Cuti- cuti tak ada kerja pun aku nak buat.
Kedai pun aku tak buka lagi.
So, aktiviti yang macam best selain karaoke adalah main masak- masak.
Cousin aku sorang ni memang suka main masak- masak dengan aku.
Ini lah hasilnya.
Buat karipap!!!!
Kitaorang buat manual je ye.
Tak de guna mesin ke apa.
Haruslah aku yang sediakan pastri, inti dan buat bulat- bulat tu.
Fatin ni sumbangan dia cuma tolong gelek tepung tu.
Nampak towel atas kepala?
Baru pas mandi terus datang rumah aku.
Ni lah rupa bentuk karipap kitaorang buat.
Tak pakai cetak ya buat kelim tepi tu.
Aku darjah 2 dah pandai buat kelim tu.
Kata mak kita kan pembuat kuih yang tegar kan.
Haruslah anak- anak tau buat jugak.
Tapi dalam ramai- ramai anak dia, adik aku Daus paling cantik buat kelim tu.
Dia kan kurus, jari runcing, lawa je bunga tu.
Aku jari montel, bunga jadi tak berapa comellah.
Aku memang tak minat la karipap yang guna cetak dia.
Even mak aku yang meniaga tu, gunakan cetak untuk dapatkan saiz yang sama je.
Lepas tu dia akan kelim semula pakai tangan.
Inilah dia hantu makcik karipap yang sebenarnya.
hik...hik...
*gambar bukti tengah kelim bunga karipap*
Ok, dah siap.
Walaupun rupamu tak berapa indah, namun sedap ok!
*Gila tak malu puji diri sendiri*
No comments:
Post a Comment