Klik Untuk maklumat Lanjut

Friday, January 20, 2012

a k u . w a n i t a . b i a s a

Memang aku yang biasa- biasa je.
Perempuan biasa.
Manusia biasa.
Manusia biasa yang selalu lupa pada janji.
Wallah.

Benci tau kalau cakap pasal janji- janji ni.
Ye la, baru ni kan saya dah janji dengan laki saya.
Keluar last week memang saya tak nak beli apa- apa.
Kalau beli pun, beli makanan la.
Sebab kat sini susah nak dapat makan sedap- sedap kan.

Makanan semua dapatlah.
Black Canyon, Makanan seafood kat Tanjung Lumpur, Cool Blog, Mee kari mak masak kat kampung, apa lagi? Kira hampir dapat semua la.
Cuma McD Prosperity dengan Tutti Frutti je tak dapat.

Emo la kalau cakap pasal Tutti Frutti ni.
sob...sob...
Kat Kuantan kan dah ada, aku tengok kat iklan tu alamatnya Jalan Beserah.
Then hari tu memang kitaorang jalan kat area situ.
Laki nak survey keta.
So, masa nak jalan tu aku dah cakap, bang singgah Tutti Frutti ya.
Dia kata ok.
nanti masa nak balik boleh singgah.
Layankan je la dia cari kereta kan.
Sambil tu aku BBM Farah.
Tanya dia kat area mana kedai tu.
Farah kata depan opis dia je.
Means, kat depan kedai keta bapak mertua dia lah kan.
Chevrolet yang sebelah dengan hotel MS Garden tu.
Lepas laki abis tengok keta, nak balik terus.
Aku kata lah, kan aku nak beli Tutti Frutti.
Dia kata malas lah nak masuk bandar semula.
Jalan jammed.
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!
Motif?
Aku rasa tak de maknanya kesesakan lalu lintas.
Bukan KL kot.
Jam pun sikit- sikit je Kuantan ni.

Sakit je hati.
Sepanjang perjalanan nak ke Rompin mood emo.

Y_Y
***nasib bukan pregnant tau, kalau pregnant sian baby ngidam tak dapat.

Dah, nak cerita benda lain sebenarnya.
Kalau cerita pasal makan ni, 7 hari 7 malam tak abis kan.

Nak cite pasal beli barang.
Kadang nafsu ni, memangsusah nak tepis.
Masa kat ECM, laki aku tengah gunting rambut kat salon.
Bini nak hilangkan boring jalanlah sorang- sorang.
Then, masa kat ground floor, nampak orang ramai- ramai kat satu booth ni.
Terpesong terus niat nak jalan- jalan cuci mata.
Terbelek- belek kat satu baju ni.
Nak beli, malas g ATM.
End up, tunggu laki siap.
Suruh dia datang situ. Amik kau. Kena jelingan manja dengan dia.
Sebab dah janji tak beli apa kan.
Tapi tak pe, sebab dia tengok aku bersungguh nak baju tu, siap try lagi kat situ.
So, dia pun bayar dengan hati yang paksa rela.
RM59.90 tak da diskaun u olls.
Mahal la jugak untuk baju yang jual kat booth macam ni.
Tapi dah tersuka.

Lepas tu laki nak jalan masuk Quiksilver, aku pulak laju je masuk kat Padini.
Tetiba terbeli flat shoes.
RM49.90
Konon tadi nak jimat.
Beli baju pun suruh laki bayar.
Sebenarnya, tadi duit dalam purse ada RM50 je.
Mintak diskaun dengan orang jual tu dia tak bagi.
Tu yang tunggu laki datang rescue untuk bayar.
hahahhahha....

Esoknya, kat Kluang mall pulak aku jalan dengan cousin Ika a.k.a ratu shopping.
Lepas dia habis beli barang- barang dia, masa tu laki aku dah tunggu kat parking.
Boleh pulak aku masuk kedai, beli baju.
Mati kalau laki aku tau kan.
Akhirnya dia tau jugak, sebab hari esoknya aku pakai baju tu.
lol

Nah, 
Ni dia.
Yang hitam tu beli kat Kluang Mall.
Yang corak- corak tu kat ECM, Kuantan


 Baju yang ni beli sebab color dia macam best.
Then, ada corak burung tu. Burung apa?
Burung Layang- layang kan?
Sebenarnya kat leher tu ada tali untuk ikat reben ke apa kan. 
Aku dah hantar kat kakak jahit baju kat Rompin tu. 
Charge RM2 je suruh potong tali tu, then jahit balik kolar baju.

Blouse hitam ni pulak beli sebab suka sulam- sulam ni kat shoulder. 
Cantik kot.
Kat mata akulah.
Mata korang aku tak tau.
Then, material dia cotton yang best.
Lembut je.
Beli kat Kluang Mall, kat Cartino Sonea.
Dulu kedai ni jual kasut n handbag je.
Lama- lama ada jual baju n aksesori semua.

Ni pulak flat shoes baru.
Motif beli?
Saje.


Tapi, sekarang ni satu benda yang aku perasan. Kalau beli baju aku dah tak berapa memilih.
Dulu, mesti nak yang berjenama.
Sanggup beli baju MNG yang tak berapa lawa, tapi harga RM169
Sanggup beli T-shirt kat AX yang kainnya lembik n jarang tapi harga cecah RM200.
Kalau masuk Padini, baju dah longgok- longgok tak nak beli. Nak yang new arrival je, yang macam kat patung je.
Gila mengada kan.
Sebab tu dulu duit PTPTN sebulan je dah habis.

Tapi,
sekarang aku macam dah tak kisah.
Beli baju kat kedai tak berjenama, blouse pasar malam, beli preloved item dalam blog  pun ada.
Entah, laki aku kata baguslah, sebab aku dah belajar berjimat kat beberapa part kan.
Kiranya sekarang, RM200 aku boleh dapat 3,4 helai baju.
Cuma, bab handbag demand aku makin hari makin naik.
Dari Guess, aku pandang pulak Marc Jacobs, then Longchamp, DKNY, Coach.
Semua ada dah.
Walaupun satu brand 1 handbag je kan.
Sekarang dah ada aim yang baru.
Padahal, kerja tak ada.
***kerja tetap lah kan.
Sebab aku sekarang just buat kerja itu ini sikit- sikit.
Kedai souvenir, online shop, jual package dan beberapa kerja lain.
Kena lah buat jugak, kalau tak orang pandang serong kat aku ingat aku habiskan duit laki aku je kan.

Laki aku kedekut ok!
Ok, bukan kedekut, dia adalah penjimat yang berjaya.
Tapi sebenarnya, kalau sekali dia shopping...aku pun mengangis tau tak.
Gila banyak dia beli.
Dah la mahal- mahal.
Ok, tak pe.
Dia mampu.
Dia kuat bekerja.
Siang malam dia kerja.
So, he deserve it.

(",)

No comments: