Noreen, Hasmah, ramai lagi. Tak ingat nama.
Sekolah rendah aku ada Akma, Farhana, Mariati, Hasmah, Mahathir, Fauzan, Awal, Sumasni, Nurul Ain, Liza, Iskandar, Suzi, wahhhhhhhhhhhhhhh... ramai lagi yang aku dah tak berapa ingat nama.
Tapi still ada yang contact- contact kat fb.

Aku antara budak yang disayangi jugak kat kampung.
Ada pakcik tu, keje bawak lori ayam.
Selalu singgah bagi ayam kat family kitaorang.
Dia bestfriend la dengan ayah aku.
Ada sorang lagi pakcik ni, dia keje kat Singapore.
Selalu belikan aku dengan akak anting- anting, mainan, aksesori dari Singapore.
Masa nak pindah, orang kampung macam ada bagi duit- duit lah kat kitaorang 4 beradik ( tahun 95 tu aku cuma ada 4 beradik je). 
Tapi dalam 4 beradik tu, aku yang dapat paling banyak duit.

Cerita lepas pindah dari Pontian tu, nantilah kat part 2 pulak.
Panjang dah kot entry ni.

No comments: