Hari ni, tetiba mood malas masak.
Dalam peti ada ayam sahaja.
Ikan ke, daging semua tak ada.
Aku macam tension dah tengok ayam.
Dari pagi bangun tidur tadi, memang aku tak makan lah.
Siap- siap kemas rumah, lipat kain baju.
Basuh baju (mesin kot yang basuh), susun pinggan mangkuk yang penuh kat sinki tu.
Lepas tu mengadap tv.
Bila rasa lapar sikit, baru masak maggi n minum coffee.
Lepas tu, niat kat hati tengahari nak call laki suruh makan kat kedai je sebelum balik kerja.
Tetiba dia dah call dulu.
Dia tanya dah masak ke belum.
Aku kata lah tak masak lagi.
Tengah pikir.
*ayat coverline malas masak*
Laki kata, hari ni tak payah masak.
Masak nasi je.
Sebab dia ada tengok lauk best kat kedai.
Lauk apa agaknya ek.
Aku sebagai isteri yang nak cover line malas pun katalah ''oh ye ke, saya ni tengah fikir jugak nak masak apa sebenarnya. Terima kasih je lah bang sebab nak beli lauk. Senang kerja saya''
Padahal.
Memang tak terfikir pon nak masak kan.
Baguslah laki aku ni kan.
Bagaikan orang ngantuk disorongkan bantal kan.
Oh suami.
Isteri kamu malas sikit.
Harap kamu redha je lah ya.
Hhahahahha.
Kalaulah hari- hari aku malas macamana?
Adakah hari- hari laki aku akan baik hati cakap tak payah masak?
No comments:
Post a Comment