Klik Untuk maklumat Lanjut

Thursday, January 12, 2012

S e l a m a t

Alhamdulillah, saya dah selamat keluar dari pulau. Hari ni laut ok sikit, tak lah terlalu bergelora macam semalam.
Kawan saya kata semalam hampir 80% orang dalam feri muntah.
Hari ni tak ada orang muntah pun.
Ok.
Tipu.
Ada sorang minah tu muntah.
Tapi nasib baik dia sempat pergi muntah kat toilet.
Laki dia pulak dah jeling- jeling je sebab dia anggap bini dia lembik sangat. Orang lain tak muntah. Bini dia sorang je muntah. Hampeh kan pompuan tu.

Ok, saya mengaku sekarang. Saya lah perempuan tu. Saya memang selalu ada masalah la kalau perjalanan keluar dari pulau. Tapi kalau perjalanan masuk pulau, laut bergelora macamanapun, saya tak pernah lagi muntah.

Tapi, bila dah sampai kat darat ni serta merta sihat. Ke saya ada kena sumpahan? Sumpahan tak boleh meninggalkan pulau. OMG, so saya kena tinggal kat sana selamanya....hahahahah mengarut je kan.

Laki saya siap cakap, memang menyampah kalau tengok muka saya dalam feri. Dia kata mengada lebih. Eleh, lantaklah. Dia tak merasa bolehlah cakap kan! Cuba dia yg mabuk laut? Mesti lagi over.

Ni tadi masa breakfast saya pun dah kembali normal. So, mulut jadi kak nam semula lah kan. Siap dia sound, tadi macam orang lembik sangat macam tak makan 18 hari. Sekarang dah sihat, mulut tak berenti cakap.

Ada je tak puas hati.
Hahahahaha.
***sekarang dia ada dalam bank. Saya doa semoga dia keluarkan duit banyak- banyak. Sebab saya nak makan macam- macam.
***saya dah janji dengan dia, keluar kali ni tak akan shopping. Walau membeli sehelai baju pun tidak. So, makan banyak bolehlah kan sebab makan tak dikira shopping.
-----ok, kita tengok macamana hasilnya bila habis bercuti ni.

Bye!!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: