Klik Untuk maklumat Lanjut

Wednesday, February 23, 2011

T I O M A N . I S L A N D

Eh, apehal dengan saya hari ni? nak pi vacation kat Tioman Island ke???
Tak ada la. Sebenarnya, Azra dapat request dari a few friends supaya blog about Tioman.
Iye la, memandangkan saya tinggal di sini patutnya memang perlu ada la entry tentang Pulau Tioman kan.

So, saya dah buat keputusan yang saya akan buat review tentang beberapa resort dan chalet yang ada kat Pulau Tioman ni. Walaupun saya dah tinggal di sini tapi tak semua tembat saya boleh ceritakan sebab saya pon tak menginap kat semua resort tu. hehehhe...

Tapi, harap maklumlah ye kawan-kawan semua. Review saya adalah berdasarkan pandangan, pengalaman dan pendapat saya sahaja. Kemungkinan tak sama dengan pandangan anda semua yang pernah atau mungkin akan pergi ke sesebuah resort itu. Selain cerita tentang rumah penginapan, saya juga akan ceritakan tentang aktiviti, restoran dan lain-lain lagi.

So, sebagai permulaan saya akan ceritakan serba sedikit tentang pulau ini.

Sejarah Pulau Tioman.
Saya malaslah nak cerita bab-bab sejarah sebabnya ada banyak sangat versi. checklah kat wikipedia ye... http://en.wikipedia.org/wiki/Tioman_Island
Huh...ambik jalan mudah sungguh saya ni.

Lokasi
Eh, ada jugak orang yang kadang-kadang tak tahu lupa mana letaknya Pulau Tioman ni. Tioman terletak di bawah Negeri Pahang Darul Makmur. Tapi ada sedikit isu yang mengatakan sebahagian kampung yang ada adalah milik kerajaan negeri Johor. Saya tak dapat confimkan lah pulak. So, ini peta lokasi ye;


Nampak tak? kecik je kat pic tu. hehehhe.... Ni pula map Pulau Tioman. Kat map ni ada tertulis nama kampung-kampung yang terdapat di pulau ni;
*imej dari google

Dalam banyak-banyak kampung ni, saya tinggal kat Kampung Air Batang. Pelik kan..pelik kan nama kampung saya..hehehhe...jangan tanya saya kenapa sebab saya sendiri tak tahu asal usul nama kampung ni. Tapi maybe, nanti saya akan buat research tentang asal usul nama ni.

Hampir 70% penduduk Pulau Tioman ni terdiri dari golongan masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan industri pelancongan. Sebagai contoh ada yang buka perniagaan rumah penginapan, restoran, bisness boat services, buka kedai souvenir, pemandu pelancong, pemandu bot, bekerja di Dive Centre, dan macam-macam lagi lah pekerjaan yang sewaktu dengannya.

Pengangkutan
Cara nak datang ke pulau ni ada dua. Iaitu pengangkutan udara dan laut.
So, kepada siapa-siapa yang banyak duit dan suka naik flight, boleh la naik Berjaya Air punya kapal terbang. Naik kat Subang Airport atau pun sesiapa yang nak naik dari Singapore pun ada juga.

Kalau nak rasa hidup macam nelayan meredah lautan yang bergelora tu, boleh la naik feri. Murah pun murah jugak. Jimat la sikit budget tu. Ferry services ke Pulau Tioman ada di Jetty Mersing, Johor dan Jetty Tanjung Gemok, Pahang.

So, inilah sedikit sebanyak pengenalan tentang Pulau Tioman. Cerita selanjutnya, dalam siri yang akan datang ye. Insyaallah siri akan datang, saya akan ceritakan tentang beberapa buah resort ya.


Luv ya
(",)

4 comments:

Budak Comot said...

Tiomannnn~~ I likeee...
Cousin aku de 2org running resort kat tioman. Juara beach resort n sun beach resort. Penah gak melepak sane. Best2. Review lg azra.. Promote2

Nazratul Azra said...

juara beach resort akan di review akan datang... cousin siapa nama? Juara beach resort ownernya Chinese man, Steven

Nazratul Azra said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ngantuknya