Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, January 9, 2012

j i w a . k a c a u

Saya celaru lah.
Jiwa kacau. 
Tak dapat berfikir.
Tetiba je.
Tepu.
Sebab mengenang nasib ni.


Husband ajak keluar dari pulau.
Esok sepatutnya.
Tapi dah 3,4 hari kebelakangan ni, angin kuat sangat.
Laut bergelora.
Hujan tetiba lebat.

Saya kadang- kadang kalau cuaca tak elok, mulalah naik feri nanti muntah ijau.
Kadang siap pakej muntah berwarna- warni.


Benci.
Dulu- dulu saya tak pemabuk.
Mabuk todi pun tak jugak.

Nanti kalau saya dah mabuk time naik feri. 
Mulalah kat bandar sambung mabuk darat pulak.
Pening dalam kereta.
Muntah.
Sampai demam kadang- kadang.

Bila saya demam, saya bukan jenis demam sehari dua dah baik.
Makan seminggu dua tau.

pfffffffffffffffffffffffffffffffffftttt.

Saya ajak suami keluar lewat sikit.
Tapi dia ada banyak hal nak settlekan.
Nak settle ASB, jual beli kereta dan dia nak pergi ambil stok barang kedai souvenir.

Nanti kalau CNY tak guna nak keluar.
Sebab bank pun tutup kan.
Tarikh- tarikh macam peretengahan bulan tak boleh.
Dah ada orang lain ambil cuti.
So, last choice minggu terakhir bulan ni.

Tapi waktu tu resort dah buka.
So, takkan lah resort dah buka, kedai souvenir tak buka lagi kan.

Nanti kena bincang semula macamana.
Atau, dia keluar sendiri.
Saya tinggal je kat sini.
Tapi takutlah.
Musim tengkujuh nak kena tinggal rumah sorang- sorang.
Buatnya malam- malam tetiba tak ada elektrik.
Time tu pulak hujan tengah lebat.
Tak ke seriau dibuatnya.

Ni, kejap lagi peninglah kepala ni. 
Sebab berfikir je tak sudah.
nampak sangat tak boleh jadi PM kan.
Asal banyak fikir je, nak jatuh sakit.
Hahahahha.




***Thanks sudi baca perkara mengarut ni yang tak ada kena mengena dengan hidup kamu pun.


No comments: