Klik Untuk maklumat Lanjut

Monday, January 30, 2012

p a g i - p a g i . d a h . s a k i t . h a t i

Aku tak suka tau nak marah- marah.
Muka belum botox lagi ni.
Kedut pulak nanti.

Tapi kalau tetiba ada orang buat kita sakit hati macamana?
Nak ngadu kat sape?
Kat laki?
Hmmmmmmm....
Laki saya jenis tak suka campur urusan perempuan.
Malas layan.

Apa perasaan korang kalau orang lain tetiba nak mengata berkati- kati tentang korang?
*aku rasa popular sebab orang tu sanggup luangkan masa cerita pasal aku*
Boleh gitu?

Aku mula- mula malas masuk campur bila kawan- kawan aku meroyan kat fb tulis macam- macam status 5 minit sekali.
Memang, aku tak ada hati nak like ke, comment ke apa ke kan.
Tapi bila aku tau benda tu melibatkan aku.
Ko memang saje cari nahas kan.

Aku memang ada beberapa orang kawan kat sini.
Agak rapat lah.
Selalu jugak kitaorang buat aktiviti sama- sama macam swimming, karaoke, main masak- masak.
Sampai ada orang bagi nama kat group kitaorang.
Geng Kak Limah.
Pada aku, it's normal lah kan for having a group of friends yang boleh kita kongsi cerita, buat itu ini sama- sama.
Aku tak rasa pun benda ni jadi masalah.
Tapi adalah suara- suara sumbang yang duk sibuk kata kami ni kalau lepak- lepak duk mengumpat, mengata orang sana sini.
Nape?
Ko retis ke yang kitaorang sibuk sangat nak ambik berat?

You are nobody lah!

Sampaikan saiz badan kitaorang pun kau nak jadikan bahan kan.
Motif kau apa sebenarnya?
Kau tu bersyukur lah patutnya ALLAH bagi badan cantik, tinggal nak jaga je kan.

Then, kau perasan sangat kitaorang mengumpat ko tu kenapa?
Aku dengan kau memang tak pernah bercakap pun kan.
Nama sebenar ko pun aku tak ambik tau.

Oh, btw satu benda aku tak boleh blah motif kau nak pertikaikan kitaorang yang tak bekerja ni?
Tak payah la cerita pasal aku.
Pasal kawan aku.
Memang start dia kawen dulu dia tak kerja.
Laki dia gaji hampir 10k kot sebulan.
Laki dia memang tak bagi dia kerja.
Ko cemburu ke kami kami ni tak bekerja tapi boleh je setakat ni hidup bahagia tak melarat, boleh beli lagi itu ini untuk penuhi keinginan hidup. 

eeeeeeeeeeeeeeee
Seriously aku benci tau orang baca blog aku ni nampak aku marah- marah macam ni.
Malu tau.
Tapi nak buat macamana.
Sungguh tak stabil emosi aku hari ni.


*nanti petang- petang aku update lah cerita yang berilmiah sikit. 
*thanks kepada yang sanggup baca benda tak berfaedah ni.


3 comments:

LiNda said...

Azra..sabye, kadang orang yg suke mengumpat tu semuanye dengki. Baik kite wat taktau je azra..sabar ye..:)

Nazratul Azra said...

thanks ya linda. Saya pun pelik kat dia. Apa yang nak didengkikan dgn saya ni. Nak kata saya cantik, tak jugak. nak kata saya hebat, pun tak jugak. Macam tak bermotif lah dia tu. lain lah saya ni artis ke, selebriti.. mmg lah slalu org duk kata itu ini. ke memang hobi dia kot. sebab tak ada benda sgt agaknya yg nak dcakapkan

Michele said...

Hello mate nicce blog