Klik Untuk maklumat Lanjut

Wednesday, January 25, 2012

p l a n n i n g (kita merancang, ALLAH yang tentukan)

Start sembang pasal benda ni dengan laki dah 3, 4 hari.
Bukan plan apa pun.
Plan nak g bercuti je.
Dia kan bukan senang nak bercuti- cuti ni.
So, kena plan awal- awal.
Aku pulak nak kena buat paperwork semua kan tunjuk kat dia.
Nak pergi mana, berapa lama, budgetnya berapa.
Semua kena plan.
Tapi tak adalah nak pergi jauh- jauh.
Kitaorang nak pergi tempat yang relaks.
Nak pergi berdua je.
Nak pantai.
Nak tempat tenang.
Kampung- kampung.
Tak sibuk.
Tak ada tempat shopping.
Tak nak shopping sebab nak jalan je.
*k, tipu... walaupun tak da tempat shopping airport masih ada untuk shopping kan*

Pastu nak tempat yang boleh jimat- jimat.
Yang murah- murah je hotelnya.
Yang makan pun tak cekik darah sangat.
Tambang flight pun murah jugak tapi tak nak naik Air Asia.

Tahun ni kami banyak nak pakai duit.
Nak beli kereta baru.
Nak pi buat master (akulah bukan dia).
Nak buat anak.
*buat anak pun pakai duit ok, sebab tak pakai duit dah 3 tahun tak menjadi lagi*
*doakan kami*

So, untuk tempat- tempat yang memenuhi kriteria kami kat mana ye?
Penat la nak fikir.
Dah la hari ni sepanjang hari aku mengantuk.
Sambil masak pun tadi masih menguap.
Ni sambil taip ni pun mengantuk.
Aku salahkan cuaca yang mendung hari ni menjadi penyebab aku mengantuk.

Yang ada kat kepala aku sekarang cuma Phuket dan Bali.

pfffffffffffffttttt.
Kalaulah banyak duit dan masa kan.
Tak payah fikir.
Tak payah plan.
Nak pergi mana- mana terus je beli tiket sekarang, malam ni boleh gerak dah.
Y_Y

No comments: